Rangka Karangan Kepentingan Amalan Pemakanan Seimbang

Amalan Pemakanan Seimbang penting dari segi fisiologi, fizikal, mental, emosi dan sosial. Huraikan Kepentingan Amalan Pemakanan Seimbang kepada remaja.

Kepentingan Amalan Pemakanan Seimbang kepada Remaja

  • zaman remaja sangat penting – perubahan dari segi fisiologi, fizikal, mental, emosi dan sosial – memerlukan makanan seimbang
  • makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan
  • mematuhi piramid makanan seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan diet harian perlu mempunyai karbohidrat, vitamin, protein
  • terdapat beberapa kepentingan makanan seimbang kepada remaja

Tumbesaran daripada aspek fizikal

  • untuk merangsang tumbesaran seseorang remaja itu lebih sempurna daripada aspek fizikal
  • remaja memerlukan zat yang cukup untuk membantu tumbesaran – sekiranya tidak seimbang, tumbesaran akan terjejas
  • contohnya, jika kurang pengambilan protein, tumbesaran remaja akan terjejas

Menjanakan tenaga

  • Kerana remaja perlu aktif – belajar dan melakukan aktiviti fizikal – sekiranya makanan tidak seimbang, mereka akan lemah
  • Contoh, sekiranya remaja ke sekolah tanpa bersarapan, mereka tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran
  • kajian oleh Prof. Awang Had Salleh mendapati terdapat perkaitan antara pengambilan sarapan dengan kecerdasan minda pelajar
  • Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah rendah hasil daripada kajian beliau

Menjamin kesihatan

  • pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian sangat penting
  • membekalkan vitamin dan mineral
  • contohnya, vitamin C dalam buah-buahan penting untuk menguatkan daya tahan badan – mengelakkan penyakit seperti selesema
  • kurang pengambilan makanan berlemak dan terlalu manis atau masin dalam diet harian dapat mengelakkan penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung
  • mencegah lebih baik daripada mengubati – kesihatan yang baik memastikan seseorang remaja dapat melakukan aktiviti tanpa masalah
  • kesihatan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit

Mengelakkan masalah obesiti

  • kajian mendapati masalah obesiti penduduk dunia, termasuk dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat
  • masalah obesiti dapat dikaitkan dengan pengambilan makanan yang tidak seimbang
  • pengambilan makanan berlemak dalam makanan ringan dan makanan segera menyumbang kepada masalah obesity
  • kanak-kanak dan remaja tidak suka makan sayur-sayuran juga menyebabkan obesity
  • oleh itu amalan-amalan ini perlu dihindari untuk mengelakkan obesiti
  • obesiti menyebabkan penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis serta menyukarkan aktiviti harian

Penutup Karangan

  • pengambilan makanan seimbang amat penting kepada remaja
  • mereka merupakan tonggak negara pada masa akan datang – pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
  • aspek pemakanan seimbang perlu diberikan perhatian untuk menjamin kesihatan remaja – George William Curtis pernah berkata, “Kebahagiaan paling utama adalah dalam kesihatan”
  • remaja harus mengamalkan tabiat pemakanan seimbang untuk memastikan mereka sihat

Peribahasa Amalan Pemakanan Seimbang

  • Badan sihat, otak cerdas.
  • Kesihatan melambangkan kekayaan
  • Sediakan payung sebelum hujan
  • Kesihatan lebih berharga daripada kekayaan.
  • Mencegah lebih baik daripada mengubati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page