Skip to content

Nota Gurindam Beberapa Petua Hidup (KOMSAS SPM)

Nota Gurindam Beberapa Petua Hidup

Gurindam Beberapa Petua Hidup adalah KOMSAS SPM tingkatan 5, karya Za’ba. Berikut adalah nota Gurindam Beberapa Petua Hidup termasuk tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran.

Maksud Gurindam Beberapa Petua Hidup

SajakMaksud
Fikir dan Kata
Rangkap 1
Kurang fikir, kurang siasat, Tentu dirimu kelak tersesat.
Jika kita tidak mahu berfikir dan tidak teliti, sudah tentu kita akan melakukan kesilapan.
Rangkap 2
Fikir dahulu sebelum berkata, Supaya terelak silang sengketa.
Sebelum mengeluarkan kata-kata, seseorang itu hendaklah berfikir terlebih dahulu agar tidak timbul salah falam yang dapat mencetuskan perbalahan.
Rangkap 3
Perkataan tajam jika dilepas, Ibarat beringin, racun dan upas.
Kata-kata sindiran atau kecaman jika diucapkan mampu mengundang bahaya yang besar.
Rangkap 4
Kalau mulut tajam dan kasar, Boleh ditimpa bahaya besar.
Seseorang yang tidak menjaga pertuturan akan terjebak dalam masalah yang besar seperti pergaduhan.
Silang Sengketa
Rangkap 5
Siapa menggemari silang sengketa, Kelaknya pasti berdukacita.
Seseorang yang suka terlibat dalam pergaduhan sudah tentu akan berasa kesedihan atau penyesalan selepas itu.
Rangkap 6
Silang selisih jangan dicari, Jika tersua janganlah lari.
Pergaduhan hendaklah dielakkan, tetapi jika tidak boleh dielakkan, kita perlu menghadapinya.
Ilmu
Rangkap 7
Jikalau ilmu tiada sempurna, Tiada berapa ia berguna.
Jika ilmu tidak dipelajari sepenuhnya, kita tidak akan dapat manfaatnya.
Rangkap 8
Ilmu kepandaian boleh dikejar, Asal mahu rajin belajar.
Ilmu dan kebijaksanaan dapat dicari jika kita bersungguh-sungguh mempelajarinya.
Dunia Pergaulan
Rangkap 9
Dunia ini taman pergaulan, Hendaklah pilih sahabat dan taulan.
Dunia merupakan tempat untuk kita berkawan. Namun, kita perlu berhati-hati untuk memilih seseorang sebagai teman atau sahabat.
Rangkap 10
Manusia dikenal sifat budinya, Dengan dilihat siapa kawannya.
Kita dapat mengenal seseorang melalui budi pekertinya. Jika kita melihat rakan-rakannya baik, maka dia juga merupakan orang yang baik.
Rangkap 11
Burung yang sama corak dan bulu, Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.
Lazimnya, seseorang itu akan berkawan dengan orang yang sama minat, sama umur, sama tingkah laku, dan sebagainya.
Sifat-sifat yang Baik
Rangkap 12
Jikalau kamu bersifat budiman, Dipandang sebagai bunga di taman.
Jika anda seorang yang baik, anda akan dipandang tinggi oleh masyarakat.
Rangkap 13
Jikalau kamu bersifat dermawan, Segala orang dapat kautawan.
Jika anda suka menderma, semua orang akan menyukai anda.
Rangkap 14
Jikalau kamu bersifat pemurah, Segala manusia datang menyerlah.
Jika anda suka bersedekah, semua orang akan bersedia untuk menolong anda pula.
Perbuatan yang Baik
Rangkap 15
Barang siapa berbuat jasa, Mulia namanya segenap masa.
Seseorang yang membuat jasa, namanya akan disanjung pada setiap masa.
Rangkap 16
Menolong orang sesama wajib dan perlu, Tetapi tolonglah dirimu selalu.
Sikap suka membantu orang lain perlu ada pada setiap orang. Tetapi, sebelum kita membantu orang lain, kita mestilah membantu diri kita dahulu.
Sifat-sifat yang Jahat
Rangkap 17
Telunjuk lurus kelengkeng berkait, Hati sesama menjadi pahit
Seseorang yang ingin menyalahkan orang lain sebenarnya diri dialah yang bersalah. Hal ini menyebabkan orang di sekeliling tidak menyukainya.
Rangkap 18
Barang siapa berbuat khianat,
Tuhan kelak memberi laknat.
Seseorang yang suka berbuat jahat, dia akan menerima pembalasan daripada-Nya.
Maksud Beberapa Petua Hidup

Tema Beberapa Petua Hidup

Gurindam “Beberapa Petua Hidup” bertemakan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan dalam kehidupan dan dijadikan sebagai pegangan. Nilai-nilai murni yang positif serta diamalkan ini nescaya dapat melahirkan insan yang bersahsiah dan berdisiplin.


Persoalan Beberapa Petua Hidup

1. Kegigihan dalam membudayakan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian manusia.
2. Kesungguhan dalam mengamalkan nilai-nilai murni.
3. Rasional dalam membuat sebarang tindakan.
4. Ketekunan dan Kerajinan dalam menuntut ilmu.
5. Sanjungan masyarakat terhadap orang yang berjasa dan berhati mulia.
6. Kerjasama dan budaya tolong-menolong sesama manusia.
7. Keadilan Tuhan terhadap setiap tindak-tanduk manusia.
8. Orang yang pemurah disukai oleh masyarakat.
9. Kepentingan memilih sahabat yang baik.


Bentuk Gurindam Beberapa Petua Hidup

1. Gurindam “Beberapa Petua Hidup” ialah puisi terikiat/tidak bebas.

2. Gurindam ini terdiri daripada 18 rangkap.

3. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu dua baris serangkap.  Baris pertama ialah syarat dan baris kedua pula ialah jawab.

4. Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara tiga hingga enam patah perkataan dalam sebaris.

5. Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada hingga 12 suku kata.

6. Rima akhir gurindam sama iaitu aa.


Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam gurindam Beberapa Petua Hidup termasuklah :

  • Kata klasik.  Contohnya: upas
  • Kata pinjaman bahasa Arab.  Contohnya: khianat; laknat
  • Perulangan atau repetisi.  Contohnya: Kurang fikir, kurang siasat,
  • Peribahasa.  Contohnya: Telunjuk lurus kelengkeng berkait
  • Simile.  Contohnya: Ibarat beringin, racun dan upas.
  • Metafora.  Contohnya: mulut tajam dan kasar; taman pergaulan
  • Inversi.  Contohnya: Tentu dirimu kelak tersesat.

Unsur keindahan bunyi

Unsur keindahan bunyi yang terdapat dalam gurindam Beberapa Petua Hidup termasuklah:

Asonansi

Perulangan vokal a:  Perkataan tajam jika dilepas
Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi vokal sebanyak tujuh kali.

Perulangan vokal iManusia dikenal sifat budinya
Dalam contoh ini, perulangan bunyi vokal sebanyak empat kali.

Aliterasi

Perulangan konsonan sSupaya terelak silang sengketa
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan s sebanyak dua kali.

Perulangan konsonan tTetapi tolonglah dirimu dahulu.
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan t sebanyak dua kali.


Latar Masyarakat Beberapa Petua Hidup

  • Masyarakat yang rajin menuntut ilmu.
  • Masyarakat yang baik hati.
  • Masyarakat yang berhemah tinggi.
  • Masyarakat yang murah hati / dermawan.
  • Masyarakat kebijaksanaan.

Nilai Beberapa Petua Hidup

Nilai kebijaksanaan

Contohnya, kita perlu bijak dalam memilih sahabt dan taulan di dunia yang diibaratkan sebagai sebuah taman pergaulan.

Nilai rasional

Contohnya, kita dinasihatkan agar berfikir dahlu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan sebarang salah faham dan sengketa sesama manusia.

Nilai kesopanan

Contohnya, kita dituntut agar menjaga tutur kata supaya tidak menggores hati orang lain.

Nilai kerajinan

Contohnya, kita dinasihatkan agar rajin belajar untuk menambahkan ilmu dan kemahiran.

Nilai mengenang jasa

Contohnya, seseorang yang berjasa akan dikenang sepanjang masa.

Nilai kerjasama

Contohnya, sifat suka membantu dan menolong sesama insan perlu diamalkan.

Nilai baik hati.  

Contohnya, kita dituntut agar sentiasa berbudi sesama manusia.

Nilai setia kawan.  

Contohnya, seorang sahabat yang baik akan sentiasa mendorong rakannya ke arah kebaikan.


Pengajaran Beberapa Petua Hidup

1. Kita haruslah rajin belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran jika ingin berjaya.

2.Kita haruslah mengamalkan sifat-sifat yang baik dan terpuji dalam kehidupan agar sentiasa disenangi oleh orang lain.

3. Kita haruslah berfikir secara rasional dan sentiasa menjaga tutur kata kita agar disenangi dan mengelakkan salah faham.

4. Kita haruslah sentiasa bersifat murah hati agar memudahkan kita mendapatkan bantuan dan pertolongan apabila perlu.

5. Kita mestilah bijaksana dalam mencari dan memilih sahabat kerana manusia di dunia ini mempunyai pelbagai karenah dan sifat.

6. Janganlah kita mengadu domba dan membuat fitnah sehingga boleh menjejaskan hubungan baik sesama manusia.

7. Janganlah kita berlebih-lebihan menolong orang lain sedangkan pada waktu itu sendiri berada dalam kesusahan.

8. Kita hendaklah sentiasa berbudi sesama manusia agar dikenang orang.


SoalanGurindam Beberapa Petua Hidup

Apakah Tema Puisi Beberapa Petua Hidup

Gurindam “Beberapa Petua Hidup” bertemakan nilai-nilai murni yang dapat dijadikan pegangan dalam kehidupan manusia sehari-hari. Nilai-nilai murni yang positif serta diamalkan ini nescaya dapat melahirkan insan yang bersahsiah dan berdisiplin.

Berikan maksud baris membuat istana puri berkota

Maksud membuat istana puri berkota ialah membina istana yang dikelilingi oleh parit
sebagai benteng pertahanan.

Dunia ini taman pergaulan, Hendaklah pilih sahabat dan taulan.
Bait gurindam di atas menyarankan agar kita perlu berhati-hati dalam pergaulan. Pada pendapat anda, mengapakah kita disarankan agar menjaga batas pergaulan dalam persahabatan?

Pada pendapat saya, kita perlu menjaga batas pergaulan dalam persahabatan untuk menghindari diri kita daripada terjebak dalam kancah maksiat. Selain itu, kita dapat merapatkan hubungan silaturahim antara rakan. Kita juga dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah mulia sekiranya kita dapat menjaga batas pergaulan dengan orang orang lain. Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan dan mampu memelihara maruah diri sendiri daripada gejala sosial yang tidak sihat.

Jelaskan dua persoalan yang boleh dikaitkan dengan ilmu pengetahuan dalam gurindam.

Persoalan yang dikaitkan dengan ilmu pengetahuan berdasarkan gurindam tersebut ialah persoalan ketekunan dalam menuntut ilmu sehingga sempurna agar dapat dimanfaatkan dalam kehidupan. Selain itu, persoalan kerajinan dalam menuntut ilmu dapat menjamin kecemerlangan dalam kehidupan juga diketengahkan dalam gurindam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *