Skip to content

Nota Berbuat Istana Zaman Dahulu (KOMSAS SPM)

Nota KOMSAS SPM Berbuat Istana Zaman Dahulu

Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu adalah KOMSAS SPM tingkatan 5, karya Za’ba. Berikut adalah nota Berbuat Istana Zaman Dahulu termasuk tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran.

Tema Berbuat Istana Zaman Dahulu

Berbuat Istana Zaman Dahulu bertemakan sindiran terhadap pemerintah yang mengutamakan kepentingan diri untuk kegemilangan peribadi sehingga sanggup mengorbankan nyawa rakyat bagi memenuhi kehendak dan cita-cita.


Maksud Berbuat Istana Zaman Dahulu

PuisiMaksud
Rangkap 1
Baginda menitahkan orang besar empat, Membuat istana puri berkota;
Lalu dipanggil Pawang raja.
Pawang mengerah orang bekerja, Empat puluh empat tukang dan utas, Siang malam tidak berhenti.
Raja memerintahkan orang besar berempat untuk mendirikan sebuah istana. Baginda memanggil Pawang Raja untuk mengerahkan empat puluh empat tukang yang pakar bekerja siang dan malam untuk menyiapkan sebuah istana.
Rangkap 2
Tujuh bulan tujuh purnama, Istana siap dengan alatnya;
Besar tersergam sembilan ruang, Sepuluh dengan rembat guntung, Sebelas dengan pancung serong, Dua belas dengan anjung tinggi.
Istana yang dibina selama tujuh bulan tersergam indah dengan segala kemudahan. Istana dilengkapi dengan sembilan ruang utama, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong, dan dua belas anjung tinggi.
Rangkap 3
Tiga sudut menteri delapan, Tiang panjang maharaja lela, Tiang tengah syukur menanti; Galang-galangnya ular berang, Kasau kecil puteri menyembah, Kasau lentik helang berbega.
Istana juga mempunyai tiga sudut untuk lapan orang menteri. Sudut itu mempunyai reka bentuk yang unik pembinaannya, iaitu bertiang panjang dan bertiang tengah. Seterusnya, galang-galang istana bercorak ular berang, kasau kecil bercorak puteri menyembah, dan helang terbang.
Rangkap 4
Berbunga sawa mengelempai, Bertakuk bersedelinggam, Berjenang berbatu kawi, Berselimpat ukir Jawa, Lilit-melilit akar Cina; Garam sebuku sisa jeragan, Bunga kenanga dimakan ular, Layang-layang di pintu ular.
Seni ukiran istana dihias indah dengan pelbagai corak yang amat menarik. Ada yang memiliki ukiran seni bina Jawa dan Cina. Selain itu motif haiwan dan tumbuh- tumbuhan juga menjadi pilihan tukangnya seperti ular, layang-layang, dan sebuku garam.
Rangkap 5
Istana siap tukang pun mati,
Tiada orang dapat meniru:
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.

Setelah istana itu siap dibina, semua tukang yang ditugaskan membina istana itu telah dibunuh agar tiada seorang pun tukang yang lain dapat meniru kehalusan corak dan keunikan seni bina istana tersebut. Istana baharu yang tersergam indah itupun dipersembahkan kepada raja dan permaisuri.
Maksud Berbuat Istana Zaman Dahulu

Persoalan Berbuat Istana Zaman Dahulu

Persoalan kesetiaan rakyat tanpa berbelah bahagi kepada pemerintah.
Rakyat amat taat kepada perintah raja. Mereka melakukan apa sahaja perintah yang diarahkan oleh raja.

Persoalan kerajinan / kegigihan dalam menyiapkan sesuatu pekerjaan
Rakyat gigih membina istana sehingga selesai

Persoalan keunikan seni ukiran dan seni bina Melayu.
Binaan istana pada zaman dahulu menggunakan tenaga manusia. Binaanya kukuh dan bermutu tinggi serta dihiasi dengan ukiran menarik.

Persoalan kerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Rakyat bekerjasama melaksanakan perintah raja untuk membina istana

Persoalan fungsi istana
Istana bukan sahaja sekadar menjadi kediaman rasmi raja malah menjadi tempat pemerintah mengadakan pelbagai aktitiviti dan pertemuan para pembesar dan tetamu.


