Resume Permohonan Pekerjaan Sebagai Guru

Iklan-iklan di bawah menunjukkan sebahagian daripada iklan kerja kosong. Berdasarkan iklan-iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang lengkap bagi permohonan satu pekerjaan yang anda minati. Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Soalan Resume - Permohonan Pekerjaan
Soalan Resume – Permohonan Pekerjaan

Permohonan Pekerjaan Sebagai Guru Bahasa Melayu

Maklumat Peribadi
Nama: Luqman Hakim bin Shahril
Umur: 25 Tahun
Jantina: Lelaki
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Objektif
Saya ingin menimba pengalaman baharu. Selain itu, saya juga ingin mempelajari pelbagai ilmu daripada rakan sekerja yang berpengalaman.

Potensi Diri
Saya mudah bekerja dalam kumpulan. Di samping itu, saya juga pandai menguruskan emosi ketika bekerja dalam tekanan.

Latar Belakang Pendidikan
Saya memperoleh diploma dalam bidang Pendidikan Kesusasteraan Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kemudian, saya memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang Pendidikan Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Anugerah
Saya pernah dianugerahkan sebagai pemidato terbaik pada peringkat kebangsaan. Saya juga pernah menerima pelajar terbaik bagi subjek Bahasa Melayu sewaktu di sekolah rendah dan menengah.

Kemahiran Bahasa
Saya boleh bertutur, menulis dan membaca dalam bahasa Melayu dengan baiknya. Selain itu, saya juga boleh bertutur, menulis dan membaca dalam bahasa Mandarin serta bahasa Arab.

Kemahiran Tambahan
Saya mahir menggunakan perisian Microsoft Office seperti Word, Excel dan PowerPoint. Bukan itu sahaja, saya juga mahir dalam penyuntingan gambar dan video dengan perisian Adobe.

Maklumat untuk Dihubungi
No. 34, Jalan Maarof,
Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur.
No. Telefon: 012-3456789
Alamat e-mel: [email protected]

Individu yang Dirujuk
Dr. Harishon binti Radzi
Pensyarah Kanan,
Jabatan Pendidikan Bahasa Melayu,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
No. Telefon: 03-44446789
Alamat e-mel: [email protected]


Contoh Resume lain: Pemohonan Sebagai Pembantu Tadbir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page