Nota Ekonomi Tingkatan 4 – Wang dan Bank (Bab3)

Fungsi Wang

Wang merupakan sebarang komoditi atau benda yang boleh diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran barang dan perkhidmatan.

Fungsi Wang
Ringgit Malaysia

Ciri-Ciri Wang


Ciri-ciri Wang

Huraian
Diterima umumsebagai alat perantaraan pertukaran dalam urusan jual barang dan perkhidmatan.
Penawaran terhadtidak terlalu banyak hingga menjejaskan nilai
Kestabilan nilainilainya tidak mudah berubah dan membantu wang berfungsi sebagai alat penyimpanan nilai
Tahan lamatidak mudah rosak, koyak dan seumpamanya
Mudah dibawabersaiz kecil dan ringan serta mudah disimpan
Boleh dibahagikan kepada unit yang lebih baikbagi membolehkan urusniaga dijalankan dengan tepat. (wang kertas mempunyai nilai muka)
Mudah dikenaliwarna,saiz,rupa dan bentuk yang piawai dan seragam membolehkan wang dikenali dengan mudah
Ciri-ciri Wang

Duit syiling

  • Memudahkan aktiviti urusniaga yang melibatkan nilai muka kecil contoh 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
  • Diperbuat daripada logam nikel dan gangsa
  • Merupakan wang sah dan wang tanda

Wang kertas

  • Dikeluarkan bergantung kepada rizab antarabangsa iaitu jumlah emas dan pertukaran matawang asing.
  • Mempunyai nilai muka yang lebih tinggi untuk memudahkan urusniaga
  • Merupakan wang sah dan wang tanda

Deposit semasa (cek)

  • Pelanggan bank perdagangan yang membuka akaun semasa diberi kemudahan cek
  • Cek bukan wang sah – kerana pembayaran menggunakan cek boleh ditolak oleh penerima cek berkenaan

Fungsi-Fungsi Wang

Alat Perantaraan Pertukaran

  • Wang memudahkan urusan jual beli barang dan perkhidmatan ini kerana wang diterima umum sebagai media pertukaran untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan
  • Contoh : Azril membeli sebuah rumah dengan membayar harga rumah tersebut.

Alat Ukuran Nilai

  • Wang digunakan untuk menentukan harga barang
  • Harga barang dapat ditentukan dengan seragam dan lebih mudah
  • Contoh : Harga sebuah rumah tersebut adalah RM300 ribu

Alat Bayaran Tertunda

  • Wang membolehkan urusniaga kredit (hutang) dilaksanakan
  • Harga barang akan dibayar secara ansuran dalam tempoh yang dipersetujui oleh penjual dan pembeli
  • Ini kerana wang tahan lama dan mempunyai nilai yang stabil
  • Contoh : Bayaran harga rumah dibuat secara ansuran untuk tempoh sehingga 20 tahun akan datang

Alat simpanan nilai

  • Wang boleh disimpan untuk kegunaan masa depan kerana wang tahan lama dan mempunyai nilai yang stabil
  • Contoh : Wang hasil sewa disimpan di dalam bank untuk kegunaan masa hadapan

Kebaikan Sistem Wang Berbanding Sistem Barter

ASPEKSISTEM WANGSISTEM BARTER
Perantaraan PertukaranMenyelesaikan masalah kehendak serentakBerlaku antara individu yang saling menghendaki
Ukuran NilaiMemberikan ukuran nilai seragamSukar untuk menilai barangan
Penyimpan Nilai Yang BaikCiri tahan lama dan stabilBarang tidak tahan lama
Bayaran TertundaNilai wang yang stabil membolehkan pembelian secara ansuranBarang tanpa nilai yang stabil menyukarkan pembayaran secara ansuran
Perbandingan Sistem Wang dan Sistem Barter

Fungsi Bank Pusat

Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan bank pusat di Malaysia. BNM ditubuhkan pada 26 Jan 1959 di bawah Ordinan bank Negara Malaysia 1958.

