Pertukaran asing merujuk kepada mata wang negara lain yang dimiliki oleh sesebuah negara.
Nota Ringkas: Kadar Pertukaran Asing (RM meningkat)
– Harga eksport mahal
– Harga import murah
– Nilai eksport menurun
– Nilai import meningkat
Kandungan
Kepentingan Pertukaran Asing
Membiayai import
Malaysia mengimport barangan Jepun dan membayar menggunakan mata wang Yen.
Membayar balik pinjaman luar negara
Mata wang asing diperlukan untuk membayar hutang negara yang dibuat dari negara lain.
Membuat pelaburan di luar negara
Negara yang mempunyai banyak pertukaran asing akan menggalakkan rakyatnya melabur di luar negara untuk memperoleh pulangan yang lebih tinggi.
Mempertahankan nilai mata wang negara
Nilai mata wang tempatan berbanding mata wang asing tertentu boleh dikawal oleh bank negara dengan membeli atau menjual mata wang negara di pasaran mata wang asing.
Bank pusat sesebuah negara akan menggunakan rizab asing negara untuk membeli mata wang negara apabila nilainya jatuh dan sebaliknya.
Pengiraan Kadar Pertukaran Asing
Kadar pertukaran asing merujuk kepada harga mata wang sesebuah negara yang dinyatakan dalam nilai mata wang asing. Contohnya, kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Amerika ialah RM4.25 = USD 1
Harga kadar pertukaran asing ditentukan apabila berlaku keseimbangan permintaan dan penawaran mata wang asing di pasaran. Nilai sesuatu mata wang akan meningkat (menurun) apabila berlaku lebihan permintaan (penawaran).
Harga Jualan Mata Wang | Harga Belian Mata Wang |
---|---|
Harga jualan mata wang bermaksud harga bank atau money trader menjual mata wang asing untuk mendapatkan mata wang tempatan sesebuah negara | Harga belian mata wang merujuk kepada harga bank atau money trader membeli mata wang asing dengan menukarkan mata wang tempatan sesebuah negara. |
Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Amerika:

(a) Menukarkan Ringgit Malaysia kepada mata wang asing
Andaikan seorang pengimport di Malaysia telah mengimport barang elektronik yang bernilai RM796 500 dari Amerika Syarikat. Berapakah jumlah mata wang Dolar Amerika yang diperlukan oleh pengimport tersebut untuk membuat bayaran kepada pengeksport di Amerika Syarikat?
Cara penyelesaian:
Bank atau money trader akan menjual Dolar Amerika kepada pengimport dan menerima bayaran dalam Ringgit Malaysia. Oleh itu, harga jualan akan digunakan dalam pengiraan ini. Berdasarkan maklumat pertukaran asing yang diberikan, harga jualan bagi satu unit Dolar Amerika ialah RM4.4290.

(b) Menukarkan mata wang asing kepada Ringgit Malaysia
Andaikan seorang pengimport di Amerika Syarikat telah mengimport barang yang bernilai USD36 000 dari Malaysia. Berapakah jumlah mata wang Ringgit Malaysia yang diperlukan oleh pengimport tersebut untuk membuat bayaran kepada pengeksport di Malaysia?
Cara penyelesaian:
Bank atau money trader akan membeli Dolar Amerika daripada peniaga dan membayar dalam Ringgit Malaysia. Oleh itu, harga belian akan digunakan dalam pengiraan ini. Berdasarkan maklumat pertukaran asing yang diberikan, harga belian bagi satu unit Dolar Amerika ialah RM4.4250.

Hubungan antara mata wang tepatan dengan mata wang asing adalah seperti yang berikut :

