Penawaran merupakan kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang sanggup dan mampu dikeluarkan oleh firma pada suatu tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu.
Kandungan
Hukum Penawaran
Hukum Penawaran menjelaskan bahawa semakin tinggi tingkat harga, semakin banyak barang yang sanggup dikeluarkan oleh pengeluar.
RINGKASAN | HUBUNGAN |
---|---|
P↑Qs↑ | Apabila harga barang meningkat, kuantiti barang yang ditawarkan akan meningkat |
P↓Qs ↓ | Apabila harga barang menurun, kuantiti barang yang ditawarkan akan berkurangan |
Maka hubungan antara harga barangan dengan kuantiti ditawarkan adalah positif / langsung.
Penawaran Firma
Kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah firma pada suatu tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu.
Hubungan positif antara harga barang dengan kuantiti ditawarkan dapat digambarkan melalui jadual penawaran dan keluk penawaran.
Keluk Penawaran Firma dan Pasaran
Keluk Penawaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan. Hubungan antara harga barangan dengan kuantiti ditawarkan adalah positif / langsung.

Pada harga RM2 seunit, kuantiti yang ditawar ialah 5 unit. Apabila harga turun kepada RM1 seunit, kuantiti yang ditawar menurun kepada 3 unit. Apabila harga naik kepada RM3 seunit, kuantiti yang ditawar meningkat kepada 7unit. Keluk SS mencerun ke atas dari kiri ke kanan. Keluk SS menunjukkan hubungan langsung antara harga dan kuantiti ditawarkan
Penawaran pasaran
Kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh semua firma dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Penawaran pasaran diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti ditawarkan oleh setiap firma dalam pasaran.
HARGA | KUANTITI DITAWARKAN (FIRMA A) | KUANTITI DITAWARKAN (FIRMA B) | PASARAN |
---|---|---|---|
RM 2 | 2 unit | 4 unit | 6 unit |
RM 4 | 3 unit | 6 unit | 9 unit |
Keluk penawaran pasaran

- Pada harga RM 2, penawaran pasaran adalah sebanyak 6 unit iaitu Firma A (2 unit) dan Firma B (4 unit) seperti yang ditunjukkan pada titik Q.
- Pada harga RM 4, penawaran pasaran adalah sebanyak 9 unit iaitu Firma A (3 unit) dan Firma B (6 unit) seperti yang ditunjukkan pada titik P.
- Keluk penawaran pasaran terbentuk apabila titik Q dan P disambungkan
- Keluk penawaran pasaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan
- Menunjukkan hubungan positif antara harga dengan kuantiti ditawarkan.
Fungsi Penawaran
Persamaan yang menunjukkan hubungan antara kuantiti barang ditawarkan pada pelbagai tingkat harga.
Qsx = a + bPx
Qdx = kuantiti ditawarkan brg X
a = pintasan pd paksi kuantiti
b = kecerunan
Px = harga barang X
Penentu Penawaran
Harga barang itu sendiri
Peningkatan harga sesuatu barang akan meningkatkan kuantiti ditawar barang tersebut. Ini menunjukkan bahawa hubungan antara harga dengan kunatiti yang ditawarkan adalah positif.
Bukan harga barang itu
a) Harga faktor pengeluaran
Apabila harga faktor pengeluaran seperti sewa tanah, upah buruh dan harga bahan mentah berkurangan ini menyebabkan kos pengeluaran menurun, maka penawaran akan meningkat.
b) Tingkat teknologi
Penggunaan teknologi yang canggih/moden menyebabkan kos pengeluaran berkurangan, maka penawaran meningkat.
c) Jangkaan harga pada masa hadapan
Jika harga dijangka meningkat pada masa hadapan, maka penawaran akan menurun pada masa kini
d) Cuaca
Apabila cuaca baik maka penawaran akan meningkat.
e) Matlamat pengeluar
– Jika matlamat pengeluar untuk memaksimumkan keuntungan, maka firma akan mengurangkan pengeluarannya. Kerana penawaran/pengeluaran yang berlebihan akan menyebabkan harga barang turun.
– Jika matlamat pengeluar adalah untuk memaksimumkan jualan, firma akan meningkatkan pengeluaran dengan sebanyak mungkin.
f) Dasar kerajaan
Apabila kerajaan beri subsidi atau taraf perintis kepada pengeluar maka, penawaran akan meningkat.
Perubahan penawaran
Perubahan kuantiti ditawarkan dan perubahan penawaran adalah berbeza di antara satu dengan lain. Perubahan kuantiti ditawarkan berlaku disebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri. Perubahan penawaran disebabkan oleh faktor-faktor lain yang mempengaruhi penawaran. Misalnya tingkat teknologi, harga factor, bilangan pengeluar dan lain-lain lagi.
Perubahan kuantiti ditawarkan (∆Qs)

- merujuk kepada pergerakan di sepanjang keluk penawaran sama ada ke kiri atau ke kanan yang disebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri.
- Apabila harga naik dr P ke P2, menyebabkan kuantiti ditawarkan naik dari Q kpd Q1
- Pergerakan pada keluk SS dr titik e ke f dikenali sebagai pengembangan penawaran
- Sebaliknya, apabila harga turun dr P ke P1 menyebabkan kuantiti ditawarkan turun dr Q ke Q2
- pergerakan pada keluk SS dr titik e ke d dikenali sebagai penguncupan penawaran
Perubahan penawaran (∆SS)

- merujuk kepada peralihan keluk penawaran sama ada ke kiri atau ke kanan yang disebabkan faktor selain drp harga barang itu sendiri misalnya perubahan teknologi.
- Peningkatan teknologi pengeluaran menyebabkan kuantiti ditawarkan meningkat dari Q kpd Q1.
- Oleh itu keluk penawaran beralih ke kanan dr SS ke S1S1. Ini dikenali sebagai pertambahan penawaran
- Sebaliknya, Kemorosotan teknologi pengeluaran menyebabkan kuantiti ditawarkan turun dari Q1 kpd Q.
- Oleh itu keluk penawaran beralih ke kiri dr S1S1 ke SS. Ia dikenali sebagai pengurangan penawaran.
Faktor keluk beralih ke kanan
- Harga faktor pengeluaran – menurun
- Jangkaan harga masa depan – menurun
- Cuaca baik
- Tingkat teknologi berkembang / moden
- Matlamat pengeluar – maksimum kan pengeluaran
- Dasar kerajaan – pemberian subsidi
Faktor keluk beralih ke kiri
- Harga faktor pengeluaran – meningkat
- Jangkaan harga masa depan – meningkat
- Cuaca buruk
- Tingkat teknologi kuno/mundur
- Matlamat pengeluar – maksimum kan keuntungan
- Dasar kerajaan – penghapusan subsidi