Nota Ekonomi T5: Dasar Kewangan (Bab1)

Dasar Kewangan (Alat Dasar Ekonomi)

Dasar kewangan ialah cara kerajaan mempengaruhi kegiatan ekonomi melalui kawalan bekalan wang dan kadar bunga supaya ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan yang stabil.

  • Dasar kewangan dilaksanakan oleh bank pusat iaitu Bank Negara Malaysia
  • Dasar kewangan yang berbeza digunakan bergantung kepada masalah ekonomi yang ingin diatasi
  • Dasar kewangan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
Dasar kewanganDasar kewangan mengembangDasar kewangan menguncup
Matlamat dasarMenambah bekalan wang dalam ekonomiMengurangkan bekalan wang dalam ekonomi
Masalah ekonomi yang diatasiPengangguran atau kemelesetan ekonomiInflasi
Cara pelaksanaan– Menurunkan nisbah rizab berkanun
– Menurunkan nisbah rizab tunai
– Membeli surat jaminan kerajaan
– Melonggarkan syarat sewa beli
– Menurunkan kadar faedah
– Menaikkan nisbah rizab berkanun
– Menaikkan nisbah rizab tunai
– Menjual surat jaminan kerajaan
– Mengetatkan syarat sewa beli
– Menaikkan kadar faedah
Dasar kewangan

Dasar Kewangan Mengembang

  • Bertujuan untuk menambahkan bekalan wang dalam ekonomi
  • Digunakan untuk mengatasi masalah pengangguran atau kemelesetan ekonomi
  • Apabila penawaran wang dalam ekonomi meningkat, aktiviti pelaburan dalam ekonomi akan bertambah
  • Aktiviti pengeluaran barang dan perkhidmatan akan turut bertambah
  • Firma memerlukan lebih banyak buruh untuk mengisi kekosongan dalam aktiviti pengeluaran
  • Kadar pengangguran dalam ekonomi menurun dan pendapatan masyarakat meningkat
  • Kuasa beli pengguna akan meningkat dan permintaan agregat dalam pasaran juga meningkat
  • Kemelesetan ekonomi dapat dipulihkan

Dasar Kewangan Menguncup

  •  Bertujuan untuk mengurangkan bekalan wang dalam ekonomi
  • Digunakan ketika ekonomi mengalami inflasi
  • Apabila penawaran wang dalam ekonomi berkurang, aktiviti pelaburan dalam ekonomi akan berkurang
  • Aktiviti pengeluaran barang dan perkhidmatan akan turut berkurang
  • Pertumbuhan ekonomi yang perlahan menyebabkan firma terpaksa mengurangkan bilangan pekerja
  • Pendapatan pengguna menurun
  • Kuasa beli pengguna menurun dan permintaan agregat dalam pasaran juga menurun
  • Tingkat harga umum turun
  • Inflasi dapat diatasi

Alat Dasar Kewangan

  • Bank Pusat menggunakan alat dasar kewangan untuk mengawal ekonomi dengan mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi.
  • Antara alat dasar kewangan yang digunakan adalah seperti yang berikut :
Alat Dasar Kewangan

Nisbah rizab berkanun

Rizab berkanun merupakan simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat berdasarkan jumlah deposit yang diterima.

Semasa inflasi

Menaikkan nisbah rizab berkanun

  • Bank perdagangan terpaksa menyimpan lebih banyak wang tunai di bank pusat
  • Keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman dan penciptaan kredit menurun
  • Bekalan wang dalam ekonomi berkurang
  • Kuasa beli masyarakat menurun
  • Tingkat harga barangan cenderung menurun

Semasa kemelesetan ekonomi

Menurunkan nisbah rizab berkanun

  • Bank perdagangan hanya menyimpan sedikit wang tunai di bank pusat
  • Keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman dan penciptaan kredit meningkat
  • Bekalan wang dalam ekonomi bertambah
  • Kuasa beli masyarakat meningkat
  • Tingkat harga barangan cenderung meningkat

Nisbah rizab tunai

Rizab tunai merupakan simpanan wajib wang tunai di bank perdagangan berdasarkan jumlah deposit yang diterima.

Semasa inflasi

Menaikkan nisbah rizab tunai

  • Bank perdagangan terpaksa menyimpan lebih banyak rizab tunai
  • Keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman dan penciptaan kredit menurun
  • Bekalan wang dalam ekonoomi berkurang
  • Kuasa beli masyarakat menurun
  • Tingkat harga barangan cenderung menurun

Semasa kemelesetan ekonomi

Menurunkan nisbah rizab tunai

  • Bank perdagangan hanya menyimpan sedikit rizab tunai
  • Keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman dan penciptaan kredit meningkat
  • Bekalan wang dalam ekonoomi bertambah
  • Kuasa beli masyarakat meningkat
  • Tingkat harga barangan cenderung meningkat

syarat sewa beli

Syarat sewa beli merupakan syarat dan terma semasa membuat pinjaman sewa beli.

Semasa inflasi

Mengetatkan syarat sewa beli

  •  Mengurangkan had jumlah pinjaman maksimum
  • Deposit pinjaman ditingkatkan
  • Tempoh bayaran balik pinjaman dipendekkan
  • Kadar faedah dinaikkan
  • Permintaan akan menurun
  • Tingkat harga barangan cenderung menurun

Semasa kemelesetan ekonomi

Melonggarkan syarat sewa beli

  • Meningkatkan had jumlah pinjaman maksimum
  • Deposit pinjaman diturunkan
  • Tempoh bayaran balik pinjaman dipanjangkan
  • Kadar faedah dikurangkan
  • Permintaan akan meningkat
  • Tingkat harga barangan cenderung meningkat

surat jaminan kerajaan

Surat jaminan kerajaan merupakan surat bertulis yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk memperoleh pinjaman daripada masyarakat atau institusi kewangan.

Semasa inflasi

Menjual surat jaminan kepada pasaran (membuat pinjaman)

  • Orang ramai atau institusi membeli surat jaminan dengan wang dalam pasaran
  • Aliran wang tunai dalam ekonomi akan berkurang
  • Keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman dan penciptaan kredit menurun
  • Bekalan wang dalam ekonomi berkurang
  • Kuasa beli masyarakat menurun
  • Tingkat harga barangan menurun

Semasa kemelesetan ekonomi

Membeli surat jaminan dalam pasaran (menebus pinjaman)

  • Orang ramai atau institusi menjual surat jaminan dan memperoleh wang
  • Aliran wang tunai dalam ekonomi akan bertambah
  • Keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman dan penciptaan kredit meningkat
  • Bekalan wang dalam ekonomi bertambah
  • Kuasa beli masyarakat meningkat
  • Tingkat harga barangan cenderung meningkat

Kadar faedah

Merupakan kos yang ditanggung oleh peminjam semasa membuat pinjaman

Semasa inflasi

Menaikkan kadar faedah

  • Kos meminjam dan beban hutang peminjam meningkat
  • Jumlah pinjaman yang dibuat oleh masyarakat akan berkurang
  • Bekalan wang dalam ekonomi berkurang
  • Kuasa beli masyarakat menurun
  • Tingkat harga barangan menurun

Semasa kemelesetan ekonomi

Menurunkan kadar faedah

  • Kos meminjam dan beban hutang peminjam menurun
  • Jumlah pinjaman yang dibuat oleh masyarakat akan bertambah
  • Bekalan wang dalam ekonomi bertambah
  • Kuasa beli masyarakat meningkat
  • Tingkat harga barangan bertambah

Kesan Kadar Faedah sebagai Alat Dasar Kewangan dalam Ekonomi

  • Bank pusat telah menggunakan kadar faedah sebagai salah satu alat dasar kewangan untuk mengawal bekalan wang dalam ekonomi
  • Kadar faedah boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
Kadar faedah tetapKadar faedah terapung
tidak berubah sepanjang tempoh pinjamanberubah mengikut turun naik kadar rujukan sepanjang tempoh pinjaman
peminjam tahu dengan tepat berapa jumlah perlu dibayar secara ansuran setiap bulankadar rujukan dikawal oleh bank pusat
sesuai untuk peminjam yang tidak mahu dipengaruhi oleh perubahan kadar faedah di pasaranperubahan dalam kadar faedah boleh menyebabkan perubahan dalam bayaran ansuran bulanan atau tempoh pembayaran pinjaman

Jenis kadar faedah

Kesan Perubahan Kadar Faedah

Tindakan bank pusat mengubah kadar faedah boleh menyebabkan kos pinjaman berubah. Keadaan ini menimbulkan kesan yang berlainan atas unit ekonomi yang terlibat dalam kegiatan ekonomi dari segi perbelanjaan dan pelaburan.

Kesan peningkatan kadar faedah boleh dilihat dari tiga aspek :

Kesan peningkatan kadar faedah

Kesan terhadap pengguna

  • Perubahan kadar faedah boleh mempengaruhi kuasa beli dan corak perbelanjaan pengguna
  • Pinjaman bank membolehkan pengguna berbelanja melebihi kemampuan untuk membiayai pembelian aset bukan semasa seperti rumah, pembelian barang mewah, perbelanjaan pelajaran, pakej pelancongan, barangan elektrik dan lain-lain.
  • Kaedah bayaran secara kredit dikenakan kadar faedah
  • Tindakan bank pusat mengubah kadar faedah dalam pasaran akan memberi kesan kepada pengguna seperti yang berikut :

Kadar faedah dinaikkan

  • Kos pinjaman akan meningkat
  • Pengguna akan mengurangkan jumlah pinjaman
  • Pengguna akan mengelakkan bayaran secara kredit dan terpaksa menyediakan lebih banyak wang tunai semasa perbelanjaan
  • Keadaan ini akan mengehadkan perbelanjaan yang dibuat oleh pengguna
  • Perbelanjaan agregat berkurang

Kadar faedah diturunkan

  • Kos pinjaman akan menurun
  • Pengguna akan meningkatkan jumlah pinjaman
  • Pengguna akan menggunakan lebih banyak kaedah bayaran secara kredit semasa perbelanjaan dan memperolehi barang yang dikehendaki
  • Keadaan ini akan memperbanyakkan perbelanjaan yang dibuat oleh pengguna
  • Perbelanjaan agregat meningkat

Kesan terhadap firma

  • Perubahan kadar faedah boleh mempengaruhi modal kewangan yang diperoleh oleh firma
    Pinjaman bank merupakan salah satu sumber penting bagi firma untuk mendapatkan modal tambahan dalam mengembangkan operasi sama ada membeli aset baharu atau membina tapak pengeluaran baharu
  • Selain itu, modal pinjaman yang diperoleh juga boleh digunakan sebagai pelaburan dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan atau latihan kemahiran bagi pekerja supaya produktiviti dan daya saing firma dapat ditingkatkan.
  • Tindakan bank pusat mengubah kadar faedah dalam pasaran boleh memberikan kesan kepada firma seperti yang berikut :

Kadar faedah dinaikkan

  • Kos pinjaman akan meningkat
  • Firma akan mengurangkan jumlah pinjaman
  • Modal kewangan firma akan berkurangan dan firma mungkin menghadapi masalah kecairan tunai
  • Keadaan ini akan mengehadkan pelaburan yang dibuat oleh firma kerana lebihan wang telah digunakan untuk membiayai kos pengeluaran
  • Pelaburan agregat akan berkurang
  • Daya saing firma akan menurun kerana tidak mempunyai modal untuk meningkatkan produktiviti atau mengembangkan operasi

Kadar faedah diturunkan

  • Kos pinjaman akan meningkat
  • Firma akan mengurangkan jumlah pinjaman Modal kewangan firma akan berkurangan dan firma mungkin menghadapi masalah kecairan tunai
  • Keadaan ini akan mengehadkan pelaburan yang dibuat oleh firma kerana lebihan wang telah digunakan untuk membiayai kos pengeluaran
  • Pelaburan agregat akan berkurang
  • Daya saing firma akan menurun kerana tidak mempunyai modal untuk meningkatkan produktiviti atau mengembangkan operasi

Kesan terhadap kestabilan ekonomi

  • Kesan perubahan kadar faedah atas pengguna dan firma akan memberi kesan terhadap ekonomi sesebuah negara
  • Penggunaan kadar faedah sebagai alat dasar kewangan harus digunakan pada masa yang tepat supaya mencapai matlamat ekonomi.

Kadar faedah dinaikkan

  •  Dilakukan semasa ekonomi mengalami masalah inflasi
  • Perbelanjaan agregat pengguna dan pelaburan firma akan menurun. Kesannya, penawaran agregat barang dan perkhidmatan dalam ekonomi akan berkurang
  • Kekurangan permintaan pengguna terhadap barang menyebabkan firma tidak bermotivasi untuk mengeluarkan lebih banyak barang. Firma juga tidak mempunyai modal untuk mengembangkan operasi dan meningkatkan penawaran
  • Masalah inflasi dalam ekonomi semakin pulih kerana bekalan wang dalam ekonomi telah dikurangkan
  • Sekiranya kadar faedah masih dinaikkan, perbelanjaan agregat pengguna dan pelaburan firma akan terus menurun lagi
  • Pengeluaran yang berkurangan menyebabkan sesetengah firma akan terus menurun lagi
  • Pengeluaran yang berkurangan menyebabkan sesetengah firma yang tidak dapat menampung kos operasi terpaksa memberhentikan oeprasi atau mengurangkan pekerja
  • Keadaan ini menyebabkan kadar pengangguran dalam ekonomi semakin meningkat dan pertambahan ekonomi negara terbatas

Kadar faedah diturunkan

  • Dilakukan semasa ekonomi mengalami masalah pengangguran dan kemelesetan ekonomi
  • Perbelanjaan agregat pengguna dan pelaburan firma akan meningkat. Kesannya, penawaran agregat barang dan perkhidmatan dalam ekonomi akan bertambah
  • Lebihan permintaan pengguna terhadap barang menggalakkan firma untuk mengeluarkan lebih banyak barang. Firma juga mempunyai modal untuk mengembangkan operasi dan meningkatkan penawaran
  • Masalah pengangguran dan kemelesetan ekonomi semakin pulih kerana bekalan wang dalam ekonomi telah bertambah
  • Sekiranya kadar faedah masih diturunkan, perbelanjaan agregat pengguna dan pelaburan firma akan terus meningkat lagi
  • Pengeluaran yang berkurangan menyebabkan sesetengah firma akan terus menurun lagi
  • Perkembangan dalam aktiviti pengeluaran firma mencipta banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat. Golongan ini mampu meminta lebih banyak barang dalam pasaran dan menyebabkan harga barang dan perkhidmatan semakin meningkat
  • Keadaan ini menyebabkan kadar inflasi dalam ekonomi semakin meningkat.

Kesan Alat Dasar Ekonomi atas Objektif Makroekonomi Negara

Alat dasar ekonomi yang berbeza boleh digunakan untuk mengatasi masalah ekonomi. Alat-alat dasar ekonomi yang digunakan akan memberi kesan yang berbeza atas objektif makroekonomi.

 Objektif Makroekonomi Kerajaan
Objektif Makroekonomi Kerajaan

Nisbah rizab berkanun

  • Merupakan simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat
  • Nisbanh rizab berkanun boleh mempengaruhi keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman kepada masyarakat
  • Jumlah pinjaman akan mempengaruhi kuasa beli pengguna dan permintaan agregat dalam ekonomi
  • Bekalan wang dalam ekonomi juga dapat dikawal dengan nizbah rizab berkanun
Objektif makroekonomiMeningkatkan nisbah rizab berkanunMenurunkan nisbah rizab berkanun
Guna tenaga penuhGuna tenaga akan berkurang kerana firma mengurangkan pekerja akibat pengurangan modalGuna tenaga akan bertambah kerana firma menambahkan pekerja akibat peningkatan penambahan modal
Kestabilan hargaTingkat harga umum akan menurun akibat kuasa beli pengguna menurunTingkat harga umum akan meningkat akibat kuasa beli pengguna meningkat
Pertumbuhan ekonomiPertumbuhan ekonomi menjadi perlahan kerana keluaran dan pendapatan negara merosotPertumbuhan ekonomi menjadi pesat kerana keluaran dan pendapatan negara meningkat
Kestabilan imbangan pembayaranAliran masuk wang ke dalam negara merosot kerana kurang peluang pelaburan dalam ekonomiAliran masuk wang ke dalam negara meningkat banyak peluang pelaburan dalam ekonomi
Nisbah rizab berkanun atas Objektif Makroekonomi Negara

Nisbah rizab tunai

  • Merupakan simpanan tunai wajib bank perdagangan di bank sendiri
  • Perubahan nibah rizab tunai akan memberi kesan terhadap keupayaan bank memberi pinjaman kepada masyarakat.
Objektif makroekonomiMeningkatkan nisbah rizab berkanunMenurunkan nisbah rizab berkanun
Guna tenaga penuhGuna tenaga akan menurun kerana firma mengurangkan pekerja akibat pengurangan modalGuna tenaga akan meningkat
kerana firma menambahkan pekerja akibat peningkatan penambahan modal
Kestabilan hargaTingkat harga umum akan menurun akibat kuasa beli pengguna menurunTingkat harga umum akan meningkat akibat kuasa beli pengguna meningkat
Pertumbuhan ekonomiPertumbuhan ekonomi menjadi perlahan kerana keluaran dan pendapatan negara merosotPertumbuhan ekonomi menjadi pesat kerana keluaran dan pendapatan negara meningkat
Kestabilan imbangan pembayaranAliran masuk wang ke dalam negara merosot kerana kurang peluang pelaburan dalam ekonomiAliran masuk wang ke dalam negara meningkat banyak peluang pelaburan dalam ekonomi
Nisbah rizab berkanun atas Objektif Makroekonomi Negara