Faktor yang Mempengaruhi Permintaan dan Penawaran Mata Wang Asing
Harga belian dan jualan mata wang asing adalah dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran mata wang tersebut dalam pasaran pertukaran asing. Antara faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran mata wang asing adalah seperti yang berikut:
Faktor | Permintaan DD / Penawaran SS RM | Perminaraan DD / Penawaran SS Wang Asing (USD) |
---|---|---|
Eksport negara (Msia) ↑ | DD RM ↑ | SS USD ↑ untuk membeli RM |
Eksport negara (Msia) ↓ | DD RM ↓ | SS USD ↓ untuk membeli RM |
Import negara (Msia) ↑ | SS RM ↑ untuk membeli USD | DD USD ↑ untuk membeli RM |
Import negara (Msia) ↓ | SS RM ↓ untul membeli USD | DD USD ↓ untuk membeli RM |
Kadar faedah (Msia) ↑ | DD RM ↑ | SS USD ↑ untuk melabur di Malaysia |
Kadar faedah (Msia) ↓ | DD RM ↓ | SS USD ↓ untuk melabur di Malaysia |
Kadar faedah (USA) ↑ | SS RM ↑ untuk melabur di USA | DD USD ↑ |
Kadar faedah (USA) ↓ | SS RM ↓ untuk melabur di Amerika Syarikat | DD USD ↓ |
Cita rasa pengguna barangan import berkurang | SS RM ↓ | DD USD ↓ |
Cita rasa pengguna barangan import bertambah | SS RM ↑ | DD USD ↑ |
Ramalan RM akan naik masa depan | DD RM sekarang ↑ | SS USD ↑ untuk membeli RM |
Ramalan RM akan turun masa depan | DD RM ↓ | SS USD ↓ untuk membeli RM |
Analisis Penentuan dan Perubahan Kadar Pertukaran Asing
Penentuan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dolar Amerika (USD) dapat diterangkan melalui rajah berikut:

- Keseimbangan, titik E0 , keluk permintaan Dolar Amerika (DD) bersilang
dengan keluk penawaran Dolar Amerika (SS) pada kadar pertukaran USD1.00 = RM4.50. - Andaikan kadar pertukaran meningkat menjadi USD1.00 = RM5.00, ini bermakna nilai RM telah mengalami kejatuhan nilai.
- Keadaan ini akan menyebabkan wujudnya lebihan penawaran Dolar Amerika sebanyak Q1 Q2 dalam pasaran.
- Lebihan penawaran Dolar Amerika menyebabkan kadar pertukaran cenderung untuk menurun sehingga mencapai keseimbangan semula pada titik E0 iaitu keluk DD bersilang dengan keluk SS pada kadar pertukaran USD1.00 = RM4.50.
- Sebaliknya. andaikan kadar perlukaran menurun menjadi USD1.00 – RM4.00, ini bermakna nilai RM mengalami kenaikan nilai.
- Keadaan ini menyebabkan wujudnya lebihan permintaan Dolar Amerika sebanyak Q1 Q2 dalam pasaran.
- Lebihan permintaan Dolar Amerika menyebabkan kadar perlukaran cenderung untuk naik sehingga mencapai keseimbangan semula pada titik E0 iaitu keluk DD bersilang dengan keluk SS pada kadar pertukaran USD1.00 = RM4.50.
Kesan Perubahan Kadar Pertukaran Asing terhadap Eksport dan Import
Kesan perubahan kadar pertukaran RM ke atas eksport dan import Malaysia.
Kenaikan Kadar Pertukaran RM
S$1.00 = RM 2.90 > S$1.00 = RM 2.50
Kesan perubahan:
- nilai RM naik
- jumlah eksport menurun
- jumlah import bertambah
- harga eksport barang nampah lebih mahal
- harga import barang nampak lebih murah
- imbangan dagangan negatif / kurangan.
Penurunan Kadar Pertukaran RM
S$1.00 = RM 2.90 > S$1.00 = RM 3.50
Kesan perubahan:
- nilai RM jatuh
- jumlah eksport meningkat
- jumlah import berkurang
- harga eksport barang nampak lebih murah
- harga import barang nampak lebih mahal
- imbangan dagangan positif / lebihan
Kesan perubahan import dan eksport terhadap kadar pertukaran RM
Bentuk sekatan PAB seperti tarif / kuota / kawalan pertukaran asing / subsidi /sekatan bukan ekonomi akan menyebabkan perubahan import dan eksport.
Kenaikan barang nampak eksport | a. Permintaan RM meningkat b. Permintaan > penawaran c. Kadar pertukaran RM meningkat |
Penurunan barang nampak import | a. Penawaran RM menurun b. Permintaan > penawaran c. Kadar pertukaran RM meningkat |
Kenaikan barang nampak import | a. Penawaran RM meningkat b. Penawaran > permintaan c. Kadar pertukaran RM menurun |
Penurunan barang nampak eksport | a. Permintaan RM menurun b. Penawaran > permintaan c. Kadar pertukaran RM menurun |