Bentuk dan Ciri-ciri Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu

  1. Seloka berbentuk bebas atau tidak terikat.
  2. Terdiri daripada lima rangkap
  3. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu antara 3-8 baris.
    Rangkap pertama: enam baris, rangkap kedua: enam baris, rangkap ketiga: enam baris, rangkap keempat: lapan baris, dan rangkap kelima: tiga baris.
  4. Bilangan perkataan bagi setiap baris tidak sama, iaitu antara 2-6 patah kata.
  5. Bilangan suku kata setiap baris tidak sama, iaitu antara 8-17 suku kata
  6. Rima akhir tidak sama.
    Rangkap pertama: abbbcd, rangkap kedua: aabcde, rangkap ketiga: abcdeb, rangkap keempat: abcddefa, dan rangkap kelima: aba.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

  1. Asonansi
    Contoh : Tujuh bulan tujuh purnama (pengulangan bunyi vokal u)
  2. Aliterasi
    Contoh : Tiang tengah syukur menanti (pengulangan bunyi konsonan t)
  3. Penggunaan kata arkaik/klasik
    Contoh : utas; bersedelingam; puri
  4. Repitisi
    Contoh : Empat puluh empat tukang dan utas, Tujuh bulan tujuh purnama.
  5. Responsif
    Contoh : Sepuluh dengan rembat guntung, Sebelas dengan pancung serong
  6. Anafora
    Contoh: Tiang panjang maharaja lela, Tiang tengah syukur menanti.
  7. Personifikasi
    Contoh: Tiang tengah syukur menanti, Lilit-melilit akar Cina.
  8. Kata arkaik
    Contoh: utas; berbega; bersedelinggam.
  9. Inversi.
    Contoh: Garam sebuku sisa jeragan (sepatutnya Sisa jeragan sebuku garam).
  10. Metafora.
    Contoh: anjung tinggi; Tiang tengah.

Nilai Berbuat Istana Zaman Dahulu

Nilai ketaatan dan kesetiaan

Orang Besar Berempat telah menurut perintah raja dengan membina dan menyiapkan sebuah istana agam yang dikelilingi parit dan tembok.

Nilai kegigihan/ kerajinan

Empat puluh empat tukang dan utas yang pakar telah bekerja dengan gigih untuk menyiapkan istana dalam tempoh tujuh bulan.

Nilai kerjasama

Orang Besar Berempat, Pawang dan tukang istana yang pakar itu sanggup bekerjasama bekerja siang dan malam untuk mengilhamkan seni bina dan seni ukir pada istana dengan menggunakan unsur alam dalam tempoh tujuh bulan.

Nilai tanggungjawab

Raja seorang yang bertanggungjawab kerana telah menyediakan sebuah istana agam untuk permaisuri kesayangannya


Pengajaran Berbuat Istana Zaman Dahulu

  1. Kita hendaklah memberi taat setia kepada pemerintah atau pemimpin demi keharmonian sesebuah negara.
  2. Kita hendaklah gigih berusaha tanpa mengenal erti penat dan lelah.
  3. Sebagai rakyat, kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh integriti.
  4. Kita perlu rajin bekerja dengan sungguh-sungguh untuk memastikan segala perancangan yang dibuat berjaya membuahkan hasil.
  5. Kita perlulah teliti dalam melakukan sesuatu perkerjaan agar hasilnya akan menjadi baik
  6. Kita haruslah mengamalkan sikap kerjasama ketika melaksanakan sesuatu pekerjaan yang diamanahkan kepada kita.
  7. Kita mestilah menyerlahkan keunikan senia bina

Latar masyarakat Berbuat Istana Zaman Dahulu

  1. Masyarakat yang setia kepada pemerintah / patuh pada perintah raja.
  2. Masyarakat yang rajin / gigih dalam menyiapkan sesuatu pekerjaan.
  3. Masyarakat yang pakar dalam seni ukiran dan seni bina Melayu.
  4. Masyarakat yang bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan

1 thought on “Nota Berbuat Istana Zaman Dahulu (KOMSAS SPM)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *