Keanjalan harga merujuk kepada bagaimana kuantiti yang diminta atau dibekalkan dari perubahan yang baik apabila harganya berubah.
Kandungan
Keanjalan Harga Permintaan (Ed)
Mengukur peratus perubahan dalam kuantiti diminta kesan daripada perubahan harga barang itu dengan andaian ceteris paribus.

Ed =Keanjalan harga permintaan
% =Peratus
∆ =Perubahan
Q =Kuantiti diminta
P =Harga
Pekali keanjalan harga permintaan (Ed):
– Nisbah peratus perubahan kuantiti diminta bagi sesuatu barang kepada peratus perubahan barang itu.
– Tanda negatif pada pekali keanjalan harga permintaan menunjukkan hubungan negatif antara harga dengan kuantiti yang diminta. (Abaikan tanda negatif)

Keanjalan Harga Permintaan Anjal dan Tak Anjal
Keanjalan harga permintaan boleh dibahagikan kepada anjal dan tidak anjal.
Anjal | Tidak anjal |
---|---|
Ed > 1 | Ed <1 |
% ∆Q > % ∆P | % ∆Q < % ∆P |
Pengguna sangat responsif dengan perubahan harga Contoh : jika harga ↓ 5%, kuantiti diminta ↑ lebih drp 5% | Pengguna kurang responsif terhadap perubahan harga Contoh : jika harga ↑ 10%, kuantiti diminta ↓ kurang drp 10% |
Contoh : barang mewah | Contoh : barang keperluan |
Keluk DD berbentuk landai | Keluk DD berbentuk curam |
Strategi untuk maksimumkan hasil ialah: menurunkan harga barang | Strategi untuk maksimumkan hasil ialah: menaikkan harga barang |
Penentu Keanjalan Harga Permintaan

Perhubungan antara Keanjalan Harga Permintaan dengan Jumlah Hasil
- Jumlah hasil ialah pendapatan yang diterima oleh pengeluar daripada perbelanjaan yang dibuat oleh pengguna terhadap barang yang dijual.
- Oleh itu, jumlah hasil adalah sama dengan jumlah perbelanjaan pengguna.
- Firma boleh mempengaruhi jumlah hasil dengan mengubah harga berdasarkan keadaan keanjalan sesuatu barangan yang ditawarkan
Jumlah hasil = Kuantiti x Harga

Keanjalan Harga Penawaran (Es)
Mengukur peratus perubahan dalam kuantiti ditawarkan kesan daripada perubahan harga barang itu dengan andaian ceteris paribus.

Es = Keanjalan harga penawaran
% = Peratus
∆ = Perubahan
Q = Kuantiti ditawarkan
P = Harga
Pekali keanjalan harga penawaran (Es):
– Nisbah peratus perubahan kuantiti ditawar bagi sesuatu barang kepada peratus perubahan barang itu.
– Tanda positif pada pekali keanjalan harga penawaran menunjukkan hubungan positif antara harga dengan kuantiti yang ditawarkan.

Keanjalan Harga Penawaran Anjal dan Tak Anjal
Keanjalan harga penawaran boleh dibahagikan kepada anjal dan tidak anjal.
Anjal | Tidak anjal |
---|---|
Es > 1 | Es <1 |
% ∆Q > % ∆P | % ∆Q < % ∆P |
Kuantiti ditawarkan sangat responsif dengan perubahan harga Contoh : jika harga ↑ 10%, kuantiti ditawar ↑ lebih drp 20% | Kuantiti ditawarkan kurang responsif terhadap perubahan harga Contoh : jika harga ↓ 20%, kuantiti ditawar ↓ kurang drp 20% |
Contoh : barang perkilangan / pembuatan | Contoh : barang pertanian |
Keluk DD berbentuk landai | Keluk DD berbentuk curam |
Strategi untuk maksimumkan hasil ialah: menurunkan harga barang | Strategi untuk maksimumkan hasil ialah: menaikkan harga barang |
Beban cukai pengeluar lebih besar daripada beban cukai pembeli | Beban cukai pengeluar lebih kecil daripada beban cukai pembeli |
Subsidi yang dinikmati oleh pengeluar lebih besar daripada subsidi pembeli | Subsidi yang dinikmati oleh pengeluar lebih kecil daripada subsidi pembeli |
Penentu Keanjalan Harga Penawaran

Kepentingan Keanjalan Harga kepada Firma
- Firma boleh mempengaruhi jumlah hasil dengan mengubah harga berdasarkan keadaan keanjalan sesuatu barangan yang ditawarkan
Jumlah hasil = Kuantiti x Harga - Jumlah hasil berbeza dengan jumlah untung kerana ia belum mengambil kira kos pengeluaran yang terlibat.
- Maka untuk menambahkan jumlah hasil, firma boleh
- menjual lebih banyak kuantiti barang
- menaikkan harga barang (bergantung kepada jenis keanjalan harga permintaan barang tersebut)

- Pada bahagian keluk permintaan yang anjal, penurunan harga oleh firma akan menyebabkan peningkatan dalam kuantiti dan menyebabkan peningkatan dalam jumlah hasil.
- Dan sebaliknya pada keluk yang tidak anjal, penurunan harga oleh firma akan mengurangkan kuantiti permintaan dan menurunkan jumlah hasil.
Kepentingan Keanjalan Harga kepada Kerajaan
Konsep keanjalan harga permintaan (Ed) dan keanjalan harga penawaran (Es) penting dalam menjalankan polisi cukai dan subsidi. Beban cukai yang perlu ditanggung oleh pembeli dan pengeluar / jumlah subsidi yang akan dinikmati oleh pembeli dan pengeluar juga bergantung kepada Ed dan Es.
Percukaian
Pengenaan cukai tak langsung oleh kerajaan kepada pengeluar akan menambahkan kos pengeluaran pengeluar. Maka jumlah penawaran akan turun pada setiap tingkat harga. Pengurangan penawaran ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran ke kiri.
Permintaan anjal dan kesan cukai

- Beban cukai yang ditanggung oleh pengguna (P1 P0 E1A)
- Beban cukai yang ditanggung oleh pengeluar (CP0 AB)
- Beban cukai pengeluar lebih besar daripada beban cukai pembeli
Permintaan tak anjal dan kesan cukai

- Beban cukai yang ditanggung oleh pembeli (CP0 AB)
- Beban cukai yang ditanggung oleh pengeluar (P1 P0 E1A)
- Beban cukai pengeluar lebih kecil daripada beban cukai pembeli
Subsidi
- Pemberian subsidi oleh kerajaan kepada pengeluar akan mengurangkan kos pengeluaran
- Keluk penawaran beralih ke kanan
- Jumlah subsidi yang akan dinikmati oleh pengeluar dan pembeli bergantung kepada keanjalan harga permintaan dan penawaran.
Permintaan anjal dan subsidi

- Subsidi yang dinikmati oleh pengeluar (P0 ABC)
- Subsidi yang dinikmati oleh pengguna (P1 P0 CE1)
- Subsidi yang dinikmati oleh pengeluar lebih besar daripada subsidi pembeli
Permintaan tak anjal dan subsidi

- Subsidi yang dinikmati oleh pengeluar (P0ABC)
- Subsidi yang dinikmati oleh pengguna (P1P0CE1)
- Subsidi yang dinikmati oleh pengeluar lebih kecil daripada subsidi pembeli