Contoh karangan SPM Kebaikan bersukan terhadap pelajar

Aktiviti sukan seperti olahraga, berenang,permainan bola sepak, tenis dan badminton semakin popular. Tulis karangan tentang kebaikan bersukan dalam kalangan pelajar.

Kebaikan Bersukan dalam kalangan pelajar

Masa lapang sebenarnya amat berharga bagi setiap individu atau masyarakat. Aktiviti sukan merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau sebagai riadah kecil untuk mengeluarkan peluh. Pihak kerajaan mewajibkan setiap pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan banyak membawa manfaat. Aktiviti bersukan dapat menunaikan pelbagai hasrat bukan sekadar pertarungan di gelanggang sahaja. Persoalannya, apakah kebaikan bersukan dalam kalangan pelajar?

Menyihatkan badan

Antara kebaikan bersukan ialah menyihatkan tubuh badan. Seseorang yang selalu bersukan, badannya akan menjadi cergas dan kuat. Aktiviti sukan seperti bermain badminton, sepak takraw, joging dan sebagainya boleh membantu badan kita untukmengeluarkan peluh dan saluran darah akan menjadi lancar. Dengan bersukan, kita dapat menjauhkan diri daripada penyakit seperti penyakit kencing manis, penyakit jantung dan sebagainya. Di samping itu, aktiviti sukan ini juga dapat menambahkan stamina seseorang. Oleh itu, pelajar harus sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

Meningkatkan disiplin diri

Selain itu, meningkatkan disiplin diri juga dikenal pasti sebagai salah satu kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Seseorang yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan perlulah mematuhi peraturan sukan yang telah ditetapkan. Mereka juga perlu mematuhi arahan daripada jurulatih ataupengadil pertandingan sukan. Sekiranya pelajarmelibatkan diri dalam pasukan sukan, mereka juga boleh melatih diri supaya sentiasa menepati masa. Dengan bantuan aktiviti sukan, negara kita dapatmelahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia.

Berfikiran positif

Kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang berikutnya ialah berfikiran positif dan lebih motivasi. Dalam konteks ini, seseorang yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan berupaya untuk mengawal daripada mudah menyalahkan orang lain. Pelajar yang aktif dalam kegiatan sukan biasanya mempunyai kesihatan mental yang stabil dan tekanan kehidupan dapatdikawal. Sebagai contohnya, Datuk Lee Chong Wei yang tidak berputus asa semasa menghadapi kegagalan dalam pingat emas sukan Olimpik telah memberi impak yang positif dan menjadi teladan yang baik kepada remaja. Tambahan pula, aktiviti sukan ini juga berupaya untuk melahirkan perasaan saling menghormati antara satu sama lain dan sikap bertoleransi. Atlet sukan perlumenerima kekalahan dalam pertandingan sukan.

Mengisi masa lapang

Seterusnya, aktiviti sukan boleh membantu pelajar mengisi masa lapang dengan berfaedah. Sekiranya semua pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan, mereka tidak akan membuang masa dengan sia-sia. Ini juga membantu mereka untuk mengelakkan diri daripada kes jenayah dangejala sosial yang tidak sihat seperti merokok, menghisap dadah, aktiviti mat rempit dan sebagainya. Dengan aktiviti yang berfaedah ini, mestilah dapat membentuk satu masyarakat yang aman sentosa.

Mewujudkan perpaduan kaum

Selain itu, salah satu kebaikan bersukan ialah mewujudkan perpaduan kaum di sekolah. Di Malaysia, aktiviti sukan disertai oleh pemain daripada pelbagai kaum yang berlainan. Aktiviti sukan yang memerlukan kerjasama bagai aur dengan tebing sentiasa mewujudkan perpaduan yang harmoni. Perpaduan bukan sahaja wujud dalam kalangan permain, bahkan juga terbentuk dalam kalangan penonton. Sebagai contoh, Sukan Olimpik telah berjaya menyatapadukan semua rakyat untuk memberi sokongan dan sorakan kepada atlet-atlet. Jelaslah bahawa sukan mempunyai banyak faedah kepada kita.

Penutup KaranganKebaikan Bersukan

Sebagai kesimpulannya, aktiviti bersukan memberi banyak faedah kepada pelajar. Pihak sekolah dan kerajaan haruslah memastikan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti ini. Sekiranya masyarakat remaja kita mempunyai tabiat bersukan, mestilah dapat menjaminkan kesihatan mereka dan negara kita akan semakin maju.
( 502 patah perkataan )


Contoh Karangan: Cara memajukan sukan negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page