Nota Ekonomi T4: Konsep Pengeluaran (Bab4)

Konsep Pengeluaran, Kos dan Hasil

Konsep firma

Firma merupakan unit ekonomi yang produktif sama ada organisasi atau unit pengeluaran yang merancang dan menggabungkan faktor pengeluaran yang terhad untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

Objektif firma awammemaksimumkan kebajikan masyarkat
Contoh firma awam– KWSP
– Permodalan Modal Berhad
Objektif firma swasta– memaksimumkan keuntungan
– memaksimumkan jualan
Contoh firma swasta– AirAsia Berhad
– Public Bank Berhad
Jenis firma– Swasta
– Awam
Saiz
– Kecil (milikan tunggal)
– Besar (syarikat berhad)
Peranan firma– pembekal barang dan perkhidmatan
– pengguna faktor pengeluaran
Konsep firma

Pengeluaran

  • Proses yang menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
  • Suatu proses mengubah bentuk input kepada output untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

Input

Input ialah faktor pengeluaran yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Input yang digunakan dalam proses pengeuaran dibahagikan kepada: Input tetap dan Input berubah.

Perbezaan Antara Input Tetap & Input Berubah:

INPUT TETAPINPUT BERUBAH
Input yang kuantitinya tetap pada sebarang tingkat ouputInput yang kuantitinya berubah mengikut tingkat output
Apabila input meningkat atau menurun, kuantiti input tetap yang digunakan adalah tetapApabila tingkat output bertambah, kuantiti input berubah yang digunakan akan bertambah dan sebaliknya
Pada tingkat output sifar, masih wujud input tetapPada tingkat output sifar, tidak wujud input berubah
Input tetap hanya berlaku dalam jangka masa pendekInput berubah wujud dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang
Contoh : mesin dan loji, bangunan kilang dan tanahContoh : bahan mentah dan buruh
Perbezaan Antara Input Tetap & Input Berubah

Output

Output juga dikenal sebagai keluaran, merupakan barang atau perkhidmatan yang dihasilkan. Output terdiri daripada barang perantaraan dan barang akhir.

Barang perantaraanBarang akhir
Barang yang akan digunakan dalam proses pengeluaran seterusnyaBarang yang boleh digunakan terus oleh pengguna untuk mencapai kepuasannya.
Contohnya, tepung yang dihasilkan oleh sebuah firma digunakan oleh kilang biskut untuk membuat biskutContohnya, telefon bimbit ialah barang akhir

Jangka Masa Pengeluaran

Merujuk kepada keupayaan sesebuah firma mengubah kuantiti input tetap dalam proses pengeluaran. Jangka masa pengeluaran boleh dibahagikan kepada dua jenis:

Jangka Masa Pendek Pengeluaran

  • apabila wujud sekurang-kurangnya satu input tetap dalam proses pengeluaran
  • Firma tidak dapat menyesuaikan tingkat pengeluaran atau mengubah kapasiti pengeluaran.
  • Tingkat output hanya boleh diubah dengan mengubah kuantiti input berubah
  • Contohnya, meningkatkan jumlah bilangan buruh untuk meningkatkan pengeluaran pakaian dengan sejumlah bilangan mesin jahit yang sama.

Jangka Masa Panjang Pengeluaran

  • Merujuk kepada suatu tempoh apabila semua input yang digunakan dalam proses pengeluaran adalah input berubah
  • Firma dapat mengubah tingkat output dan keupayaan pengeluaran dengan mengubah semua input yang digunakan seperti mesin, bangunan kilang dan tanah
  • Firma dapat menambah modal, tingkatkan teknologi untuk meningkatkan produktiviti
  • Contohnya, meningkatkan jumlah bilangan buruh dan mesin jahit untuk meningkatkan pengeluaran pakaian

Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek

  • hubungan antara jumlah input dengan jumlah output
  • menunjukkan hubungan antara input berubah dengan output pada suatu tingkat input tetap yang diberikan
  • pengeluar dapat mengenal pasti kombinasi faktor pengeluaran yang paling cekap
  • menjelaskan jumlah input yang diperlukan untuk menghasilkan sejumlah kuantiti output pada suatu teknologi tertentu

Beberapa andaian perlu dibuat sebelum menjelaskan fungsi pengeluaran jangka pendek:

Andaian:
1. Terdapat hanya dua input yang digunakan contohnya buruh sebagai input berubah dan mesin sebagai input tetap
2. Buruh yang digunakan mempunyai tingkat kemahiran yang sama cekap
3. Tingkat teknologi adalah tetap


Jumlah Keluaran

Merujuk kepada jumlah output yang dapat dihasilkan oleh sejumlah input yang dimiliki oleh firma.