Fungsi Bank Pusat - Bank Negara Malaysia
Bank Negara Malaysia

1. Mengeluarkan mata wang

  • Bank pusat mempunyai kuasa tunggal untuk mengeluarkan mata wang negara iaitu Ringgit Malaysia (RM)
  • Hanya wang yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja yang sah diperlakukan dengan nilai di negara kita dan pihak lain tidak dibenarkan untuk mencetak atau menerbitkan wang

2. Mengawal kestabilan mata wang

Nilai sesuatu mata wang diukur melalui dua cara iaitu dari aspek kuasa beli wang dan juga dalam mata wang asing.

Kuasa beli wang ialah kemampuan wang untuk membeli sesuatu barang atau perkhidmatan. Kenaikan harga barang secara berterusan dalam ekonomi dikenal sebagai inflasi dan kadar inflasi yang tinggi boleh menjejaskan nilai mata wang.

Kebanyakan mata wang negara termasuk RM dibandingkan dengan dolar Amerika Syarikat kerana Dolar digunakan dengan meluas dalam perdagangan antarabangsa.

a) Mewujudkan sandaran minimum

  • Ordinan BNM memperuntukkan sandaran minimum 80.59% dalam bentuk emas dan rizab antarabangsa
  • Rizab antarabangsa termasuklah emas, kadar pertukaran asing, milikan hak pengeluaran khas, dan rizab kumpulan wang antarabangsa.
  • Ini bererti sekiranya bank pusat ingin mencetak RM100, sandaran minimum yang perlu dimiliki ialah RM80.59.

b) Campurtangan dalam pasaran pertukaran asing (FOREX)

  • Contohnya BNM akan membeli RM dengan menjual Dolar AS apabila nilai RM adalah rendah
  • Kesannya jumlah RM di dalam pasaran akan meningkat berbanding Dolar AS

c) Mengawal inflasi

Bank pusat akan memastikan kadar inflasi dalam negara berada pada paras terkawal dengan menggunakan alat dasar kewangan (seperti rizab tunai, kadar faedah, syarat sewa beli)


3. Jurubank kepada kerajaan

Mentadbir akaun negara

  • Bank pusat menyimpan dan menguruskan akaun kerajaan yang terdiri daripada akaun kewangan (hasil & perbelanjaan kerajaan) dan akaun pinjaman kewangan (rekod pinjaman yang dibuat oleh kerajaan)
  • Bank pusat juga menerima wang yang dibayar kepada kerajaan dan melakukan pembayaran bagi pihak kerajaan

Memberi pendahuluan sementara

  • Apabila kerajaan menghadapi masalah kekurangan kewangan
  • Kerajaan perlu membayar balik tidak lewat daripada tiga bulan setelah berakhirnya tahun kewangan kerajaan

Mengurus hutang negara

  • Bertanggungjawab memperoleh pinjaman bagi pihak kerajaan daripada sumber dalam negeri dan luar negara
  • Bank pusat akan memperoleh pinjaman melalui penjualan bil-bil perbendaharaan dan surat jaminan kerajaan kepada institusi kewangan atau memperoleh pinjaman di pasaran modal antarabangsa
  • Menerbitkan sijil pelaburan kepada institusi kewangan Islam

Memberi nasihat pelaburan

  • Menjadi penasihat dan ejen kerajaan untuk aktiviti pelaburan kerajaan di luar negara
  • Mengkaji projek pelaburan di luar negara yang berpotensi dan menguntungkan dari semasa ke semasa

Mengurus pertukaran asing

  • Memastikan rizab antarabangsa sentiasa mencukupi
  • Mengawal pertukaran asing dan memastikan bahawa nilai mata wang berada dalam keadaan stabil di pasaran kewangan antarabangsa

