Isi Karangan Cara memupuk minat bersukan

Aktiviti sukan memberi banyak faedah kepada masyarakat kita. Huraikan peranan ibu bapa dalam memupuk minat bersukan kepada anak-anak.

Peranan Ibu Bapa dalam memupuk Minat Bersukan kepada Anak

  • sukan antara aktiviti yang digemari di negara kita – pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan taraf sosial menceburi bidang ini
  • bidang sukan diberikan perhatian yang serius oleh kerajaan – sekolah sukan ditubuhkan – pertandingan sukan dianjurkan
  • sukan dapat menjulang nama negara di persada dunia – Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David
  • ibu bapa berperanan penting untuk menyemai minat bersukan kepada anak-anak

Bidang sukan memberi pelbagai faedah kepada masyarakat dan negara kita. Selain melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas, bidang sukan juga dapat menjulang nama negara Malaysia di persada dunia seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David. Untuk melahirkan lebih banyak golongan muda yang berminat dalam aktiviti sukan, ibu bapa berperanan penting untuk menyemai minat bersukan kepada anak-anak. Ibu bapa mampu mempengaruhi anak-anak mereka dan memberi galakan kepada anak-anak supaya menceburkan diri dalam kegiatan yang berfaedah ini. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam memupuk minat bersukan kepada anak-anak?

menggalakkan anak bersukan di sekolah

  • menggalakkan anak-anak bergiat aktif dalam aktiviti sukan di sekolah
  • memastikan anak-anak tidak culas menghadiri aktiviti sukan
  • menghantar anak untuk sesi latihan di sekolah
  • anak-anak tidak akan memandang ringan/memandang sebelah mata terhadap aktiviti sukan di sekolah
  • anak-anak mungkin berjaya mewakili sekolah, daerah atau negeri
  • mungkin dapat mewakili negara pada masa depan
  • perlu disemai sejak di bangku sekolah lagi
  • melentur buluh biarlah daripada rebungnya

membelikan peralatan sukan

  • kasut, pakaian, raket. supaya anak-anak tidak menghadapi masalah semasa bersukan
  • misalnya, mereka tidak perlu meminjam daripada kawan atau tersingkir daripada pemilihan gara-gara tidak mempunyai peralatan sukan yang cukup
  • peralatan tersebut harus berkualiti kerana sukan ialah aktiviti yang lasak – alah membeli menang memakai
  • ibu bapa tidak harus lokek/bersikap tangkai jering/bakhil untuk melabur sekiranya anak-anak berminat
  • mungkin pelaburan tersebut akan membuahkan hasil/memberikan pulangan yang lumayan sekiranya anak-anak menjadi bintang sukan

memberikan sokongan padu

  • hadir memberikan sokongan sewaktu anak-anak terlibat semasa sesi latihan atau pertandingan
  • kehadiran ibu bapa amat bermakna –
  • dapat menjadi suntikan semangat kepada mereka
  • sudah tentu mereka dapat meraih kejayaan dengan adanya sokongan padu daripada ibu bapa

memastikan anak mendapat permakanan seimbang

  • memastikan anak-anak mendapat makanan yang seimbang dan berkhasiat
  •  sukan ialah aktiviti fizikal yang memerlukan kecergasan, ketangkasan dan stamina
  • makanan yang diambil oleh anak-anak perlu mempunyai diet yang mencukupi seperti karbohidrat untuk membekalkan tenaga, protein untuk membina otot dan vitamin untuk menjamin kesihatan
  • ibu bapa perlu mengetahui diet yang diperlukan untuk ahli sukan
  • dapatkan maklumat daripada bahan-bahan bacaan atau laman- laman sesawang
  • makanan juga perlu disediakan sendiri oleh ibu di rumah
  • makanan hasil daripada air tangan ibu ialah makanan yang terbaik

Penutup Karangan

  •  kejayaan anak-anak dalam bidang sukan ialah tanggungjawab ibu bapa
  • sukan dapat dijadikan kerjaya yang mampu memberikan pulangan yang lumayan
  • ibu bapa harus merebut peluang
  • diharapkan legasi keluarga Haji Sidek yang dapat melahirkan anak-anak yang telah mengharumkan nama negara di persada badminton dunia pada suatu ketika dahulu dapat diteruskan oleh ibu bapa yang berwawasan

Membaca contoh karangan dan rangka karangan lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page