Rumus jumlah keluaran : Keluaran Purata x Kuantiti Input Berubah

Hubungan antara jumlah keluaran dengan kuantiti buruh (input berubah) yang digunakan adalah seperti berikut :

  • Apabila tiada buruh digabungkan dengan mesin, tiada output yang dapat dihasilkan
  • Apabila buruh dikombinasikan dengan mesin, jumlah keluaran akan bertambah
  • Jumlah keluaran akan semakin bertambah apabila bilangan buruh bertambah sehingga keluaran mencapai nilai maksimum
  • Pertambahan input berubah yang seterusnya akan menyebabkan jumlah keluaran meningkat
  • Kesimpulannya, jumlah keluaran meningkat, mencapai nilai maksimumnya, dan kemudian menurun

KELUARAN PURATA (AP)

Keluaran purata merujuk kepada jumlah kuantiti keluaran yang dapat dihasilkan oleh seunit input berubah

Rumus keluaran purata :

Hubungan antara keluaran purata dengan kuantiti buruh yang digunakan adalah seperti berikut :

  • Apabila bilangan input berubah bertambah, keluaran purata akan bertambah sehingga mencapai nilai minimum
  • Seterusnya keluaran purata akan menurun. Keluaran purata tidak akan bernilai sifar selagi jumlah keluaran adalah positif
  • Kesimpulannya, keluaran purata meningkat, mencapai nilai maksimumnya, dan kemudian menurun

KELUARAN MARGINAL / SUT

Merujuk kepada perubahan dalam jumlah keluaran kesan daripada perubahan dalam penggunaan satu unit input berubah.

Rumus keluaran marginal ialah :

Hubungan antara keluaran marginal dengan kuantiti buruh yang digunakan adalah seperti berikut :

  • Apabila bilangan input berubah bertambah, keluaran marginal akan bertambah sehingga mencapai nilai maksimum
  • Kemudian keluaran marginal akan menurun sehingga mencapai nilai sifar
  • Akhirnya keluaran marginal bernilai negatif apabila jumlah keluaran mulai menurun.

Hubungan – Hubungan

Hubungan Antara Jumlah Keluaran, Keluaran Purata Dan Keluaran Sut

Hubungan Antara Jumlah Keluaran & Keluaran Sut

  • Apabila Keluaran sut bernilai positif maka jumlah keluaran semakin meningkat
  • Apabila Keluaran sut bernilai sifar maka jumlah keluaran adalah maksimum Keluaran sut negatif maka jumlah keluaran semakin menurun

Hubungan Antara Keluaran Purata & Keluaran Sut

  • Keluaran Sut sama nilai dengan Keluaran Purata apabila Keluaran Purata mempunyai nilai maksimum
  • Keluaran Sut mencapai nilai maksimum lebih awal daripada keluaran Purata

Hubungan Antara Jumlah Keluaran, Keluaran Purata & Keluaran Sut

  • Apabila Jumlah Keluaran meningkat maka Keluaran Purata dan Keluaran Sut akan meningkat hingga ke nilai maksimum
  • Apabila Jumlah Keluaran menurun maka Keluaran Purata dan Keluaran Sut akan menurun.

Kos Pengeluaran

Kos pengeluaran ialah segala perbelanjaan terhadap input yang digunakan dalam proses pengeluaran.

Dalam jangka pendek, wujud sekurang-kurangnya satu input tetap, maka kos pengeluaran jangka pendek terdiri daripada : Kos tetap dan Kos berubah

Dalam jangka panjang, kesemua input yang digunakan adalah input berubah kerana firma berupaya mengubah input tetap menjadi input berubah. Maka kos pengeluaran jangka panjang terdiri daripada kos berubah sahaja.