4. Jurubank kepada bank perdagangan

a) Menyediakan akaun penjelasan antara bank

  • Setiap bank perdagangan mempunyai sebuah akaun penjelasan di bank pusat
  • yang digunakan untuk membayar hutang antara bank akibat pengeluaran cek

b) Menjaga rizab berkanun

  • simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat pada kadar tertentu
  • Kadar rizab berkanun semasa ialah 4%
  • Bermaksud bank perdagangan perlu menyimpan RM4 sekiranya mempunyai wang sebanyak RM100.
  • Perubahan kadar rizab berkanun akan memberi kesan kepada keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman

c) Sumber pinjaman terakhir kepada bank perdagangan

Bank perdagangan yang mengalami masalah kekurangan tunai boleh mendapatkan pinjaman daripada bank pusat


5. Mengawal kestabilan ekonomi

Bank pusat mengawal ekonomi daripada mengalami inflasi dan deflasi dengan menggunakan alat-alat kewangan.


Fungsi Bank perdagangan

Bank perdagangan merupakan bank terbesar dan terpenting dalam industri perbankan. Bank perdagangan dimiliki oleh pihak swasta dan aktivitinya berteraskan keuntungan. Bank perdagangan menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai dengan menerima deposit melalui akaun tetap, simpanan dan semasa. Penubuhan Bank perdagangan perlu mendapat kebenaran Bank Negara Malaysia dan memiliki lesen yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan.

Fungsi Bank perdagangan
Bank perdagangan

Skim Perbankan Konvesional

Skim Perbankan Islam
Tertakluk kepada Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989Dikawal oleh Lembaga Pengawasan syariah 1997
Aktiviti atau operasi berdasarkan kaedah perbankan konvensionalAktiviti atau operasi berdasarkan hukum syarak
Urus niaga berasakan kadar faedah atau ribaUrus niaga berasaskan kadar untung

Perbezaan antara Skim Perbankan Konvensional dan Islam

Menerima deposit

Akaun SimpananAkaun Simpanan TetapAkaun Semasa
Jumlah simpanan minimum lebih rendahJumlah simpanan minimum lebih tinggiJumlah simpanan minimum lebih tinggi daripada akaun simpanan
Faedah yang diberikan lebih rendah berbanding akaun simpanan tetapFaedah yang diberi lebih tinggi mengikut tempoh simpananTiada faedah simpanan (tetapi dikenakan caj perkidmatan)
Boleh mengeluarkan wang simpanan bila-bila masa di kaunter bank, buku simpanan atau mesin ATMWang tidak boleh dikeluarkan sebelum tempoh matang simpanan / faedah tidak akan dibayar jika pemegang akaun mengeluarkan simpanan lebih awalWang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa menggunakan cek atau kad ATM
Pendeposit diberi dokumen Buku Bank atau penyata bankPendeposit diberi dokumen Sijil Simpanan Tetap. Sijil ini boleh dijadikan cagaran untuk mendapatkan pinjaman bank.Pendeposit diberi dokumen Buku Cek
Kemudahan pembayaran bil, bayaran ansuran, GIRO, perbankan internet dan kad ATM disediakanTiada kemudahan disediakanKemudahan yang disediakan adalah sama dengan pemegang akaun simpanan, yang berbeza ialah Kemudahan overdraf dan cek
Perbezaan Ciri Akaun Tabungan, Akaun Simpanan tetap dan Akaun Semasa

Memberi Pinjaman atau Pembiayaan

1. Overdraf

  • Kemudahan yang disediakan kepada pemegang akaun semasa untuk mengeluarkan wang lebih daripada baki simpanannya berdasarkan had yang telah ditetapkan oleh bank.
  • Boleh dipohon oleh pemegang akaun semasa sahaja
  • Pinjaman jangka pendek
KelebihanKekurangan
– Kebiasaannya tidak memerlukan cagaran atau penjamin
– Boleh mengeluarkan wang mengikut keperluan
– Dikenakan faedah untuk jumlah yang digunakan sahaja
– Boleh digunakan oleh peniaga yang menghadapi masalah aliran tunai untuk membayar gaji, sewa atau membeli stok
– Dikenakan faedah yang tinggi
– Bukan semua pemegang akaun semasa yang ditawarkan kemudahan ini
Ada had tertentu yang telah ditetapkan

