Sejarah T5 Bab 1 – Kedaulatan Negara

Konsep kedaulatan Negara

Kedaulatan ditakrifkan sebagai kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas serta mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara.

Takrif Kedaulatan

  • Bahasa Yunani: Supernuus/superanus bermaksud agung atau tertinggi.
    • Merujuk negara yang bebas dan merdeka.
  • Bahasa Inggeris: Sovereignty bermaksud negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan.
  • Bahasa Arab: Daulah yang bermaksud kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan.
  • Bahasa Melayu: kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara

Pandangan Tokoh

  • Aristotle: Kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan. Kerajaan yang terikat oleh undang-undang.
  • Ibnu Khaldun: Kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara.
  • Jean Bodin: Kuasa tertinggi dalam sesebuah negara. Mempunyai kuasa tidak terbatas untuk membuat undang-undang.
  • Tunku Abdul Rahman: Prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
  • Dr. Mohamed Salleh Abas: Asas negara yang merdeka, memiliki kebebasan peringkat antarabangsa bersama dengan hak dan kuasa untuk mengatur dalam negeri tanpa telunjuk asing.

Jenis Kedaulatan

Kedaulatan Tradisional:
Sistem pemerintahan berkuasa mutlak yang menguasai sepenuhnya segala urusan negara

Kedaulatan Moden:
Hak rakyat dan kerajaan berperlembagaan

Kedaulatan Undang-Undang:
Kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang yang perlu dipatuhi.

Kedaulatan antarabangsa:
Merujuk pengiktirafan PBB terhadap sesebuah negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain.

Ciri-ciri negara berdaulat

Mempunyai Pemerintah:
Diwujudkan untuk menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan dan ekonomi. Mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Ketua negara ialah YDPA. Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri dibantu Jemaah Menteri

Mempunyai Sempadan:
Berkongsi sempadan darat, air dan udara dengan negara Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina. Sempadan Malaysia diakui masyarakat antarabangsa khasnya PBB. Memudahkan urusan pemerintahan negara.

Mempunyai Perundangan:
Menjadi asas peraturan negara. Penting untuk memelihara kesejahteraan, menjamin keadilan dan melindungi rakyat berpandukan Perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh Parlimen.

Mempunyai Rakyat:
Rakyat merupakan penduduk sesebuah negara. Terikat kepada undang- undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah. Rakyat Malaysia pelbagai kaum, agama, adat resam disatukan melalui satu bahasa, budaya, Rukun Negara serta identiti nasional yang sama.

Kepentingan mewujudkan negara berdaulat

Keberkesanan Pentadbiran:

  • Memberikan kebebasan kepada negara untuk menjalankan urusan pentadbiran tanpa campur tangan pihak luar.
  • Dilaksanakan melalui Jemaah Menteri dan kementerian yang berkaitan.
  • Kerjasama KP dan KN melalui pengagihan kuasa.
  • Diperkukuh melalui peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kemakmuran Ekonomi:

  • Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar kemakmuran ekonomi untuk memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat berbilang kaum.
  • Pembangunan ekonomi meliputi pertanian, perindustrian, perdagangan

Kesejahteraan Sosial:

  • Negara dapat melahirkan generasi berilmu dan berkemahiran melalui pendidikan.
  • Perkara berkaitan bahasa kebangsaan, kebudayaan, sukan dan Rukun Negara diperkenalkan untuk memupuk semangat muhibah dan mewujudkan semangat perpaduan.

Kecemerlangan Hubungan Luar Negara:

  • Memberi hak menjalin hubungan dengan negara lain melalui penggubalan dasar luar negara.
  • Dapat menjalinkan hubungan diplomatik dan persahabatan dengan negara lain.
  • Dapat mengadakan perjanjian dan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Langkah Mempertahankan Kedaulatan Negara

Mewujudkan Kestabilan Politik dan Kemakmuran Ekonomi:
– Pemerintah: Pentadbiran cekap, tiada rasuah, agihan kekayaan, melaksana undang-undang.
– Rakyat: Kesetiaan kepada raja, sokong usaha kerajaan, kerjasama, patuh undang-undang

Mengekalkan Perpaduan Kaum:
– Pemerintah : Menggubal dasar dan undang-undang, memupuk perpaduan.
– Rakyat : Guna bahasa kebangsaan, amal Rukun Negara, toleransi

Memupuk Patriotik:
– Pemerintah : Sambut hari kebangsaan,wajib subjek sejarah, kempen.
– Rakyat : Hormat lambang negara, hargai adat resam, jaga imej negara

Mengukuhkan Pertahanan Negara:
– Pemerintah : Gubal dasar dan undang-undang, adakan perjanjian pertahanan, modenkan aset ketenteraan dan bersiap siaga.
– Rakyat : Peka isu keselamatan, sanggup korban, menganggotai pasukan keselamatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page