Karangan Faedah Pelancongan gastronomi

Malaysia mempunyai daya tarikan gastronomi yang unik kerana kepelbagaian makanan kaum-kaum di negara ini seperti Melayu, Cina, India dan bumiputera. Huraikan faedah pelancongan gastronomi.

Faedah Pelancongan gastronomi

Pelancong gastronomi merujuk kepada aktiviti sementara individu atau sekumpulan manusia ke sesebuah lokasi yang bertujuan untuk merasai atau menikmati makanan yang dijadikan sebagai ‘trademark’ sesuatu kawasan. Seperti contoh, Melaka terkenal dengan makanan asam pedas manakala di Negeri Sembilan pula terkenal dengan masakan masak lemanya. Di Malaysia, pelancong gastronomi mula menjadi perhatian kerana orang ramai gemar menikmati makanan yang asli di tempat asanya malah masyarakat kini lebih terbuka dengan mencuba pelbagai makanan daripada pelbagai etnik di negara kita seperti Melayu, Cina dan India. Oleh itu, terdapat pelbagai faedah pelancongan gastronomi yang bakal dikupas sebentar lagi.

Menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman

Melalui aktiviti perlancongan gastronomi, kita dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman kita yang sedia ada. Ada sesetengah ilmu sukar untuk diperoleh di tempat kita tinggal. Contohnya, ilmu membuat sejenis kuih tradisional sesuatu tempat. Jikalau kita bernasib baik, kita akan dapat mempelajariya di kawasan berdekatan dengan rumah kita sendiri. Namun, ilmu itu akan menjadi lebih berharga sekiranya kita sendiri ke sana untuk mempelajarinya. Seperti kuih Akok yang popular di negeri Kelantan yang menggunakan telur itik sebagai bahan utamanya. Pengalaman yang ditimba sepanjang melancong akan menjadi tidak ternilai. Bukankah, pengalaman itu tidak dapat diganti dengan wang ringgit?

Merapatkan hubungan silaturrahim

Di samping itu, pelancongan gastronomi juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama manusia. Tidak kisahlah kita melancong dengan kawan mahupun keluarga, yang pasti hubungan yang terjalin antara kita akan menjadi lebih rapat dan mesa lagi. Sebelum ini, kita terlalu sibuk menguruskan hal-hal kedunian sehinggakan kita tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama-sama dengan mereka. Maka, inilah waktu yang terbaik. Ketika melancong kita dapat berkongsi idea dan cadangan untuk memilih tempat makanan yang ‘viral’ bersama rakan atau keluarga. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan apabila masing-masing berlumba-lumba untuk memilih makanan yang terbaik di tempat yang dilawati.

Menarik pelancong antarabangsa

Pelancongan gastronomi adalah aktiviti yang melibatkan makanan tempatan dan budaya makanan unik yang dapat menarik pelancong antarabangsa untuk menikmati hidangan berkenaan di negara ini. Malaysia mempunyai daya tarikan gastronomi yang unik kerana kepelbagaian makanan kaum-kaum di negara ini seperti Melayu, Cina, India dan bumiputera Sabah dan Sarawak seperti Kadazan Dusun, Iban, Dayak, Bidayuh dan Orang Ulu. Selain itu, Malaysia juga menjadikan destinasi pelancongan gastronomi yang menarik kemasukan pelancong dari Negara Semenanjung Arab terutamanya pelancong Muslim kerana produk pelancongan mesra Muslim seperti gastronomi halal.

Penutup Karangan Pelancongan gastronomi

Kesimpulannya, sektor pelancongan merupakan salah satu sumber ekonomi yang amat penting dalam negara kita. Oleh itu, kita harus menggunakan kelebihan yang ada di negara kita dengan sepenuhnya supaya negara kita dapat menjadi pusat pelancongan yang terkenal di dunia dan seterusya membangunkan ekonomi negara kita. Walaupun masyarakat kita terdiri daripada berbilang kaum, kita harus bersatu padu demi menjaga kepentingan tanah air tercinta kita. Tegasnya, kita perlulah bersatu padu bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.


Contoh Karangan: Cara untuk Memajukan Industri Pelancongan Negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page