BM: NOTA KATA PEMERI

Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket. Dengan kata lain,Kata pemeri ialah kata yang bertugas memeri hal atau merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek dan sebagai pemisah antara subjek dengan predikat ayat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah. Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.Kata pemeri tergolong dalam kata tugas.

JENIS KATA PEMERI:

i. ialah : digunakan jika di depannya kata/frasa nama dan kata/frasa kerja sahaja.

ii. adalah : di gunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi sahaja.

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI:

i. ‘ialah’ hanya boleh diikuti dengan kata nama atau frasa nama sahaja.

Salah:

-Nama kampung saya adalah Kampung Pinang Sebatang.

-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu adalah buah-buahan.

Betul:

-Nama kampung saya ialah Kampung Pinang Sebatang.

-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu ialah buah-buahan.

ii. ‘adalah’ hanya boleh digunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi

Salah:

-Keadaan di pusat perkelahan itu ialah sangat cantik dan menarik.

-Tempat tinggalnya ialah di Kampung Pinang Sebatang.

-Pegawai itu ialah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.

Betul:

-Keadaan di pusat perkelahan itu adalah sangat cantik dan menarik.

-Tempat tinggalnya adalah di Kampung Pinang Sebatang.

-Pegawai itu adalah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.

iii. ‘kata nafi’ iaitu ‘tidak’ dan ‘bukan’ hanya boleh digandingkan dengan ‘adalah’. ( kata pemeri ‘adalah’ boleh ditiadakan untuk kata nafi)

Salah:

-Kenyataan yang anda beri tadi ialah tidak benar sama sekali.

-Pemuda yang bermisai tebal itu ialah bukan abang kandungnya.

-Pakaian seperti itu ialah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.

Betul:

-Kenyataan yang anda beri tadi adalah tidak benar sama sekali.

-Kenyataan yang anda beri tadi tidak benar sama sekali.

-Pemuda yang bermisai tebal itu adalah bukan abang kandungnya.

-Pemuda yang bermisai tebal itu bukan abang kandungnya.

-Pakaian seperti itu adalah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.

-Pakaian seperti itu tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.

Leave a Comment