Karangan Langkah dan Kepentingan Semangat Kejiranan

Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat jiran dapat diamalkan. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan kepentingannya.

Langkah meningkatkan Semangat Kejiranan dan Kepentingan

Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.

Langkahrukun tetangga

Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama.

Pelaksanaan Rukun Tetangga juga dapat melahirkan individu yang bertanggungjawab dan seterusnya membentuk masyarakat yang berjiwa murni. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.

Majlis yang bercorak setempat

Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.

Kempen kesedaran semangat kejiranan

Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.

Mengadakan rumah terbuka

Selain itu, satu cara untuk menyemai semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia ialah mengadakan rumah terbuka. Rumah terbuka yang diadakan pada masa perayaan Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Deepavali atau Krismas mampu melahirkan perasaan saling menghormati antara satu sama lain.

Jiran tetangga akan lebih menghormati sensitiviti tetamu berlainan agama yang bertandang ke majlis rumah terbuka mereka khususnya dalam penyediaan juadah dan sebagainya. Justeru, rumah terbuka menjadi medium yang sangat relevan untuk menyemai semangat kejiranan lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. 

Semangat Kejirananpenting dalam kehidupan masyarakat

Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

Semangat perpaduan

Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan seperti bak kata perkata “bersatu teguh bercerai roboh”. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik. Sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.

Siapakah jiran kita?

Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri “Siapakah jiran kita?”


Peribahasa Karangan Kejiranan

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud: Sesuatu kejayaan yang diperoleh disebabkan seluruh pasukan atau masyarakat bersatu hati dan berpegang teguh antara satu sama lain.

Bersatu teguh bercerai roboh
Maksud: Bersatu dan berkerjasama dapatmenimbulkan sesuatu kejayaan, manakala berselisih dan bergaduh akanmenyebabkanperpecahan danperkalahan.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud: Menghadapi kesusahan dan kesenangan bersama-sama.

Bagai aur dengan tebing
Maksud: Hubungan yang rapat antara satu sama lain dan saling bantu-membantu.


Membaca contoh karangan yang lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page