2. Pinjaman

Pinjaman peribadi

  • Boleh dimohon oleh individu berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai sumber pendapatan yang tetap
  • Merupakan pinjaman jangka pendek untuk membiayai kos pendidikan, pembelian barang tahan lama seperti perabot dan komputer
  • Tidak memerlukan cagaran tetapi memerlukan seorang penjamin
  • Kadar faedah dikenakan ke atas keseluruhan pinjaman yang diluluskan

Pinjaman bercagar

  • Pinjaman untuk membeli aset tetap/hartanah seperti rumah dan tanah
  • Merupakan pinjaman jangka panjang
  • Peminjam diminta mencagarkan hartanya kepada pihak bank untuk memperoleh pinjaman tersebut
  • Kadar faedah dikenakan ke atas keseluruhan pinjaman yang diluluskan
  • Kegagalan membayar balik pinjaman akan mengakibatkan harta yang dicagarkan akan dilelong

Pinjaman kenderaan

  • Kemudahan sewa beli digunakan untuk membiayai pembelian kenderaan baharu dan kenderaan terpakai
  • Bank menawarkan pinjaman sehingga 90% harga kereta dan tempoh bayaran balik sehingga 9 tahun
  • Peminjam dikenakan faedah dan boleh membayar balik secara ansuran

Pinjaman melalui kad kredit

  • Membeli barang atau perkhidmatan secara kredit
  • Bank akan membuat bayaran bagi pihak pengeluar kad kredit dan seterusnya bank akan menuntut bayaran daripada pemilik kad kredit
  • Bayaran akan dibuat secara sepenuhnnya atau secara ansuran setiap bulan oleh pemegang kad kredit
  • Kadar faedah dikenakan ke atas jumlah yang belum diselesaikan

Mendiskaunkan bil pertukaran

  • Bil pertukaran ialah perjanjian yang dilakukan oleh penghutang kepada pemberi hutang
  • Bank membeli bil pertukaran pada harga yang lebih rendah daripada harga muka
  • Apabila pemberi hutang memerlukan wang sebelum bil pertukaran matang, pemberi hutang boleh mendapatkan pinjaman daripada bank perdagangan
  • Bank akan memberikan pinjaman kepada pemberi hutang dengan mendiskaunkan bil pertukaran tersebut
  • Jumlah diskaun ke atas bil pertukaran merupakan kadar faedah yang dikenakan

Menyediakan Kemudahan Pembayaran

Sistem cek

  • Kemudahan bayaran ini hanya disediakan kepada pemegang akaun semasa
  • Biasanya cek digunakan oleh peniaga untuk membayar gaji pekerja, pembelian stok atau perbelanjaan lain
  • Peniaga juda mungkin menerima cek daripada pelanggan untuk perkhidmatan yang disediakan
  • Bank bertindak sebagai ejen pembayar dan penerima bagi pemegang akaun semasa

Arahan kepada bank

Perintah sedia ada

  • Merupakan arahan yang diberi oleh pemegang akaun semasa dan akaun tabungan kepada bank untuk membuat bayaran tetap yang berulangan pada tarikh-tarikh tertentu.
  • Contohnya : bayaran premium insurans, ansuran bulanan rumah / kereta dan lain-lain

Debit langsung

  • Merupakan arahan yang diberi oleh pemegang akaun semasa dan akaun tabungan kepada bank untuk membuat bayaran yang tidak tetap jumlahnya pada tarikh pembayaran yang tidak tetap/pada tarikh yang tertentu kepada penerima bayaran seperti yang dinyatakan dalam bil
  • Contohnya : bayaran bil elektrik dan telefon

