Amalan Pemakanan Seimbang penting dari segi fisiologi, fizikal, mental, emosi dan sosial. Huraikan Kepentingan Amalan Pemakanan Seimbang kepada remaja.
Kandungan
Kepentingan Amalan Pemakanan Seimbang kepada Remaja
- zaman remaja sangat penting – perubahan dari segi fisiologi, fizikal, mental, emosi dan sosial – memerlukan makanan seimbang
- makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan
- mematuhi piramid makanan seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan – diet harian perlu mempunyai karbohidrat, vitamin, protein
- terdapat beberapa kepentingan makanan seimbang kepada remaja
Tumbesaran daripada aspek fizikal
- untuk merangsang tumbesaran seseorang remaja itu lebih sempurna daripada aspek fizikal
- remaja memerlukan zat yang cukup untuk membantu tumbesaran – sekiranya tidak seimbang, tumbesaran akan terjejas
- contohnya, jika kurang pengambilan protein, tumbesaran remaja akan terjejas
Menjanakan tenaga
- Kerana remaja perlu aktif – belajar dan melakukan aktiviti fizikal – sekiranya makanan tidak seimbang, mereka akan lemah
- Contoh, sekiranya remaja ke sekolah tanpa bersarapan, mereka tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran
- kajian oleh Prof. Awang Had Salleh mendapati terdapat perkaitan antara pengambilan sarapan dengan kecerdasan minda pelajar
- Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah rendah hasil daripada kajian beliau
Menjamin kesihatan
- pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian sangat penting
- membekalkan vitamin dan mineral
- contohnya, vitamin C dalam buah-buahan penting untuk menguatkan daya tahan badan – mengelakkan penyakit seperti selesema
- kurang pengambilan makanan berlemak dan terlalu manis atau masin dalam diet harian dapat mengelakkan penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung
- mencegah lebih baik daripada mengubati – kesihatan yang baik memastikan seseorang remaja dapat melakukan aktiviti tanpa masalah
- kesihatan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit
Mengelakkan masalah obesiti
- kajian mendapati masalah obesiti penduduk dunia, termasuk dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat
- masalah obesiti dapat dikaitkan dengan pengambilan makanan yang tidak seimbang
- pengambilan makanan berlemak dalam makanan ringan dan makanan segera menyumbang kepada masalah obesity
- kanak-kanak dan remaja tidak suka makan sayur-sayuran juga menyebabkan obesity
- oleh itu amalan-amalan ini perlu dihindari untuk mengelakkan obesiti
- obesiti menyebabkan penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis serta menyukarkan aktiviti harian
Penutup Karangan
- pengambilan makanan seimbang amat penting kepada remaja
- mereka merupakan tonggak negara pada masa akan datang – pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
- aspek pemakanan seimbang perlu diberikan perhatian untuk menjamin kesihatan remaja – George William Curtis pernah berkata, “Kebahagiaan paling utama adalah dalam kesihatan”
- remaja harus mengamalkan tabiat pemakanan seimbang untuk memastikan mereka sihat
Peribahasa Amalan Pemakanan Seimbang
- Badan sihat, otak cerdas.
- Kesihatan melambangkan kekayaan
- Sediakan payung sebelum hujan
- Kesihatan lebih berharga daripada kekayaan.
- Mencegah lebih baik daripada mengubati