KOS TETAP (FC)

  • Kos tetap ialah bayaran yang dilakukan oleh firma terhadap penggunaan input-input tetap dalam proses pengeluaran
  • Kos tetap tidak berubah/malar pada setiap tingkat output
  • Tetap wujud walaupun output sifar
  • Jumlah kos = kos tetap pada tingkat output sifar
  • Kos tetap hanya wujud dalam jangka pendek
  • Contoh : bayaran sewa untuk bangunan / tanah, insurans
  • Rumus kos tetap = Harga input tetap x kuantiti input tetap
  • Rumus kos tetap = Jumlah kos – kos berubah
Kos Pengeluaran
Kos Pengeluaran

KOS BERUBAH (VC)

  • Kos berubah merujuk kepada bayaran yang dilakukan oleh firma terhadap penggunaan input-input berubah
  • Kos berubah akan berubah secara langsung dengan tingkat output
  • Semakin banyak output dihasilkan, semakin tinggi kos berubah yang perlu ditanggung
  • Kos berubah tidak wujud apabila output sifar.
  • Contoh : bayaran upah buruh, kos bahan mentah
  • Rumus kos berubah = Harga input berubah x kuantiti input berubah
  • Rumus kos berubah = Jumlah kos – kos tetap

Pengiraan Kos Pengeluaran

Kos Berubah Purata (Avc)

  • Merujuk kepada kos berubah seunit output dan diperoleh dengan membahagikan jumlah kos berubah dengan jumlah output.
  • AVC pada mulanya menurun, dan kemudian meningkat dengan pertambahan jumlah output
  • Ini adalah kerana hukum pulangan berkurangan di dalam operasi
  • Semakin banyak input digunakan, tambahan jumlah keluaran yang dihasilkan semakin berkurang.
  • Maka jumlah yang dibelanjakan ke atas input berubah per unit output akan semakin bertambah

Jumlah Kos (Tc)

  • Jumlah kos merujuk kepada kesemua jenis kos yang terlibat dalam proses pengeluaran output.
  • Jumlah kos dapat diperolehi dengan menjumlahkan kesemua jenis kos tetap dan jumlah kos berubah pada setiap tingkat output pengeluaran
  • Jumlah kos adalah bersamaan dengan jumlah kos tetap apabila tingkat output pengeluaran adalah sifar
  • Perubahan dalam jumlah kos adalah sama sejajar dengan perubahan dalam jumlah kos berubah (kerana kos tetap tidak berubah pada setiap tingkat output)
  • Semakin tinggi tingkat output pengeluaran, semakin tinggi jumlah kos dan sebaliknya.

Jumlah kos (TC) = Jumlah kos tetap (TFC) + Jumlah kos berubah (TVC)

Kos Purata (Ac)

  • Kos purata merujuk kepada kos seunit output dan diperoleh dengan membahagikan jumlah kos dengan jumlah output pengeluaran
  • Pola kos purata ialah semakin menurun pada peringkat permulaan, mencapai nilai minimum dan seterusnya meningkat semula

Kos Marginal (Mc)

Kos marginal merujuk kepada perubahan dalam jumlah kos kesan daripada perubahan dalam seunit output.

Dalam jangka masa pendek, perubahan dalam jumlah kos adalah bersamaan dengan perubahan dalam kos berubah untuk setiap tingkat perubahan output – kerana kos tetap adalah malar (sama) di sepanjang proses pengeluaran.

Oleh itu perubahan kos marginal juga boleh ditulis seperti yang berikut :

Hubungan-Hubungan

Hubungan antara Perubahan Output Dengan Jumlah Kos, Kos Purata, Kos Marginal, Dan Kos Berubah Purata

Hubungan Antara Jumlah Output dengan Jumlah Kos

  • Pada output sifar, jumlah kos adalah sama dengan kos tetap iaitu RM100
  • Jumlah kos semakin meningkat apabila output meningkat daripada 1 kepada 8 unit
  • Ini bermakna jumlah kos berhubung positif dengan jumlah output
  • Didapati perubahan jumlah kos sama dengan perubahan jumlah kos berubah pada setiap tingkat output.

Hubungan Antara Jumlah Output dengan Kos Purata

  • Apabila output meningkat daripada 1 unit kepada 6 unit, kos purata menurun dan mencapai nilai minimumnya pada output ke-6
  • Apabila output meningkat daripada 7 unit kepada 8 unit, kos purata meningkat
  • Kesimpulannya, kos purata menurun pada peringkat permulaan, mencapai nilai minimum, kemudian meningkat.

Hubungan Antara Jumlah Output dengan Kos Marginal

  • Apabila output meningkat daripada 1 unit kepada 4 unit, kos marginal menurun dan mencapai nilai minimumnya pada output ke-4
  • Apabila output meningkat daripada 5 unit kepada 8 unit, kos marginal meningkat
  • Kesimpulannya, kos marginal menurun pada peringkat permulaan, mencapai nilai minimum, kemudian meningkat.

Hubungan Antara Kos Purata dengan Kos Marginal

  • Apabila jumlah output meningkat, kos purata dan kos marginal semakin menurun sehingga mencapai nilai minimum masing-masing
    Kemudian kos purata dan kos marginal akan meningkat apabila jumlah output meningkat
  • Apabila kos purata semakin menurun, kos marginal lebih rendah daripada kos purata (MC < AC) pada setiap tingkat keluaran
  • Sebaliknya apabila kos purata semakin meningkat, kos marginal lebih tinggi daripada kos purata (MC > AC) pada setiap tingkat keluaran
  • Kos purata akan menyamai kos marginal (MC = AC) apabila kos purata mencapai nilai minimum iaitu antara output ke-6 dan ke-7 unit.

Hubungan antara Output dengan Kos Berubah Purata

  • Apabila output meningkat daripada 1 hingga kepada 5 unit, kos berubah purata menurun daripada RM50 sehingga mencapai nilai minimumnya iaitu RM39
  • Apabila output meningkat dari 6 hingga 8 unit, kos purata meningkat daripada RM40.80 kepada RM49.90
  • Kesimpulannya, kos berubah purata menurun pada peringkat permulaan, mencapai nilai minimum dan kemudian meningkat semula

Titik Penutupan Operasi Firma Dalam Jangka Pendek

Situasi
P > AVC
Situasi
P = AVC
Situasi
P < AVC
Tindakan:
Meneruskan operasi
Tindakan:
Meneruskan operasi
Tindakan:
Berhenti operasi
– Jumlah hasil dapat menampung kesemua VC dan sebahagian TC
– Jika firma meneruskan operasinya, kerugian yg ditanggung hanya setakat sebahagian TC
– Jika firma berhenti operasinya, jumlah kerugian firma adalah lebih besar iaitu kesemua TC
– Jumlah hasil dapat menampung kesemua kos berubah (VC) sahaja
– Pada keadaan ini, firma boleh memilih sama ada untuk meneruskan operasinya kerana jumlah kerugian firma bagi kedua-dua situasi adalah sama besar iaitu kesemua kos tetap (TC)
– Jumlah hasil tidak dapat menampung semua VC
– Jika firma meneruskan operasinya, kerugian adalah lebih besar iaitu kesemua TC dan sebahagian VC
– Untuk mengurangkan kerugian, firma akan berhenti operasinya dan menanggung jumlah TC sahaja

NOTA :

  1. Apabila output meningkat,
    • Jumlah kos semakin meningkat
    • Kos purata, kos marginal dan kos berubah purata menurun pada peringkat permulaan, mencapai nilai minimum, kemudian meningkat
  2. Hubungan antara kos purata (AC) dengan kos marginal (MC) :
    • Apabila AC menurun, MC < AC
    • Apabila AC minimum, MC = AC
    • Apabila AC meningkat, MC > AC

Konsep Hasil

  • Hasil ialah jumlah nilai penerimaan yang diperoleh firma daripada jualan keluarannya.
  • Jumlah hasil merupakan pendapatan kepada firma.

