Kebaikan Menabung Dalam Kalangan Masyarakat

Kebaikan Menabung Dalam Kalangan Masyarakat

Apakah kebaikan menabung dalam kalangan masyarakat dalam arus globalisasi ini? (Soalan Bahagian A)

Pendahuluan Karangan Menabung

  • Kedudukan kewangan seseorang melambangkan kematangannya menguruskan kehidupan
  • wang tidak dapat membeli semua benda di bumi ini tetapi wang juga penting dalam kehidupan
  • Amalan menabung semakin hari semakin dipandang sepi oleh golongan muda pada hari ini
  • Mereka selesa menghabiskan wang dengan pelbagai aktiviti kehidupan masing-masing
  • Apakah kebaikan amalan menabung dalam kalangan masyarakat dalam arus globalisasi ini?

Kebaikan Menabung

digunakan pada waktu kecemasan

  • kepentingan utama amalan menabung ialah wang dapat digunakan pada waktu kecemasan
  • tidak perlu bergantung pada orang lain jika kita berprinsip sediakan payung sebelum hujan
  • kita dapat menggunakan wang tabungan untuk membiayai kos perubatan ahli keluarga kita
  • dapat mengelakkan masalah perubatan atau komplikasi jika tidak mendapat rawatan segera
  • wang tabungan penting untuk menghadapi hujan cabaran dalam kehidupan masyarakat

mengamalkan sikap berjimat cermat

  • amalan menabung mengajar kita agar mengamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan
  • kebanyakan ahli masyarakat bersikap boros pada musim gaji masuk ke dalam akaun bank -membeli makanan, minuman dan mendapatkan hiburan yang sebenarnya tidak begitu penting
  • amalan menabung dapat mendisiplinkan diri kita agar menyimpan wang sedikit demi sedikit di bank
  • ingatlah bahawa wang tabungan itu sedikit demi sedikit, lama-lama akan menjadi bukit juga

membantu ahli keluarga yang menghadapi masalah

  • wang tabungan dapat digunakan untuk membantu ahli keluarga yang menghadapi masalah
  • hari ini hari orang, esok hari kita kerana malang yang menimpa seseorang itu tidak berbau
  • membantu keluarga yang memerlukan dana untuk menghantar anaknya belajar di luar negara
  • meringankan beban kewangan yang dihadapinya selain dapat menjalin hubungan yang erat
  • keluarga ialah orang pertama yang dapat kita bantu jika kita mengamalkan amalan menabung

membeli apa-apa barangan yang ingini

  • dengan amalan menabung, kita dapat membeli apa-apa barangan yang kita ingini dan hajati
  • tidak perlu bergantung pada orang lain untuk mendapatkan barangan yang ingin kita beli
  • menabungkan wang untuk membeli kereta, rumah, dan hadiah hari jadi yang kita impikan juga
  • mendapat kepuasan dan kegembiraan kerana kita tidak perlu berhutang dengan siapa-siapa
  • kita dapat membeli barangan yang kita sukai dengan amalan menabung yang sangat murni

Penutup Karangan Menabung

  • amalan menabung ialah amalan yang terbaik untuk mendewasakan masyarakat tentang wang
  • pengurusan wang peribadi ialah disiplin yang paling sukar dikuasai kerana manusia sering alpa
  • kewangan sesebuah negara juga ada kaitan dengan sikap rakyatnya yang boros berbelanja
  • masyarakat yang menabungkan wang juga dapat merangsang peningkatan ekonomi negara
  • saya berharap agar semua ahli masyarakat akan mula menabung untuk kebaikan diri sendiri
  • amalan menabung mestilah dimulakan sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya
  • amalan menabung membawa kebaikan kepada masyarakat jika diamalkan dengan baiknya

Leave a Reply