Skip to content

BM SPM – Nota Komsas Sajak Sang Gembala Kuda

Sang Gembala Kuda

Sajak Sang Gembala Kuda adalah karya Razali Mohd Yussof. Berikutnya ialah Nota Sang Gembala Kuda, termasuk tema, persoalan, nilai, pengajaran, gaya bahasa, dan maksud Sang Gembala Kuda.

Nota Sang Gembala Kuda

SajakMaksud

Dia lelaki bergelar perkasa
dengan cemeti keberanian di tangan rembat angkuhnya memacu takut menghalau kuda-kuda dipadang berebutan memburu kandang.
‘Seorang lelaki bergelar perkasa’ merupakan simbolik kepada seorang pemimpin. ‘Cemeti keberanian di tangan’ bermaksud pemimpin tersebut mempunyai kuasa. ‘Rembat angkuhnya memacu takut’ bermaksud pemimpin ini boleh melakukan apa-apa sahaja yang menyebabkan orang bawahannya berasa takut. ‘kuda-kuda’ bermaksud orang bawahan atau orang suruhannya. Pemimpin ini kuat kerana kuasa yang ada padanya.
Rumput dan jerami yang terhidang adalah kanun janji kesetiaan dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.
Untuk mengekalkan kuasa, pemimpin ini memberikan pelbagai kemewahan kepada ketua-ketua kecil yang menyokong penuh kepemimpinannya. Segala pemberian ini diterima sepenuhnya dan ketua-ketua kecil ini perlulah setia. Oleh sebab mereka telah menerima pelbagai kemewahan daripada pemimpin atasan, ketua-ketua kecil akan berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada rakan atau orang di kawasannya supaya mentaati pemimpin mereka.
Dia lelaki punya kuasa
sesekali suaranya lebih gempita daripada ringkik kuda sekandang pacuannya diiringi seribu keberanian meredah onak di rimba perburuan meranduk lumpur dipaya penindasan sambil melibas cemeti durjana
dia melampar muslihat aku penyelamat maruah berjuang
atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan.
Pemimpin mempunyai kuasa yang besar. Oleh sebab dia mempunyai kuasa, arahannya sentiasa dipatuhi oleh ketua-ketua kecil di bawahnya. Pelbagai masalah dapat dihadapi dengan mudah. Dengan kuasa yang ada, dia berjaya menindas orang bawahan. Dengan menggunakan tipu muslihat, pemimpin ini mengatakan bahawa dia merupakan penyelamat maruah bangsa, berkhidmat dengan ikhlasnya, dan menentang semua ketidakadilan yang berlaku.
Dia lelaki sang gembala kuda hanya mengenal pantas tunggangan tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan tanpa menghitung kesakitannya dan kuda-kuda itu ditunggangi ditunggangi dan ditunggangi!
Inilah pemimpin yang mempergunakan orang lain untuk mengekalkan kedudukannya. Dia hanya bijak untuk menggunakan orang lain bagi mengekalkan kuasanya. Pemimpin ini hanya tahu untuk mengejar kuasa tanpa mengambil kira kehebatan dirinya yang sebenar. Oleh sebab kebijaksanaannya mempergunakan orang lain, orang-orang bawahannya terus tertindas.
Maksud Sang Gembala Kuda karya

Tema Sang Gembala Kuda karya

Kekuasaan seseorang pemimpin yang mengeksploitasi orang bawahannya untuk mengekalkan kuasa.

Persoalan Sang Gembala Kuda karya

  • Kebijaksanaan seorang pemimpin untuk mengekalkan kuasanya.
  • Kesetiaan orang bawahan terhadap pemimpin kerana habuan.
  • Kekuasaan mampu mengawal orang bawahan dan mengekalkan kedudukan.
  • Keberanian seorang pemimpin menghadapi pelbagai cabaran.
  • Penganiayaan terhadap orang bawahan untuk mengekalkan kuasa.

Bentuk Sang Gembala Kuda karya

  • Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
  • Jumlah baris dalam rangkap tidak sama – rangkap 1-2 (5 baris), rangkap 3 (11 baris), dan rangkap 4 (8 baris).
  • Bilangan kata dalam setiap baris adalah antara 3-6 patah kata.
  • Bilangan suku kata dalam baris adalah antara 8-13 suku kata.
  • Rima akhir berbentuk bebas – rangkap 1 (abcdd), rangkap 2 (abcab), rangkap 3 (aabcccadecc), dan rangkap 4 (abaabacc).
  • Sajak ini berbentuk bebas kerana tidak terikat pada ciri-ciri puisi tradisional.

Gaya Bahasa Sang Gembala Kuda karya

  1. Aliterasi
    Contoh : ditunggangi dan ditunggangi (pengulangan bunyi konsonan d)
  2. Asonansi
    Contoh : adalah kanun janji kesetiaan (pengulangan bunyi vokal a)
  3. Personifikasi
    Contoh : rembat angkuhnya memacu takut.
  4. Metafora
    Contoh : dengan cemeti keberanian di tangan
    meredah onak di rimba perburuan
    meranduk lumpur di paya penindasan
  5. Repetisi
    Contoh : dan kuda-kuda itu ditunggangi ditunggangi dan ditunggangi!

NILAI Sang Gembala Kuda karya

  1. Keberanian
    Contoh : pemimpin yang berani menghadapi cabaran.
  2. Tanggungjawab
    Contoh : pemimpin bertanggangjawab menjaga kebajikan orang bawahannya.
  3. Kebijaksanaan
    Contoh : pemimpin yang bijak untuk mengekalkan kuasanya.
  4. Kesetiaan
    Contoh : kesetiaan orang bawahan terhadap pemimpinnya.

PENGAJARAN Sang Gembala Kuda karya

  • Kita mestilah menggunakan kuasa dengan betul apabila menjadi seorang pemimpin.
  • Kita mestilah setia kepada pemimpin yang jujur, amanah, dan bertanggungjawab.
  • Sebagai pemimpin, kita janganlah mengamalkan rasuah untuk mengekalkan kuasa.
  • Sebagai pemimpin, kita janganlah menggunakan orang bawahan untuk mengekalkan kedudukan kita.
  • Kita perlulah berani untuk menghadapi cabaran apabila menjadi seorang pemimpin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *