Karangan Punca Kemalangan jalan raya

Kadar kematian jalan raya di negara kita semakin meningtkat danmencatatkan sebagai pembunuh kelima di Malaysia. Apakah punca berlakunya kemalangan jalan raya dan langkah untuk mengatasinya.

Punca Kemalangan jalan raya dan Langkah Mengatasi

Kemalangan jalan raya yang serius boleh meragut nyawa seseorang yang tidak berdosa. Hal ini dikatakan demikian kerana, kes kemalangan jalan raya telah mencatatkan sebagai pembunuh kelima di Malaysia selapas penyakit jantung dah kencing manis. Kadar kematian jalan raya di Malaysia di tempat ketiga tertinggi dunia mengatasi India dan China. Sementelahan itu, banyak laporan yang menyatakan bahawa Malaysia bakal menjadi negara antara paling berisiko bila berada di atas jalan raya selepas Thailand dan Afrika Selatan. Oleh demikian itu, kemalangan jalan raya merupakan asbab kepada sebuah keluarga itu musnah, kehilangan orang yang tersayang dan mengalirkan air mata. Justeru itu, timbul persoalan apakah punca berlakunya kemalangan jalan raya dan langkah untuk mengatasinya.

Pemandu yang melebihi had laju

Berdasarkan jalinan idea utama, penyebab kemalangan jalan raya ialah pemandu memandu kenderaan melebihi had laju. Hal ini dikatakan demikian kerana, masih ada pemandu yang memandang enteng kepada undang-undang jalan raya seterusnya melanggar undang-undang itu tanpa rasa bersalah. Misalnya ,had laju lebuh raya ialah 110 kilometer sejam, kawasan bandar pula ialah 60 kilometer sejam dan bagi kawasan berdekatan dengan sekolah ialah 30 kilometer sejam. Had laju diwujudkan supaya pemandu kenderaan bermotor tidak membawa kenderaan dengan laju sehingga mengakibatkan nyawa orang lain tergadai.

Oleh demikian itu, langkah untuk mengatasi punca ini ialah memberikan saman kepada pemandu yang disabitkan kesalahan. Menurut akta pengangkutan jalan raya, orang yang gagal mematuhi had laju yang ditetapkan adalah melakukan kesalahan. Pemandu yang membuat kesalahan dan apabila disabitkan akan dikenakan denda. Rentetan itu, semua pemandu jalan raya haruslah mematuhi undang-undang jalan raya kerana malang tidak berbau. Jelaslah bahawa memandu kenderaan melebihi had laju dapat mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Gagal merancang perjalanan dengan teliti

Menyingkap jendela perbincangan yang seterusnya, sikap manusia gagal merancang perjalanan dengan teliti. Hal ini demikian kerana kelalaian manusia sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Mereka sering alpa untuk memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan tidak menghantar kenderaan tersebut untuk diselenggara di pusat servis. Pepatah melayu ada menyatakan bahawa jauh perjalanan, luas pemandangan. Sesungguhnya pepatah ini sangat mendokong situasi bahawa perjalanan yang jauh dapat membuka mata kita kepada perkara baru. Maksud pepatah melayu tersebut ialah jika kita banyak merantau banyaklah perkara yang dapat kita lihat. Menjelang hari perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Hari Raya Aidiladha ramai warga kota pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut perayaan bersama keluarga tersayang. Jarak perjalanan dari kota ke kampung mengambil masa yang lama. Kehadiran jumlah kenderaan yang banyak di atas lebuh raya menyebabkan kesesakan lalu lintas yang luar biasa menjelang hari perayaan. Tambahan pula, umat Islam perlu menunaikan kewajipan mereka apabila masuk waktu. Mereka perlu berhenti di kawasan rehat dan rawat. Hal yang demikian kerana kawasan rehat dan rawat menyediakan tempat letak kenderaan, stesen minyak, tandas, restoran dan surau. Jika mereka terlepas hentian kawasan rehat dan rawat  mereka perlu memandu lebih jauh. Seterusnya kenderaan yang tidak diservis di pusat servis mempunyai peluang yang lebih tinggi terlibat dalam kemalangan.

