Faktor-Faktor Pemilihan pekerjaan iaitu upah wang dan lain-lain. Pendapatan Individu merupakan jumlah pendapatan daripada faktor yang produktif dan faktor yang tidak produktif.
Kandungan
Jenis-Jenis Pekerjaan Mengikut Sektor
Setiap pekerjaan dapat dikategorikan mengikut sektor ekonomi dalam sesebuah negara iaitu : Sektor utama, Sektor kedua dan Sektor utama Sektor kedua.
Sektor utama / pertama / primer
Sektor utama mengeluarkan hasil daripada alam semulajadi / hasil bumi tanpa mengubah bentuk asal barang berkenaan. Sektor ini penting dalam menyediakan bahan mentah kepada industri tempatan
Sektor utama terbahagi kepada :
- Pertanian, perikanan dan penternakan
- Perhutanan dan pembalakan
- Perlombongan dan kuari
Contoh pekerjaan : petani, nelayan, penternak, pelombong, pembalak
Sektor kedua / sekunder
Sektor kedua ialah aktiviti memproses barang-barang yang dihasilkan daripada sektor utama menjadi barang separuh siap dan barang siap.
Sektor kedua terbahagi kepada :
- Perkilangan – hasilkan brg elektrik & elektronik, kain & tekstil dll
- Pembinaan – membina rumah, kedai, jalan raya
Contoh pekerjaan : pengurus kilang, jurutera kilang, operator, buruh binaan
Sektor ketiga / perkhidmatan
Sektor ketiga merupakan sektor ekonomi yang memberi dan mengeluarkan perkhidmatan.
Sektor ketiga terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu :
- Perkhidmatan pengeluaran – pengangkutan, perbankan, insurans
- Perkhidmatan awam – pertahanan, pendidikan, infrastruktur
- Perkhidmatan lain – sosial, perhotelan, persendirian (salon,solekan)
Contoh pekerjaan : jurutera elektrik, pemandu, pegawai bank, peniaga, guru, doktor
Kepentingan Sektor Di Malaysia
Kepentingan Setiap Sektor Dari Segi Pekerjaan Mengikut Trend Di Malaysia.
Awal kemerdekaan
- Getah ialah eksport utama Malaysia
- Sebahagian besar guna tenaga terlibat dalam aktiviti pertanian & perlombongan
- Kebanyakan barang pengguna diimport dari Britain
Perubahan struktur ekonomi negara 1960-an
- Kerajaan memperkenalkan dasar mempelbagaikan ekonomi – memberi tumpuan kepada sektor kedua dan ketiga
- Kerajaan menggalakkkan aktiviti penggantian import khususnya perkembangan industri ringan
- Sumbangan sektor kedua – sektor pembuatan semakin meningkat
Perubahan struktur ekonomi negara 1970-an
- Kerajaan memperkenalkan tanaman komersial seperti kelapa sawit dan koko
- Penemuan telaga minyak di persisir pantai Sarawak – sektor perlombongan
- Dasar industri berorientasikan eksport – dalam insdustri perkilangan ringan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
- Penubuhan Petronas pada 17 Ogos 1974 menjadikan Malaysia sebagai Negara pengeksport minyak bersih
Perubahan struktur ekonomi negara 1980-an
- Kerajaan telah melancarkan dasar perindustrian berat untuk membangunkan projek domestik berskala besar, berteknologi tinggi dan bermodal tinggi
- Kerjasama dengan dengan syarikat asing khususnya Jepun yang mempunyai teknologi canggih berjaya menghasilkan pekerja berkemahiran tinggi
- Malaysia menjadi pengeluar terbesar di dunia untuk barangan seperti sarung tangan getah dan semikonduktor
- Penubuhan Proton pada 7 Mei 1983 untuk mencapai negara perindustrian
Perubahan struktur ekonomi negara 1990-an
- Ekonomi berasaskan pengetahuan mementingkan inovasi dan pengetahuan
- Dengan pengisytiharan Wawasan 2020, kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC), pembangunan sumber manusia serta pelbagai insentif dan pembiayaan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains & teknologi
- Strategi untuk bertujuan untuk mengubah struktur ekonomi berasaskan pengeluaran (P-ekonomi) kepada ekonomi berasaskan pengetahuan (K-ekonomi).
