BM: PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama denganĀ  kata bilangan. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.

Contoh penjodoh bilangan dan Penggunaan

Berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta penggunaannya.

baris:

Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya

batang:

Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya

biji:

Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya

cucuk:

Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya

das:

Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam

ekor:

Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya

gugus:

Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya

ikat:

Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya

jambak:

Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya

keping:

Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya

ketul:

Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya

laras:

Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya

lembar:

Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya

pasang:

Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya

sikat:

Untuk pisang

ulas:

Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya

utas:

Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya