Karangan: Peranan Ibu Bapa dalam Membentuk Modal Insan

Ibu Bapa memainkan peranan yang penting kepada anak-anak mereka. Huraikan peranan mereka untuk membentuk modal insan yang mempunyai budaya ilmu.

Peranan Ibu Bapa untukMembentuk Modal Insan yang mempunyai BudayaIlmu

  • Anak-anak ialah aset negara yang penting – jatuh bangun sesebuah negara bergantung kepada anak-anak yang merupakan generasi pelapis yang akan menjadi tulang belakang kepada negara pada masa akan datang
  • Namun begitu, pelbagai cabaran yang menjadi duri dalam daging dalam usaha melahirkan generasi berilmu/modal insan yang menjadi aspirasi semua pihak
  • ibu bapa memainkan peranan dalam mewujudkan/membentuk/menerapkan modal insan/budaya ilmu/budaya membaca dalam kalangan anak-anak

memberikan didikan agama yang cukup

  • Anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya
  • Dengan didikan agama yang cukup, anak-anak akan memiliki benteng keimanan yang ampuh dalam mendepani dunia yang penuh dengan cabaran
  • Didikan agama yang cukup menjadikan anak-anak seorang memiliki akhlak terpuji dan cinta akan ilmu kerana Hamka pernah berkata, “Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya”
  • Anak-anak yang diberikan diberikan didikan agama yang cukup akan menjadi insan yang cemerlang dan bijaksana

mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang

  • menggunakan kata-kata nasihat yang lembut
  • Hamka Pernah berkata, “Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras daripada batu. Sebaliknya, kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera”
  • meluangkan masa dengan mereka dan sentiasa memahami dan berkongsi masalah
  • mereka akan menjadi insan yang cemerlang apabila lahir daripada keluarga yang dilimpahi kasih sayang

menjadi suri teladan kepada anak-anak

  • Sentiasa menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak – ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi/bapa borek, anak rintik/bagaimana acuan, begitulah kuihnya
  • Ibu bapa membaca buku/menunjukkan akhlak yang baik di hadapan anak-anak
  • Anak-anak akan biasa dengan amalan yang terpuji/tabiat membaca dan akan menjadi darah daging/sebati dalam hidup mereka kerana alah bisa tegal biasa
  • Ibu bapa perlu sentiasa menunjukkan amalan yang baik ini agar menjadi ikutan anak-anak dan bukannya menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul

menyediakan suasana yang kondusif di rumah

  • dari segi fizikal: bilik tidur, ruang belajar yang selesa
  • mempunyai perpustakaan mini di rumah – anak-anak dapat belajar dengan selesa
  • dari segi emosi: suasana yang tenang – elakkan suasana tegang di rumah
  • kajian mendapati faktor latar belakang keluarga seperti pengaruh rumah tangga mempengaruhi pelajar dari segi pencapaian akademik dan tingkah laku pelajar

Penutup Karangan

  • banyak peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa
  • peranan ibu bapa sebagai tonggak/nadi/tulang belakang dalam sesebuah keluarga amat ditagih/diharapkan
  • negara amat memerlukan modal insan yang benar-benar berkualiti dalam mengharungi kehidupan dalam dunia kian mencabar – anak-anak perlu dididik agar mempunyai kualiti insaniah yang diharap-harapkan –pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
  • untuk memastikan Malaysia setanding/berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain

Contoh Karangan Pembangunan modal insan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page