Rangka Karangan: Faedah-Faedah Koperasi di Sekolah

Rangka Karangan: Faedah-Faedah Koperasi di Sekolah

Huraikan pendapatan anda tentang Faedah-Faedah Koperasi di Sekolah. (Karangan Bahagian A)

PENDAHULUAN KARANGAN KOPERASI

  • sekolah ialah platform utama yang mendidik murid menjadi cemerlang dalam pelbagai bidang
  • salah satu kemudahan di sekolah yang penting dalam sistem pendidikan ialah koperasi sekolah
  • koperasi sekolah dibuka waktu rehat dan pada waktu perantaraan sesi pagi dengan sesi petang -koperasi sekolah yang dianggotai semua murid dan dijaga oleh murid yang dipilih oleh guru
  • semua murid harus mengkaji faedah koperasi di sekolah kerana tak kenal maka tak cinta


Faedah-Faedah Koperasi di Sekolah

memudahkan murid memperoleh barangan keperluan

  • koperasi sekolah memudahkan murid memperoleh barangan keperluan sebagai pelajar sekolah
  • mengurangkan beban tugas guru dan ibu bapa untuk menyediakan kelengkapan belajar murid
  • murid dapat membeli buku-buku kerja dan alat-alat tulis untuk kegunaan akademik mereka
  • mereka dapat memanfaatkan koperasi sekolah yang menawarkan harga yang lebih berpatutan
  • koperasi memberikan kemudahan kepada murid-murid untuk melengkapkan keperluan mereka

mengasah bakat keusahawanan dalam kalangan murid

  • koperasi sekolah berfaedah kerana mengasah bakat keusahawanan dalam kalangan murid
  • murid dapat melibatkan diri dalam tugasan menjaga koperasi dan menjalankan tugas mereka
  • membuat promosi, meningkatkan jualan, dan menjaga kaunter pembayaran di koperasi sekolah
  • mencungkil bakat murid dalam bidang keusahawanan agar dapat bersaing dengan sihat
  • murid dapat memupuk minat berniaga sekali gus menjadi ahli korporat terkemuka di negara

memupuk nilai-nilai murni

  • koperasi sekolah juga berfaedah kerana dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid
  • mereka dapat menjalankan tugas dengan nilai amanah dan bertanggungjawab sebagai jurujual
  • nilai kejujuran dalam tingkah laku juga dapat dinilai dengan akauntabiliti dalam penjagaan wang
  • koperasi sekolah dapat membimbing murid menjadi ahli korporat yang adil dan bertindak benar
  • koperasi sekolah dapat menjadi platform pembelajaran sepanjang hayat diri anak-anak muda

menawarkan pelbagai perkhidmatan

  • koperasi sekolah amat berfaedah kerana menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada murid
  • dapat mengurangkan beban ibu bapa untuk membeli baju sukan yang perlu ditempah khas
  • murid dapat menempah lencana dan seluar trek serta baju sukan dengan harga yang murah
  • koperasi sekolah bukan dibuka untuk mengaut keuntungan berlipat ganda daripada pelanggan
  • murid dapat memiliki apa-apa kelengkapan yang amat berkualiti dengan harga yang berpatutan


PENUTUP KARANGAN KOPERASI

  • koperasi sekolah banyak memberikan faedah jika setiap idea di atas kita hayati dengan baiknya
  • koperasi sekolah ialah organisasi yang signifikan kepada guru-guru dan murid-murid di sekolah
  • semua sekolah harus memastikan koperasi sekolah menjalankan fungsinya kepada murid
  • sekolah akan menjadi tempat belajar yang bukan hanya mementingkan pencapaian akademik
  • sekolah dapat menjadi tempat murid menguasai pelbagai ilmu termasuk ilmu konsumerisme
  • sekolah juga akan menjadi pentas utama yang menyaksikan kejayaan dan kegemilangan murid
  • semua sekolah diharapkan dapat memastikan koperasi sekolah berfungsi dengan baiknya
  • semua murid dapat memanfaatkan koperasi sekolah agar faedahnya juga dinikmati oleh semua
  • pengurusan sekolah haruslah memastikan koperasi sekolah terus memberikan faedahnya

Leave a Reply