Syarat sewa beli

  • Merupakan syarat dan terma dalam pinjaman untuk pembelian aset dan barang tahan lama
  • Sekiranya kerajaan mengetatkan syarat sewa beli, masyarakat akan lebih sukar untuk membuat pinjaman
  • Kesannya, kuasa beli dan permintaan agregat dalam ekonomi akan menurun
Objektif makroekonomiMengetatkan syarat sewa beliMelonggarkan syarat sewa beli
Guna tenaga penuhKuasa beli menurun menyebabkan firma mengurangkan pengeluaran. Kesannya, firma akan mengurangkan guna tenaga kerana permintaan berkurangKuasa beli meningkat menyebabkan firma menambahkan pengeluaran. Kesannya, firma akan meningkatkan guna tenaga kerana permintaan meningkat
Kestabilan hargaTingkat harga umum akan menurun akibat kuasa beli pengguna menurunTingkat harga umum akan meningkat akibat kuasa beli pengguna meningkat
Pertumbuhan hargaPertumbuhan ekonomi menjadi perlahan kerana keluaran dan pendapatan negara merosotPertumbuhan ekonomi menjadi pesat kerana keluaran dan pendapatan negara meningkat
Kestabilan imbangan pembayaranAliran masuk wang ke dalam negara merosot kerana kurang peluang pelaburan dalam ekonomiAliran masuk wang ke dalam negara meningkat kerana banyak peluang pelaburan dalam ekonomi
Syarat sewa beli atas Objektif Makroekonomi Negara

Surat jaminan kerajaan

  • Merupakan surat bertulis yang dikeluarkan oleh kerajaan apabila meminjam daripada masyarakat atau institusi kewangan
  • Tindakan kerajaan membeli atau menjual surat jaminan kerajaan akan mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi
  • Kesannya, kuasa beli pengguna dan permintaan agregat dalam ekonomi akan dipengaruhi
Objektif makroekonomiMenjual surat jaminan kerajaanMembeli surat jaminan kerajaan
Guna tenaga penuhGuna tenaga akan menurun
kerana firma mengurangkan pekerja akibat pengurangan modal
Guna tenaga akan meningkat kerana firma menambahkan pekerja akibat peningkatan penambahan modal
Kestabilan hargaTingkat harga umum akan menurun akibat kuasa beli pengguna menurunTingkat harga umum akan meningkat akibat kuasa beli pengguna meningkat
Pertumbuhan hargaPertumbuhan ekonomi menjadi perlahan kerana kegiatan ekonomi merosot. Kesannya, pendapatan negara menurunPertumbuhan ekonomi menjadi pesat kerana kegiatan ekonomi meningkat. Kesannya, pendapatan negara meningkat
Kestabilan imbangan pembayaranAliran masuk wang ke dalam negara merosot kerana kurang peluang pelaburan dalam ekonomiAliran masuk wang ke dalam negara meningkat kerana banyak peluang pelaburan dalam ekonomi
Surat jaminan kerajaan atas Objektif Makroekonomi Negara

Kadar faedah

  • Kadar faedah merupakan kos pinjaman yang dikenakan
  • Perubahan dalam kadar faedah akan menyebabkan turun naik dalam kos pinjaman
  • Kos pinjaman merupakan pertimbangan utama bagi peminjam sebelum mendapatkan pinjaman kewangan daripada institusi bank
Objektif makroekonomiMeningkatkan kadar faedahMenurunkan kadar faedah
Guna tenaga penuhGuna tenaga akan menurun
kerana firma mengurangkan pekerja akibat kos pengeluaran meningkat
Guna tenaga akan meningkat kerana firma menambahkan pekerja akibat kos pengeluaran menurun
Kestabilan hargaTingkat harga umum akan menurun akibat kuasa beliTingkat harga umum akan meningkat akibat kuasa beli pengguna meningkat
Pertumbuhan hargaPertumbuhan ekonomi menjadi perlahan kerana kos pengeluaran meningkat menyebabkan permintaan menurun. Kesannya, pendapatan negara menurunPertumbuhan ekonomi menjadi pesat kerana kos pengeluaran menurun menyebabkan permintaan meningkat. Kesannya, pendapatan negara meningkat
Kestabilan imbangan pembayaranAliran masuk wang ke dalam negara merosot kerana kurang peluang pelaburan dalam ekonomiAliran masuk wang ke dalam negara meningkat kerana banyak peluang pelaburan dalam ekonomi
Kadar faedah atas Objektif Makroekonomi Negara

Nota Dasar fiskal (Alat Dasar Ekonomi)

One comment

  1. Terima kasih atas perkongsian ilmiah berkaitan kewangan, inflasi dan ekonomi. Saya belum habis baca nanti nak sambung baca lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page