Contoh Karangan SPM: Kesan Pencemaran alam sekitar

Pencemaran alam sekitar boleh menjejaskan kualiti hidup masyarakat. Jelaskan kesanPencemaran alam sekitar kepada masyarakat global.

Kesan Pencemaran alam sekitarkepada masyarakat global

Jangkaan bahawa pada 2030 akan berlaku suatu fenomena luar biasa tentang perubahan suhu alam amatlah menakutkan kita. Pada hari ini jangkaan tersebut seolah-olah semakin pasti apabila pelbagai fenomena perubahan iklim seperti ribut taufan, kemarau yang melampau dan tanah runtuh telah terjadi di senatero pelosok dunia. Selain perubahan iklim, aktiviti pergerakan sesmik dan letupan gunung berapi, gempa bumi dan tsunami mula mengancam wilayah-wilayah yang terlatak di atas Lingkaran Api Pasifik. Negara-negara seperti Jepun, Taiwan, Filipina dan Indonesia benar-benar mencemaskan penduduk dunia. Sengsaranya alam pada hari ini memanglah tidak terbendung lagi apabila pencemaran dalam skala yang besar turut menjejaskan kehidupan manusia. Saesungguhnya, pelbagai malapetaka bakal menimpa masyarakat dunia apabila keceriaan alam mula didustai.

Kerosakantumbuhan

Pencemaran alam sekitar memberi kesan yang sangat buruk kepada tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC telah menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari yang semakin terik boleh menyebabkan pertanian seperti tomato, bayam dan kentang mengalami kerosakan yang teruk. Keadaan ini menyebabkan hasil dan kualiti pertanian semakin menurun dan seterusnya masalah kekurangan sumber makanan berlaku.

Kesan kenaikan suhu bumi

Pencemaran udara yang menyebabkan penipisan lapisan ozonbumi seterusnya menjadipunca kepada pemanasan global di seluruh dunia. Pembebasan gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terkumpul dan akhirnya suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. Sebagai contohnya, angin taufan yang semakin pelik berlaku di Filipina telah mengorbankan nyawa manusia dan harta benda.

Menyebabkan banjir dan bencana alam

Selain itu, pencemaran alam sekitar merupakan satu punca utama kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini. Semasa hujan turun dengan lebat,kejadian banjir kilat sering berlaku disebabkan pembuangan sampah ke dalam sungai sehingga pengaliran air sungai ke laut terhalang. Bencana alam seperti tanah runtuh juga berlaku apabila kawasan tanah tinggi telah digondolkan untuk membina kawasan perumahan atau kawasan perindustrian. Banjir lumpur yang semakin serius telah mengorbankan nyawa manusia dan harta benda.

mengganggu kesih danmendatangkan penyakit

Pencemaran alam sekitar tertutamanyapencemaran udara seperti asap kenderaan dan serbuk halus daripada pembakaran akan mengganggu kesihatan. Individu yang mempunyai masalah sistem pernafasan, terutama pesakit asma akan meningkat. Selain itu, pencemaran alam sekitar juga mendatangkan penyakit kepada manusia. Alam sekitar yang kotor akan mendatangkan pelbagai jenis serangga yang membawa wabak penyakit seperti virus zika dan virus denggi.

Kesimpulan Karangan Kesan Pencemaran

Manusia mungkin tidak mampu menangisi malapetaka takdir daripada yang maha berkuasa, sebaliknya perbuatan manusia yang menempah bala dengan merosakkan kelestarian alam amatlah dikesali. Akibat gelojah dengan nafsu serakah, manusia menjadi pendek akal dan sanggup menelanjangkan hutan dan belantara. Akhirnya sumber air dan sumber marina terkorban. Inilah seperti yang difirmankan oleh Allah dalam Surah ar-Rumm dengan mafhumnya, “Kemusnahan yang berlaku sama ada di darat mahupun di lautan adalah kerana perbuatan tangan manusia sendiri”. Ayuh, umat sejagat sekalian, bangunlah di atas keinsafan dan kesedaran, kita lestarikan alam jagat raya ini.


Kesan buruk Pencemaran Alam Sekitar

Rangka Karangan Pencemaran

Alam sekitar merujuk kepada segala yang berada di langit dan di bumi. Alam sekitar adalah anugerah Tuhan manakala keindahan semula jadi alam sekitar semakin terjejas dengan pembangunan yang pesat. Pencemaran alam yang berlaku menyebabkan alam sekitar menjadi semakin tenat. Pelbagai usaha memelihara dan memulihara sedang dilakukan bagi mengelakkannya menjadi lebih buruk. Persoalannya, apakah kesan pencemaran alam sekitar?

Habitat flora dan fauna akan terjejas.

– lama kelamaan pelbagai spesis ini akan pupus
– mendatangkan kerugian kepada generasi yang akan datang
– Generasi akan datang tidak dapat melihat keindahan alam semula jadi jika ekosistem floral dan fauna terjejas.

Manusia akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit

– kesan daripada udara yang kotor dan tercemar
– dilepaskan oleh kilang perindustrian dan kenderaan

Berlaku bencana alam yang maha dahsyat

– banjir besar dan tanah runtuh telah menjadi bukti
– kesan daripada penebangan pokok yang tidak dikawal

Hidupan akuatik semakin pupus

– sungai yang jernih telah dipenuhi dengan sisa toksik
– ikan dan udang antara mangsa pencemaran ini

Pendapatan nelayan akan terancam

– punca pendapatan terjejas
– hidupan akuatik banyak yang mati
– hasil pendapatan pastinya menurun

Kemusnahan alam sekitar boleh menghancurkan kesan tamadun

– rosaknya sesebuah peradaban manusia yang dibina selama beribu-ribu tahun
– Mengancam keamanan dan tamadun manusia
– bandar, kampung, desa dan taman hancur dengan sekelip mata
– kemudahan asas seperti institusi pendidikan musnah
– kerosakan kemudahan prasarana – manusia tidak mempunyai peluang/kemudahan untuk belajar dan bekerja

kesan negatif terhadap kesihatan dan kelestarian hidup

– Mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan kelestarian hidup
– pelbagai ancaman penyakit seperti barah, radang paru, penyakit kulit dan penyakit bawaan vektor

Memusnahkan sumber ekonomi dan sumber makanan

– banjir besar dan kemarau panjang memusnahkan ladang gandum, padi dan haiwan ternakan
– krisis kebuluran yang mengancam 100 juta jiwa manusia

Penutup Karangan

Malaysia merupakan negara yang berkembang pesat dan maju. Malangnya, kegiatan perusahan dan perkilangan yang sering membuang toksik dan asap-asap bahaya telah menyebabkan pencemaran alam sekitar.

– Pencemaran alam sekitar mestilah ditangani.
– kempen,program dan pelbagai lagi mestilah dijalankan
– penguatkuasaan undang-undang turut dilaksana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page