- Kerajaan melaksanakan dasar penswastaan untuk menambahkan peranan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi Malaysia
Perubahan struktur ekonomi negara 2000 – sekarang
- Ekonomi Malaysia semakin makmur di bawah pelbagai polisi ekonomi yang efektif
- Kerajaan telah melaksanakan Program Transformasi Negara (NTP) pada tahun 2010 untuk meningkatkan peranan sector swasta dalam ekonomi dan meningkatkan daya saing ekonomi
- Strategi pembangunan sosioekonomi dan pembangunan 5 wilayah koridor ekonomi telah diperkenalkan untuk mencapai pertumbuhan seimbang di seluruh Malaysia
- Usaha kerajaan ini telah menjadikan sektor ketiga sebagai pemacu ekonomi negara
Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Pekerjaan

Upah wang
- Ganjaran yang diterima oleh individu yang bekerja dengan majikan / orang lain o Upah mungkin dibayar mengikut jam atau bilangan hari bekerja
- Penentu utama pemilihan pekerjaan
- Semakin tinggi upah wang, semakin ramai individu akan menceburi pekerjaan tersebut
- Kadar upah yang dibayar bergantung kepada pengalaman kerja dan kemahiran yang dimiliki, kelayakan akademik, risiko pekerjaan, kesatuan sekerja dan faktor permintaan dan penawaran buruh
Faedah sampingan
- Insentif yang diberikan oleh seseorang majikan kepada pekerja agar lebih bermotivasi atau kekal bekerja dengannya
- Contoh faedah sampingan – bonus tahunan, perkhidmatan perubatan uniform percuma , tempat tinggal, skim insurans, pinjaman, elaun dan lain-lain
Jaminan kerja
- Individu tertarik dengan pekerjaan yang mempunyai jaminan kerja yang tinggi o Pekerja sektor awam mempunyai jaminan kerja yang lebih tinggi berbanding pekerja sektor swasta
- Pekerjaan seperti operator tol mempunyai jaminan kerja yang rendah kerana perkembangan teknologi (contoh ; touch n go / smart tag)
Jarak
Jika jarak tempat kerja dengan kediaman individu dekat, mereka cenderung memilih pekerjaan tersebut dan sebalik jika jarak jauh biasanya individu kurang beminat dengan pekerjaan tersebut.
Suasana tempat kerja
- Individu suka bekerja di tempat kerja yang selesa dan selamat
- Individu juga ingin bekerja dengan rakan sekerja yang mesra serta diberi waktu rehat yang kerap
- Pekerjaan yang memberi lebih keselesaan akan menjadi pilihan individu.
Kepuasan kerja
- Kecenderungan individu memilih pekerjaan yang akan memberi kepuasan kepadanya
- Jika individu minat dalam bidang computer, maka ia pilih pekerjaan spt jurutera komputer / pengaturcara program dan sebagainya.
Kelayakan akademik dan kemahiran
- Sesetengah pekerjaan memerlukan kelulusan akademik / kemahiran.
- Individu layak memohon sesuatu pekerjaan jika mempunyai kelulusan akademik / kemahiran yang sesuai seperti ditetapkan.
Prospek pekerjaan
- Berkaitan masa depan pekerjaan – cerah / berpotensi.
- Pekerjaan yang mempunya prospek yg baik seperti kenaikan pangkat , individu lebih tertarik dengan pekerjaan tersebut, sebaliknya jika pekerjaan tiada prospek individu kurang minat pekerjaan tersebut.
Keadaan ekonomi semasa
Ekonomi meleset, sukar untuk individu memilih pekerjaan kerana peluang kerja terhad , sebaliknya keadaan ekonomi baik (melambung) wujud banyak peluang kerja dan individu lebih mudah mencari pekerjaan.
Waktu bekerja
- Waktu pejabat biasa / shift / waktu kerja tidak tetap
- Individu suka memilih pekerjaan pada waktu pejabat biasa.
Pengaruh Keluarga
Individu yang memilih sesuatu pekerjaan mengikut jejak langkah ibu bapa mereka. Contoh ibu bapa bekerja sebagai peguam, berkemungkinan anak akan bekerja sebagai peguam juga.
Saiz firma
Individu lebih tertarik untuk bekerja di firma yang bersaiz lebih besar.
Jenis-jenis Pendapatan Individu
Pendapatan individu merujuk kepada ganjaran berbentuk wang yang diterima oleh individu dalam tempoh masa tertentu
Pendapatan Individu dibahagikan kepada dua jenis iaitu : Pendapatan produktif dan Pendapatan tidak produktif.
Pendapatan faktor produktif
Merujuk faktor pengeluaran yang memberi sumbangan dalam ekonomi seperti :
Upah wang
Ganjaran yang diterima oleh buruh yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran.Upah diterima oleh individu yang bekerja dengan orang lain / majikan
Faedah
Ganjaran yang diterima oleh pemilik modal kerana kesanggupan menangguhkan perbelanjaannya pada masa sekarang / kesanggupan menghadapi risiko.
