Penggunaan peribahasa atau ungkapan menarik dalam karangan boleh mendapat gred karangan yang baik. Pelajar-pelajar boleh menghafal beberapa peribahasa dan gunakannya ketika menjawab soalan karangan.
Kandungan
Peribahasa tentang Sukan
– Bersatu padu bertambah mutu
– Otak cergas, badan sihat
– Otak yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat
– Melentur buluh biarlah dari rebungnya
– Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
– Masa itu emas
– Bersatu teguh, bercerai roboh
– Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
– Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat
Peribahasa tentang bekerjasama dan semangat masyarakat
– Air dicencang tidak akan putus
– Seperti isi dengan kuku
– Seperti aur dengan terbing
– Cubit peha kanan, peha kiri terasa juga (jika seorang ahli keluarga mendapat susah, yang lain susah juga)
– Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
– Biduk berlalu kiambang bertaut (dua pihak yang bergaduh akan berbaik-baik semula apabila tiada penghasutnya)
– Banyak orang banyak ragamnya (perangai dan buah fikiran yang berbeza)
– Bagai beliung dengan asahan (perhubungan yang akrab)
– Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
– Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
– hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
– terendam sama basah, terampai sama kering
Peribahasa tentang Kemalangan jalan raya
– pandu cermat jiwa selamat
– jangan biarkan keluarga kita menanti dalam tangisan
– sesal dahulu pendapat,sesal kemudian tidak berguna
– hargailah nyawa anda
– berhati-hati jalan raya
– malang tidak berbau
– hari ini hari orang, esok mungkin hari kita
– berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya
– malang tidak berbau
– kusangka panas ke petang, kiranya hujan di tengah hari
– pandu cermat jiwa selamat / biar lambat asalkan selamat
Peribahasa tentang Keinsafan
– Sesal dahulu pendapat, sesal kemudian tidak berguna
– Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
– Bumi mana yang tidak ditimpa hujan
– Sediakan payung sebelum hujan
– Sudah terhantuk baru tengadah
Peribahasa tentang Alam sekitar
– negara bersih rakyat sihat
– cintailah sungai kita
– cintailah alam sekitar
– kerbersihan alam sekitar,tanggungjawab bersama
– Badan sihat, otak cergas
Peribahasa tentang Amalan membaca
– seperti katak bawah tempurung
– rakyat berilmu negara maju
– ilmu pelita hidup
– melentur buluh biarlah dari rebungnya
– membaca jambatan ilmu
– ulat buku / ilmu kunci kehidupan / ilmu pelita hidup
– bangsa membaca bangsa berjaya
Peribahasa tentang perjuangan
– berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
– sampan sudah di air, pendayung sudah di tangan
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud: Jangan mengambil risiko
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga
Maksud: Jangan memandang rendah kebolehan orang lain
Peribahasa tentang berjimat cermat dan menabung
– sediakan payung sebelum hujan
– sedikit – sedikit lama jadi bukit
– ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
Peribahasa tentang Pemimpin
– Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
– Rajin usaha tangga kejayaan
– Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan
– Kepimpinan melalui teladan
– Guru kencing berdiri, murid kencing berlari
Peribahasa tentang kerajinan dan kegigihan
– Bagai lebah menghimpun madu
– Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
– Genggam bara api biar sampai jadi arang
– Hati hendak semua jadi
– Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Peribahasa tentang Patriotik
– biar putih tulang, jangan putih mata
– di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
– Bahasa jiwa bangsa (bahasa kebangsaan)
– Hilang bahasa lenyaplah bangsa
– Bahasa menunjukkan bangsa