BM: SIMPULAN BAHASA

Air muka – rupa muka yang membayangkan sesuatu perasaan

Air tangan – hasil kerja tangan seseorang

Anak buah – pengikut / rakyat/orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga

Anak bujang- anak lelaki yang belum berkahwin

Anak didik – pengikut seseorang pemimpin yang diasuh sendiri oleh pemimpin itu.

Ayam tambatan –orang harapan dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan

Berhati walang –bersedih, hiba,dukacita,gelisah, suram

Besar hati – bangga dan gembira

Buah fikiran – pendapat

Bulat hati –lurus hati / bersungguh-sungguh

Bulat kata – sudah mencapai kata sepakat

Hati terbuka – perasaan senang hati untuk menerima sesuatu

Kera sumbang – orang yang hidup dengan mengasingkan diri

Langkah seribu – melarikan diri dengan sekuat-kuat hati kerana ketakutan

Lapang dada – perasaaan sabar /berasa senang

Lupa daratan – tidak tahu mengenang budi dan kebaikan orang terhadap dirinya

Membawa diri –menjauhkan diri/ mengembara

Memerah keringat – bekerja keras

Menabur bakti – membuat jasa

Menambat hati – menarik dan memikat perasaan

Menara gading – tempat yang mempunyai kedudukan yang tinggi seperti universiti

Menghulur tangan – memberi pertolongan

Murah hati – suka memberi bantuan

Orang berada – orang kaya

Otak cair – pandai

Pasang telinga – mendengar dengan teliti

Permata hati – orang kesayangan

Rambang mata –rasa sukar untuk memilih sesuatu yang berada dalam sesuatu kumpulan yang banyak

Sekangkang kera – tanah yang sedikita dan tidak luas

Tanah air – Negara tempat kelahiran

Tangan terbuka – sedia menerima kedatangan seseorang dengan sukacita / orang yang bermurah hati atau suka menolong orang lain

Titik peluh – hasil usaha atau kerja yang dibuat oleh seseorang tanpa bantuan orang lain.

Tulang empat kerat – kegiatan melakukan sesuatu pekerjaan dengan menggunakan tenaga fizikal

BM: PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan  kata bilangan. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.

Contoh penjodoh bilangan dan Penggunaan

Berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta penggunaannya.

baris:

Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya

batang:

Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya

biji:

Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya

cucuk:

Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya

das:

Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam

ekor:

Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya

gugus:

Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya

ikat:

Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya

jambak:

Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya

keping:

Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya

ketul:

Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya

laras:

Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya

lembar:

Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya

pasang:

Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya

sikat:

Untuk pisang

ulas:

Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya

utas:

Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya

BM: Beza “PADA” dan “KEPADA”

Maksud PADA

Pada ialah kata sendi yang luas penggunaannya. Pada boleh digunakan untuk masa,  tempat, benda abstrak dan benda konkrit tertentu

Contoh:

  • Dia dilahirkan pada tahun 2008.
  • Sifat garang ada pada anjing jiran saya.
  • Ibu menggantungkan buaian kain pada sebatang dahan.

Maksud KEPADA

Kepada  ialah kata sendi yang lazimnya digunakan untuk merujuk manusia, haiwan, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan.

Contoh:

  • Kemalangan itu mesti dilaporkan kepada pihak polis.
  • Para peserta telah diagihkan kepada lima kumpulan.

BM: NOTA KATA PEMERI

Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket. Dengan kata lain,Kata pemeri ialah kata yang bertugas memeri hal atau merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek dan sebagai pemisah antara subjek dengan predikat ayat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah. Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.Kata pemeri tergolong dalam kata tugas.

JENIS KATA PEMERI:

i. ialah : digunakan jika di depannya kata/frasa nama dan kata/frasa kerja sahaja.

ii. adalah : di gunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi sahaja.

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI:

i. ‘ialah’ hanya boleh diikuti dengan kata nama atau frasa nama sahaja.

Salah:

-Nama kampung saya adalah Kampung Pinang Sebatang.

-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu adalah buah-buahan.

Betul:

-Nama kampung saya ialah Kampung Pinang Sebatang.

-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu ialah buah-buahan.

ii. ‘adalah’ hanya boleh digunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi

Salah:

-Keadaan di pusat perkelahan itu ialah sangat cantik dan menarik.

-Tempat tinggalnya ialah di Kampung Pinang Sebatang.

-Pegawai itu ialah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.

Betul:

-Keadaan di pusat perkelahan itu adalah sangat cantik dan menarik.

-Tempat tinggalnya adalah di Kampung Pinang Sebatang.

-Pegawai itu adalah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.

iii. ‘kata nafi’ iaitu ‘tidak’ dan ‘bukan’ hanya boleh digandingkan dengan ‘adalah’. ( kata pemeri ‘adalah’ boleh ditiadakan untuk kata nafi)

Salah:

-Kenyataan yang anda beri tadi ialah tidak benar sama sekali.

-Pemuda yang bermisai tebal itu ialah bukan abang kandungnya.

-Pakaian seperti itu ialah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.

Betul:

-Kenyataan yang anda beri tadi adalah tidak benar sama sekali.

-Kenyataan yang anda beri tadi tidak benar sama sekali.

-Pemuda yang bermisai tebal itu adalah bukan abang kandungnya.

-Pemuda yang bermisai tebal itu bukan abang kandungnya.

-Pakaian seperti itu adalah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.

-Pakaian seperti itu tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.