BM SPM Puisi Tradisional – Sang Gembala Kuda karya

Sang Gembala Kuda karya – Karya : Razali Mohd Yussof Sajak Maksud Dia lelaki bergelar perkasadengan cemeti keberanian di tangan rembat angkuhnya memacu takut menghalau kuda-kuda dipadang berebutan memburu kandang. ‘Seorang lelaki bergelar perkasa’ merupakan simbolik kepada seorang pemimpin. ‘Cemeti keberanian di tangan’ bermaksud pemimpin tersebut mempunyai kuasa. ‘Rembat angkuhnya memacu takut’ bermaksud pemimpin ini … Read more

Gurindam Dua Belas – Fasa yang ketiga

Nota Gurindam Dua Belas – Fasa yang ketiga Tema Gurindam Dua Belas Nasihat memelihara anggota diri. Gurindam ini memberikan nasihat supaya kita sentiasa memelihara anggota diri dan berbudi pekerti. Gurindam Maksud Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Penglihatan yang dijaga akan mengurangkan keinginan terhadap perkara-perkara yang negatif. Apabila terpelihara kuping,Khabar yang jahat tiadalah damping. Pendengaran yang … Read more

BM SPM Puisi Tradisional – Syair Bidasari

KOMSAS Tingkatan 4 – Puisi Tradisional – Syair Bidasari TEMA Syair Bidasari Cabaran yang dihadapi oleh seorang raja ketika mentadbir negara. Raja Negeri Kembayat yang pertama amat bijaksana dan cekap dalam mentadbir urus negara. PERSOALAN Syair Bidasari 1. Keadilan dalam pemerintahan. Raja Negeri Kembayat menjalankan pemerintahan secara adil dan saksama. Baginda melayani pedagang dan ulama … Read more

KOMSAS BM: NOVEL DI SEBALIK DINARA

TEMA NOVEL DI SEBALIK DINARA Penggunaan teknologi maklumat yang begitu canggih boleh menguasai pemikiran manusia sehingga hilang rasa kemanusiaan walaupun dalam kalangan ahli keluarga sendiri. PERSOALAN NOVEL DI SEBALIK DINARA Hubungan kekeluargaan hancur akibat mengejar kemajuan teknologi maklumat sehingga sanggup mengeksploitasi anak demi kepentingan visi dan misi seorang bapa. Hubungan kemanusiaan musnah akibat kerakusan mengejar kecanggihan … Read more

KOMSAS BM: Konflik watak utama

Konflik yang timbul dalam cerita membuatkan cerita semakin berkembang. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua konflik yang dihadapi oleh watak utamanya. (7 markah) JAWAPAN: Novel Tirani karya Beb Sabariah Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Tirani karya Beb Sabariah, terdapat beberapa konflik yang dihadapi oleh watak utamanya iaitu Waheeda. Salah … Read more

BM: SIMPULAN BAHASA

Air muka – rupa muka yang membayangkan sesuatu perasaan Air tangan – hasil kerja tangan seseorang Anak buah – pengikut / rakyat/orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga Anak bujang- anak lelaki yang belum berkahwin Anak didik – pengikut seseorang pemimpin yang diasuh sendiri oleh pemimpin itu. Ayam tambatan –orang harapan dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan … Read more

BM: PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan  kata bilangan. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya. Contoh penjodoh bilangan dan Penggunaan Berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta penggunaannya. baris: Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya batang: Untuk benda yang … Read more

BM: Beza “PADA” dan “KEPADA”

Maksud PADA Pada ialah kata sendi yang luas penggunaannya. Pada boleh digunakan untuk masa,  tempat, benda abstrak dan benda konkrit tertentu Contoh: Dia dilahirkan pada tahun 2008. Sifat garang ada pada anjing jiran saya. Ibu menggantungkan buaian kain pada sebatang dahan. Maksud KEPADA Kepada  ialah kata sendi yang lazimnya digunakan untuk merujuk manusia, haiwan, menyatakan … Read more

BM: NOTA KATA PEMERI

Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket. Dengan kata lain,Kata pemeri ialah kata yang bertugas memeri hal atau merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek dan sebagai pemisah antara subjek dengan predikat ayat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah. Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama … Read more