Jumlah hasil (TR) = Harga (P) x Kuantiti Jualan (Q)

Sesebuah firma dapat menambahkan jumlah hasilnya dengan :

  • Meningkatkan harga barang
  • Menambahkan kuantiti jualan keluarannya

Konsep Untung

Untung adalah perbezaan antara jualan hasil dengan jumlah kos

Untung = Jumlah hasil – Jumlah kos

Untung merupakan ganjaran kepada usahawan atas usahanya menggabungkan faktor- faktor pengeluaran dan sanggup menanggung risiko ketidakpastian perniagaan

Dari segi ekonomi, jumlah kos terdiri daripada kos implisit dan kos eksplisit :

Untung ekonomi = Jumlah hasil – (Kos eksplisit + Kos implisit)

Kos Implisit

  • Merupakan kos yang sepatutnya dibayar kepada faktor pengeluaran tetapi tidak diambil kira dalam kos pengeluaran
  • Contoh : ganjaran upah kepada pemilikan sendiri, kos sewa tanah kepada pemilik tanah atau bangunan milik sendiri dan faedah atau atas modal sendiri

Kos Eksplisit

  • Kos yang dibayar dengan nyata oleh firma terhadap penggunaan input dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan.
  • Kos ini termasuklah kos tetap dan kos berubah
  • Contoh : bayaran upah buruh, kos bahan mentah, faedah atas pinjaman

Tahap Pengeluaran Paling Cekap

Hukum pulangan berkurangan menyatakan apabila suatu input berubah (misalnya buruh) ditambahkan secara berterusan kepada satu input tetap (misalnya tanah), maka jumlah keluaran semakin bertambah, tetapi tambahannya adalah semakin berkurangan bagi setiap unit tambahan input berubah.

Hukum pulangan berkurangan berdasarkan andaian :

  1. Terdapat sekurang-kurangnya satu input tetap
  2. Inbut berubah adalah homogen (sifat yang sama antara satu unit dengan lain)
  3. Tingkat teknologi pengeluaran tidak berubah
Tahap 1Tahap 2Tahap 3

Jumlah keluaran bertambah dengan kadar cepat

Jumlah keluaran bertambah dengan kadar perlahan

Jumlah keluaran merosot

Pulangan marginal bertambah

Pulangan marginal berkurang

Pulangan marginal negatif

Tahap pengeluaran berkait rapat dengan kombinasi input yang optimum dalam proses pengeluaran. Tahap pengeluaran dapat dibahagikan kepada :

Tahap I

Buruh 1 – 3 orang

  • Bermula daripada input berubah 0 sehingga MP = AP dan AP mencapai titik maksimum
  • Jumlah keluaran meningkat daripada 6 kepada 24 unit apabila buruh meningkat
  • Keluaran purata meningkat dan mencapai maksimum pada 8 unit
  • Keluaran marginal meningkat lebih cepat daripada keluaran purata dan mencapai maksimum pada buruh ke-3
  • Tahap pengeluaran ini tidak cekap kerana input berubah yang digunakan relatif lebih kecil berbanding input tetap
  • Berlaku pembaziran input tetap
  • Pengeluar yang rasional tidak akan berhenti mengeluarkan output pada tahap ini kerana penambahan input berubah akan meningkatkan outputnya

Tahap II

Buruh 4 – 9 orang

  • Bermula daripada MP = AP dan berakhir apabila MP = 0
  • Jumlah keluaran meningkat daripada 32 unit sehingga mencapai maksimum pada 46 unit apabila bilangan buruh bertambah
  • Pada tahap ini nilai AP > MP
  • Pada tahap ini kedua-dua AP dan MP sedang menurun. TP tidak menurun tetapi meningkat dengan kadar yang berkurangan
  • Pada tahap ini, gabungan antara input berubah dan input tetap adalah paling cekap. Tahap ini adalah tahap yang paling rasional dan cekap bagi mengeluarkan output

Tahap III

Buruh 10 orang dan seterusnya

  • Bermula ketika MP = 0 ialah pada tahap TP maksimum
  • Penambahan penggunaan input berubah menyebabkan TP berkurangan iaitu merosot kepada 45 unit pada kuantiti buruh yang ke-10
  • Pengeluar yang rasional tidak akan mengeluarkan barangan pada tahap ini kerana pertambahan penggunaan input berubah akan menyebabkan jumlah keluaran menurun, berlaku pembaziran penggunaan buruh. Ini bermakna pengeluar menggunakan lebih banyak buruh untuk menghasilkan jumlah keluaran yang semakin kurang
  • Pada tahap ini, berlaku ketidakcekapan dalam pengeluaran dan merugikan pengusaha

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page