Sewa
Ganjaran kepada pemilik harta kerana memberi hak penggunaan harta kepada orang lain yang penawarannya terhad.
Untung
Ganjaran yang diterima oleh usahawan yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran.
Dividen
Sebahagian daripada keuntungan syarikat yang dibayar kepada pemegang saham, contohnya dividen ASB / dividen KWSP
Pendapatan tidak produktif
Bayaran yang diterima oleh seseorang individu tanpa menyumbangkan apa- apa terhadap proses pengeluaran.
Contoh : bayaran pencen, biasiswa, hadiah, bantuan kebajikan
Pendapatan individu
Pendapatan individu = upah + faedah + sewa + dividen + untung + bayaran pindahan
Jenis Pendapatan Individu
UPAH/GAJI
- Ganjaran yang dibayar kepada buruh atas sumbangan tenaga fizikal dan mental terhadap proses pengeluaran
- Upah dibayar mengikut masa bekerja atau mengikut output yang dihasilkan
Upah terbahagi kepada 2 :Upah wang danUpah benar
Upah wang / upah nominal
- Upah yang diterima oleh seseorang pekerja pada suatu masa tertentu
Upah benar
- kuasa beli upah wang dan kemampuan seseorang individu gunakan upah wang untuk beli barang dan perkhidmatan
- upah benar dapat menentukan taraf hidup
- upah benar dipengaruhi oleh harga barang
- kenaikan harga barang akan menyebabkan upah benar menurun (hubungan positif)

FAEDAH
Faedah = Jumlah simpanan (RM) X Kadar faedah (%) X Tempoh simpanan (TAHUN)
- Ganjaran yang diterima oleh pemilik modal wang
- Diterima oleh individu yang menyimpan wang di bank atau memberi pinjaman kepada orang lain
- Faedah dibayar kerana individu sanggup menangguhkan perbelanjaannya pada masa sekarang dan berpisah dengan wang tunai serta menanggung risiko kejatuhan nilai wang
SEWA
- Ganjaran kepada pemilik faktor tanah seperti tanah, bangunan dan rumah kerana beri hak penggunaan harta berkenaan kepada orang lain yang penawarannya terhad
- Kadar sewa bergantung kepada permintaan, lokasi dan kegunaan tanah
UNTUNG
Untung = Jumlah Hasil – Jumlah Kos
- Ganjaran yang diterima oleh usahawan
- Usahawan akan kombinasikan sumber-sumber ekonomi untuk keluarkan barang
- Usahawan menerima untung kerana berani menanggung risiko, mengeluarkan idea perniagaan serta menguruskan perniagaan dengan jayanya
DIVIDEN
- Sebahagian daripada pendapatan syarikat yang diagihkan kepada pemegang- pemegang saham bagi setiap unit saham yang dimiliki
- Contoh : ASB, ASN
- Dividen juga dibayar kepada individu yang menyimpan wangnya di Bank Islam.
BAYARAN PINDAHAN
- Pendapatan atau wang yang diterima oleh seseorang indvidu yang tidak memberi sumbangan dalam proses pengeluaran dalam ekonomi
Contoh : pencen, biasiswa, subsidi petani, bantuan orang cacat, hadiah, kebajikan masyarakat, buku teks, pampasan, derma
Kaitan Antara Pelbagai Kerjaya Dengan Matlamat Peribadi

Pilihan kerjaya
Pekerjaan yang berisiko tinggi biasanya dibayar gaji yang lebih tinggi berbanding pekerjaan yang berisiko rendah
- Contohnya: gaji pekerja industri minyak dan gas lebih tinggi berbanding kerani akaun
Pilihan pendidikan
Individu yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi lazimnya menerima gaji yang lebih tinggi berbanding individu yang mempunyai kelayakan akademik yang rendah
- Contohnya: individu berkelulusan diploma lebih tinggi gajinya berbanding kelulusan SPM sahaja
Kemahiran
Individu yang mempunyai kemahiran khusus seperti IT, lesen memandu atau mempunyai kemahiran bertutur lebih dari 1 bahasa menerima gaji yang lebih tinggi
Keusahawanan
Individu yang mempunyai sifat keusahawan seperti kebolehan mencipta sesuatu, mengubahsuai produk sedia ada, berani menanggung risiko serta berwawasan mampu memperoleh pendapatan yang tinggi
Keadaan ekonomi
Individu yang dibayar gaji lebih tinggi semasa ekonomi melambung dan sebaliknya dibayar gaji rendah semasa ekonomi meleset