Pindahan kredit

  • Bank perdagangan membuat bayaran terus ke dalam akaun penerima – Disediakan oleh bank kepada pemegang akaun semasa dan akaun tabungan
  • Contohnya : pembayaran gaji, bonus, dividen

Kad kredit

  • Kad ini membolehkan pelanggan bank membeli barang dan perkhidmatan secara kredit
  • Bank membiayai perbelanjaan pemegang kad dan pemegang kad boleh membayar balik sekali gus atau secara ansuran
  • Jika pelanggan gagal membayar mengikut tempoh yang telah ditetapkan, kadar faedah yang tinggi akan dikenakan
  • Bagi sesetengah bank, pemegang kad kredit juga dikenakan yuran tahunan.

Draf bank

  • Cek yang dikeluarkan oleh bank atas permintaan pelanggan untuk membuat bayaran kepada pihak tertentu
  • Pelanggan dikenakan caj perkhidmatan
  • Biasanya digunakan untuk membuat pembayaran dan kiriman wang di dalam dan luar negara
  • Memudahkan proses kiriman wang atau pembayaran permohonan untuk melanggan terbitan saham baru

Kad juruwang elektronik (kad ATM)

  • Pelanggan boleh membuat urus niaga kewangan secara layan diri dengan menggunakan kad ATM
  • Contohnya, membuat simpanan dan pengeluaran wang, membuat bayaran, pindahan baki, tambah nilai untuk perkhidmatan Touch’n Go
  • Kad ini bertindak sebagai kad debit apabila membuat bayaran untuk pembelian barang atau urus niaga e-dagang

Konsep Skim Perbankan Islam

Konsep Skim Perbankan Islam merupakan suatu sistem kewangan Islam yang prinsip dan amalannya berlandaskan hukum Islam (syariah). Perbankan Islam berbeza dengan perbankan konvensional dengan segala urusannya menghindari unsur-unsur Maghrib seperti riba, maisir, dan gharar. Prinsip asas perbankan Islam ialah perkongsian untung dan risiko antara pihak yang berurus niaga.

Antara prinsip-prinsip yang diamalkan dalam Skim Perbankan Islam termasuklah:

Wadiah – pemegang amanah

  • Bertindak sebagai wakil untuk menjaga harta pelanggan
  • Bank merupakan pemegang amanah harta pelanggan
  • Bank tidak membayar sebarang pulangan
  • Tetapi pelanggan mungkin menerima hibah (hadiah) daripada bank

Contoh: Akaun semasa, Akaun simpanan

Mudharabah – perkongsian untung

  • Satu bentuk perkongsian dengan bank bertindak sebagai usahawan dan melabur wang pelanggan dalam bidang pelaburan yang menguntungkan
  • Untung akan dibahagikan antara bank dengan pelanggan mengikut nisbah tertentu
  • Sebarang kerugian pelaburan yang bukan disebabkan oleh kecuaian bank akan ditanggung oleh pelanggan

Contoh: Akaun pelaburan am, Akaun pelaburan khas

Bai Bithaman Ajil – jualan secara ansuran

  • Bank menjual barang kepada pelanggan dengan pembayaran tertangguh pada harga tertentu termasuk margin keuntungan yang telah dipersetujui
  • Pelanggan akan membayar harga barang secara ansuran berdasarkan syarat yang telah ditetapkan

Contoh:
– Pembiayaan perumahan
–  Instrumen deposit boleh niaga
–  Pembiayaan kad kredit dan umrah

Takjiri – pindah milik harta sewa

  • Bank membeli aset yang diperlukan oleh pelanggan dan pelanggan perlu membayar sewa untuk tempoh tertentu
  • Selepas tamat tempoh, aset yang disewa akan dipindah milik kepada pelanggan

Contoh:
–  Pembelian kenderaan
–  Pembelian mesin
–  Pembelian bon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page