Nota Ekonomi Tingkatan 4 : Pengenalan Kepada Ekonomi (Bab1)

Ilmu ekonomi mengkaji perlakuan individu dan masyarakat dalam memperuntukan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad.

Konsep Kekurangan, Pilihan dan Kos Lepas

Ekonomi ialah cara sesebuah isi rumah memperoleh, mengagihkan, dan menggunakan pendapatannya untuk memenuhi keperluan dan kehendaknya sehingga mecapai kepuasan yang maksimum.

Ilmu ekonomi mengkaji perlakuan individu dan masyarakat dalam memperuntukan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad.

Unit-unit Ekonomi

Isi RumahSeorang individu, sebuah keluarga atau sekumpulan individu yang tinggal bersama dan berfungsi sebagai satu unit ekonomi.
FirmaSebuah organisasi atau unit pengeluaran yang merancang dan menggunakan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
KerajaanSebuah badan organisasi yang mempunyai kuasa untuk membuat dan menguatkuasakan undang- undang untuk menjaga kestabilan ekonomi dan sosial.

Kehendak Manusia

  • Kehendak manusia tidak terbatas berbanding dengan sumber ekonomi yang terhad telah membawa kepada masalah kekurangan.
  • sentiasa bertambah dan berubah dari masa ke semasa
  • keinginan manusia terhadap barang dan perkhidmatan
  • berdasarkan tingkat pendapatan dan cita rasa
  • agar mencapai kehidupan yang lebih selesa dan mewah
  • tidak terhad dan berbeza antara individu

Masalah Ekonomi

1. Kekurangan
Kekurangan ialah keinginan manusia yang jauh melebihi apa yang dapat dihasilkan dalam ekonomi dengan sumber
ekonomi yang terhad. Setiap unit ekonomi menghadapi masalah kekurangan masing-masing.

2. Pilihan
Akibat daripada masalah kekurangan, unit-unit ekonomi harus membuat pilihan antara barang dan perkhidmatan
yang dikehendaki. Masalah pilihan melibatkan pembuatan keputusan tentang kehendak yang perlu dipenuhi terlebih dahulu dan melibatkan pengorbanan. Dalam membuat keputusan terhadap pilihan, unit-unit ekonomi adalah diandaikan rasional dan membuat pilihan berdasarkan keutamaan atau matlamat masing-masing.

3. Kos lepas
Kos lepas merujuk kepada pulangan yang mungkin daripada barang-barang atau perkhidmatan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat pemilihan sesuatu barangan. Setiap pilihan yang dibuat akan menyebabkan pilihan lain
terpaksa dilepaskan.

Masalah Ekonomi yg dihadapi oleh 3 unit ekonomi

Unit EkonomiKekuranganPilihanKos lepas
Isi RumahPendapatan / wangBarang yang memaksimumkan kepuasanBarangan kedua
terbaik
FirmaFaktor pengeluaran / modalProjek pelaburan yang memaksimumkan keuntunganKeuntungan daripada projek pelaburan kedua terbaik
KerajaanHasil negaraProjek pembangunan yang memaksimumkan kebajikan masyarakatKebajikan yang mungkin diperoleh daripada projek pembangunan kedua terbaik

FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN

Faktor pengeluaran ialah sumber ekonomi yang diperlukan untuk mengeluarkan barang dan
perkhidmatan.

FAKTOR-FAKTOR PENGELUARANMAKSUDGANJARAN
TanahSumber alam semulajadi yang penawarannya terhadSewa
BuruhIndividu yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaranUpah
ModalAlat atau wang yang dapat meningkatkan pengeluaranFaedah
UsahawanIndividu yang menggabungkan semua faktor pengeluaran dengan cekapUntung

Keluk Kemungkinan Pengeluaran

FUNGSIMenerangkan perkaitan antara masalah kekurangan, pilihan & kos lepas
MAKDUDKKP ialah keluk yang menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang dapat dicapai oleh sesebuah ekonomi dengan menggunakan faktor pengeluaran yang ada dan tingkat teknologi tertentu.
Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Andaian menganalisis Keluk Kemungkinan Pengeluaran

  1. Ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh (pengangguran = 4% atau kurang daripada 4%).
  2. Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang.
  3. Sumber ekonomi yang dimiliki adalah terhad dan tetap.
  4. Tingkat teknologi adalah tetap

Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP) menunjukkan had pengeluaran maksimum yang boleh dihasilkan oleh sesebuah negara dengan menggunakan faktor pengeluaran sedia ada dan tingkat teknologi yang tetap. Terdapat empat andaian Keluk Kemungkinan Pengeluaran iaitu negara hanya mengeluarkan dua jenis barang, faktor pengeluaran tetap, tingkat teknologi tetap dan ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh.

Keluk Kemungkinan Pengeluaran
Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Kekurangan merujuk kepada ketidakupayaan ekonomi atau pengeluaran yang tidak boleh dicapai kerana faktor pengeluaran yang terhad. Masalah kekurangan dapat ditunjukkan pada titik G iaitu kombinasi pengeluaran di luar keluk KKP .

Masalah kekurangan menyebabkan firma membuat pilihan. Firma boleh memilh sebarang kombinasi di sepanjang KKP sama ada mengeluarkan kereta sahaja (titik A) atau mengeluarkan rumah sahaja (titik E) atau kedua-duanya sekali (titik B, C dan D). Pilihan firma berdasarkan pengeluaran yang dapat memberikan keuntungan yang maksimum.

Kos lepas merujuk kepada pulangan yang mungkin diperoleh daripada pilihan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan. Dapat ditunjukkan oleh kecerunan KKP yang negatif. Kecerunan negatif ini menunjukkan apabila pengeluaran rumah ditambah, maka pengeluaran kereta akan dikurangkan. Contohnya, jika firma ingin menambahkan pengeluaran rumah dari 2 unit ke 3 unit, maka kos lepasnya ialah 20 unit kereta (75-55 unit kereta).

Pada titik F, berlaku ketidakcekapan pengeluaran kerana faktor-faktor pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya. Contohnya masalah pembaziran dan pengangguran.

Masalah Asas Ekonomi

Apa yang hendak dikeluarkan– Penentuan jenis barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan
– Mengikut permintaan pengguna / kuasa pasaran
Berapa yang hendak dikeluarkan– Penentuan kuantiti barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan
– Mengikut mekanisme harga
Bagaimana hendak dikeluarkan– Pemilihan teknik / cara pengeluaran barang dan perkhidmatan
– Memilih teknik yang paling cekap yang dapat memaksimumkan keuntungan
Untuk siapa dikeluarkan– Berkaitan corak agihan barang
– Corak agihan barang ditentukan berdasarkan corak agihan pendapatan / kuasa beli

4 Comments

  1. Asalamualaikum… saya mohon izin untuk saya gunakan bahan tuan sebagai bahan mengajar saya untuk pdpr ekonomi saya. terima kasih atas perkongsian tuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page