Nota Ekonomi T4 – Keseimbangan Pasaran (Bab2)

Penjual dan pembeli berinteraksi untuk menjalankan urusiaga secara langsung atau tidak langsung pada suatu tingkat harga dalam tempoh masa tertentu. Interaksi ini dapat dilihat melalui keluk keseimbangan pasaran apabila keluk permintaan bersilang dengan keluk panawaran pada suatu tingkat harga.

Pasaran tidak langsung : e-dagang (urusniaga atas talian)
Pasaran langsung : bazar,kedai runcit dan lain-lain

Keseimbangan pasaran

Keseimbangan pasaran berlaku apabila kuantiti permintaan sama dengan kuantiti penawaran. (DD=SS) Pada tingkat keseimbangan, harga dan kuantiti keseimbangan dapat ditentukan.

HARGAKuantiti DDKuantiti SS
RM 118 unit8 unit
RM 213 unit13 unit
RM 38 unit18 unit
Jadual – Permintaan dan penawaran

Keluk keseimbangan pasaran

Melalui Keluk permintaan, (DD) bersilang dengan keluk penawaran (SS) di titik E. Keseimbangan dapat ditentukan apabila keluk permintaan bersilang dengan keluk panawaran di pasaran pada suatu tingkat harga.

Keluk keseimbangan pasaran

Keluk keseimbangan pasaran
  • E0 = titik keseimbangan pasaran (RM2, 13 unit kasut)
  • P = RM3, DD pasaran = 8 unit, SS pasaran = 18 unit.
  • Wujud lebihan SS sebanyak 10 unit (18 – 8) .
  • P cenderung ↓ hingga mencapai keseimbangan.
  • P = RM1, DD pasaran = 18 unit, SS pasaran = 8 unit.
  • Wujud lebihan DD sebanyak 10 unit (18-8).
  • P cenderung ↑ hingga mencapai keseimbangan.

Ketidakseimbangan pasaran

Berlaku apabila jumlah permintaan pengguna tidak sama dengan jumlah penawaran pengeluar. Ketidakseimbangan pasaran boleh dijelaskan melalui jadual dan rajah.

Jadual Ketidakseimbangan pasaran
Jadual Ketidakseimbangan pasaran
Keluk Ketidakseimbangan pasaran

Perubahan Keseimbangan

Dalam keadaan sebenar, bukan hanya harga barang itu sahaja yang berubah, malah terdapat penentu-penentu lain seperti harga barang lain, cita rasa, tingkat teknologi dan lain-lain. Hal ini menyebabkan keluk DD dan keluk SS akan beralih ke kiri atau ke kanan dan seterusnya keseimbangan pasaran turut berubah.

Perubahan permintaan (DD)

Pertambahan DD

Keluk Pertambahan DD
Pertambahan DD
  • Keseimbangan pasaran asal tercapai apabila keluk SS bersilang dengan keluk D0D0 pada titik E0
  • Keluk DD beralih ke kanan dari D0D0 ke D1D1 dan keluk SS tetap
  • Kuantiti DD lebih banyak drp kuantiti SS
  • Wujud lebihan DD
  • Kesannya harga cenderung ↑ ke P1
  • Keseimbangan baru tercapai apabila keluk D1D1 bersilang dengan keluk S0S0 pada titik E1. Harga ↑ dari P0 ke P1 dan kuantiti ↑ dari Q0 ke Q1.
  • Apabila berlaku pertambahan DD, dan SS tetap, ia menyebabkan harga dan kuantiti keseimbangan ↑

Pengurangan DD

Keluk Pengurangan DD
Pengurangan DD
  • Keseimbangan pasaran asal tercapai apabila keluk S0S0 bersilang dengan keluk D0D0 pada titik E0
  • Keluk DD beralih ke kiri dari D0D0 ke D1D1 dan keluk SS tetap
  • Kuantiti SS lebih banyak drp kuantiti DD
  • Wujud lebihan SS
  • Kesannya harga cenderung ↓ ke P1
  • Keseimbangan baru tercapai apabila keluk D1D1 bersilang dengan keluk S0S0 pada titik E1. Harga ↓ dari P0 ke P1 dan kuantiti ↓ dari Q0 ke Q1.
  • Apabila berlaku pengurangan DD, dan SS tetap, ia menyebabkan harga dan kuantiti keseimbangan ↓

Perubahan penawaran (SS)

Pertambahan SS

Keluk Pertambahan SS
Pertambahan SS
  • Keseimbangan pasaran asal tercapai apabila keluk S0S0 bersilang dengan keluk D0D0 pada titik E0
  • Keluk SS beralih ke kanan dari S0S0 ke S1S1 dan keluk DD tetap
  • Kuantiti SS lebih banyak drp kuantiti DD
  • Wujud lebihan SS
  • Kesannya harga cenderung ↓ ke P1
  • Keseimbangan baru tercapai apabila keluk D0D0 bersilang dengan keluk S1S1 pada titik E1. Harga ↓ dari P0 ke P1 dan kuantiti ↑ dari Q0 ke Q1.
  • Apabila berlaku pertambahan SS, dan DD tetap, ia menyebabkan harga keseimbangan ↓ dan kuantiti keseimbangan ↑

Pengurangan SS

Keluk Pengurangan SS
Pengurangan SS
  • Keseimbangan pasaran asal tercapai apabila keluk S0S0 bersilang dengan keluk D0D0 pada titik E0
  • Keluk SS beralih ke kiri dari S0S0 ke S1S1 dan keluk DD tetap
  • Kuantiti DD lebih banyak drp kuantiti SS
  • Wujud lebihan DD
  • Kesannya harga cenderung ↑ ke P1
  • Keseimbangan baru tercapai apabila keluk D0D0 bersilang dengan keluk S1S1 pada titik E1. Harga ↑ dari P0 ke P1 dan kuantiti ↓ dari Q0 ke Q1.
  • Apabila berlaku pengurangan SS, dan DD tetap, ia menyebabkan harga keseimbangan ↑ dan kuantiti keseimbangan ↓

Lebihan Pengguna

Faedah yg dinikmati oleh pengguna apabila harga yg sanggup dibayar melebihi harga pasaran sesuatu barang.

Keluk Lebihan Pengguna
Lebihan Pengguna

Lebihan Pengeluar

Faedah yg dinikmati oleh pengeluar apabila harga pasaran sesuatu barang melebihi harga yg sanggup diterima oleh pengeluar.

Keluk Lebihan Pengeluar
Lebihan Pengeluar

Kesan Perubahan Permintaan Dan Penawaran Ke Atas Keseimbangan Pasaran

Apakah yang berlaku terhadap pasaran kereta apabila berlakunya peningkatan dalam teknologi?

  • Peningkatan teknologi akan menyebabkan penawaran kereta oleh firma bertambah
  • Permintaan kereta tetap
  • Berlakunya lebihan penawaran kereta
  • Harga kereta akan jatuh

keluk keseimbangan pasaran

keluk keseimbangan pasaran

Keluk keseimbangan pasaran
  • Peningkatan teknologi akan menyebabkan penawaran kereta oleh firma bertambah.
  • Keluk penawaran akan beralih ke kanan dari S0 ke S1.
  • Keluk permintaan tetap pada D0.
  • Pada harga P0 berlakunya lebihan penawaran, maka harga akan menurun ke P1.
  • Keseimbangan pasaran baharu tercapai pada titik E1 apabila keluk permintaan D0 bersilang dengan keluk penawaran baharu S1.
  • Harga keseimbangan baharu ialah P1 dan kuantiti keseimbangan baharu ialah Q1.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page