Contoh Resume: Permohonan Sebagai Pembantu Tadbir

Iklan-iklan di bawah menunjukkan sebahagian daripada iklan kerja kosong. Berdasarkan iklan-iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang lengkap bagi permohonan satu pekerjaan yang anda minati. Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Contoh Karangan Resume

Permohonan Sebagai Pembantu Tadbir

Nama
Hazerin Qistina Binti Ahmad Syukri

Kelulusan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Anugerah
Saya pernah mendapat Anugerah Kecemerlangan Akademik dalam subjek bahasa Melayu semasa di tingkatan empat dan lima. Di samping itu, semasa saya berada di tingkatan lima, saya juga pernah dianugerahkan sebagai Olahragawati. Pencapaian saya dalam bidang kokurikulum sangat membanggakan terutamanya dalam acara olahraga.

Kemahiran Teknologi Maklumat
Saya mempunyai kemahiran menggunakan perisian Power Point dan Microsoft Word. Selain itu, saya turut mahir dalam penggunaan Canva dan Inshot. Manakala untuk Ipad, saya mahir dalam penggunaan Keynote, Pages dan juga iMovie.

Kemahiran Bahasa
Saya boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik dan lancar. Saya juga fasih dalam berbahasa Mandarin.

Kemahiran Tambahan
Saya mempunyai kemahiran dan pengetahuan mendalam tentang pentadbiran pejabat seperti mengemas kini data dan maklumat. Saya bijak dalam menguruskan sistem menyimpan fail dengan baik dan kemas, Di samping itu, saya juga mempunyai kemahiran asas perakaunan.

Potensi Diri
Saya seorang yang sangat berdisiplin terutamanya dalam menepati masa kerana masa itu emas. Di samping itu, saya suka akan cabaran baharu kerana melalui cara ini dapat mengajar saya pengalaman dan kematangan dalam kehidupan. Saya juga sentiasa bersedia menerima tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Melalui keupayaan dan kelebihan diri ini sudah pasti menjadikan saya lebih berkeyakinan.

Alamat untuk dihubungi
No 47 Jalan Mawar,
Kampung Sungai Rokam,
31350 Ipoh Perak
No telefon : 019-2406125
Alamat e-mel : [email protected]

Individu Rujukan
Puan Saleha Binti Haji Anuar
Guru Bahasa Melayu
SMK Kuning Sari,
Taiping Perak Darul Ridzuan.

Nota tentang Karangan jenis resume

Karangan jenis resume ini merupakan karangan berformat yang diperkenalkan dalam format baharu KSSM. Soalan ini terkandung dalam karangan berformat – Bahagian A.

Karangan ini umumnya berkaitan permohonan pelajar untuk :
❑ mendapatkan peluang pekerjaan
❑ menyertai program pendidikan di peringkat antarabangsa

Dua atau tiga bahan yang berkaitan dengan iklan jawatan kosong / pogram pendidikan akan diberikan dalam soalan.

Pelajar hanya perlu memilih satu iklan sahaja daripada bahan yang diberi. Pastikan pelajar mengenal pasti keperluan jawatan/ program yang ingin dipohon. Dengan ini, pelajar hanya perlu memasukkan maklumat penting dan bersesuaian untuk jawatan/ program yang hendak dipohon sahaja (iaitu berdasarkan kehendak soalan/pilihan)


Contoh resume: Permohonan Pekerjaan Sebagai Guru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page