Persoalannya, apakah langkah drastik yang perlu diambil untuk mengatasi komplikasi ini? Jawapannya pastinya peranan yang dimainkan oleh pihak media massa. Kemalangan maut ini dapat diatasi dengan pelbagai kaedah antaranya melalui kempen-kempen di media massa dan papan iklan di tepi jalan atau lebuh raya. Radio dan televisyen boleh memaparkan iklan supaya mereka tidak lupa akan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh mereka sudah memulakan perjalanan. Kempen dan iklan seperti itu dirasakan berkesan kerana para pengguna jalan raya dapat melihat iklan tersebut dengan mudah. Jelaslah di sini bahawa melalui kempen, perkara itu akan mengingatkan mereka tentang bahaya kemalangan jalan raya. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. Sesungguhnya pepatah ini sangat mendukung situasi bahawa kesalahan pemandu boleh meragut nyawa orang lain. Nah, sudah terang lagikan bersuluh sikap manusia gagal merancang perjalanan dengan teliti boleh menyebabkan kemalangan jalan raya dan lebih mengerikan meragut nyawa orang lain. 

Aktiviti lumba haram

Melihat dari perspektif yang berbeza, aktiviti lumba haram yang semakin menjadi-jadi juga sering menyebabkan kemalangan maut terutamanya dalam kalangan pelesit-pelesit rempit. Tanpa mengira keadaan trafik, para pelumba motosikal haram ini akan berkumpul dan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Kodok-kodok rempit ini akan bermaharajalela di jalan-jalan raya dan menjadi pemandu yang beraja di mata dan bersultan di hati dengan aksi-aksi yang membanggakan diri masing-masing. Aksi-aksi lumba haram yang ganas seperti ‘drift and drag’, gaya ‘aerospace’ dan ‘superman’ bukan sahaja salah di sisi undang-undang negara, malah membahayakan nyawa penguna jalan raya yang lain serta nyawa pelumba haram itu sendiri. Maka, tidak hairanlah jika aktiviti lumba haram menjadi salah satu punca utama peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

Langkah susulan ialah pihak kerajaan membuat lebih banyak sekatan jalan raya di kawasan-kawasan berisiko tinggi untuk berlakunya perlumbaan motosikal ini. Tindakan pihak polis yang lebih proaktif menyebabkan remaja berfikir dua kali sebelum terlibat dalam tindakan negatif ini kerana menyedari tindakan mereka sudah dihidu oleh pihak berkuasa awal-awal lagi. Pihak polis juga perlu membuat pengumuman awal tentang hasrat mereka mengadakan sekatan jalan raya untuk memberi amaran awal kepada remaja supaya tidak melakukan tindakan bodoh dengan membuat perlumbaan motosikal di situ. Maka, tindakan pantas dan bijak pihak kerajaan terutama pihak polis menyebabkan remaja tidak berani melakukan aktiviti sumbang ini.

Penutup Karangan Kemalangan jalan raya

Sebagai menutup tirai perbincangan,segala punca dan langkah mengatasi masalah kemalangan maut perlu diteliti dan diambil serius . Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menangani masalah kemalangan maut.Segala usaha yang dilaksakan hendaklah berterusan dan istiqamah bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam ataupun sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja.Jangan sampai sudah terhantuk baru tergadah,barulah inisiatif dirangka untuk mengatasi masalah ini. Oleh itu,semua masyarakat haruslah beringat dan jangan jadikan lebuhraya sebagai pusara kerana nyawa manusia merupakan satu anugerah yang perlu dihargai. Oleh hal yang demikian, pelbagai pihak haruslah berganding bahu dalam mencari ikhtiar supaya kadar kemalangan maut jalan raya di Malaysia dapat dikurangkan.


Contoh Karangan: Cara Mengurangkan Kemalangan Jalan Raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page