Nota Ekonomi T5 Bab2 – Perdagangan Antarabangsa

Perdagangan antarabangsa merujuk kepada urusan jual beli dan perkhidmatan antara sebuah negara dengan negara yang lain.

Kandungan

Perdagangan Antarabangsa

Perdagangan antarabangsa wujud kerana kerana negara-negara yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa dapat mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan pada keluk kemungkinan pengeluran tetapi mencapai penggunaan di luar keluk tersebut.

Setiap negara akan berusaha memperluaskan pasaran barangannya dan menambahkan pendapatan negara melalui ekport.

ImportEksportEntrepot
Membeli barang dan perkhidmatan dari negara lainJualan barang dan perkhidmatan kepada negara lainMembeli barang dari luar negara dan menjual semula kepada negar lain.
Berlaku apabila sesuatu barangan tidak dikeluarkan atau mencukupi untuk keperluan rakyatBerlaku apabila pengeluaran berangan melebihi penggunaan atau keperluan rakyatBerlaku apabila sesebuah negara memproses barang import dan mengeksportnya semula ke negara lain
Contoh:
Buah-buhan mediterranean
Contoh: Getah, kelapa sawit, petroleumContoh: Malaysia mengimport bahan kimia untuk mengeluarkan produk petrokimia untuk tujuan eksport
Perdagangan Antarabangsa

Faktor Wujud Perdagangan Antarabangsa

Sumber semulajadi

  • Sumber semulajadi dianugerahkan oleh Tuhan berlainan kepada setiap negara
  • Negara yang kaya dengan sesuatu sumber semulajadi akan mengeksport sumber ke negara lain.
  • Contohnya, negara yang kaya dengan minyak petroleum seperti Arab Saudi dan Iran akan mengeksport minyak.

Iklim dan jenis tanih

  • Keluaran hasil pertanian dan perhutanan sesebuah negara berbeza akibat daripada perbezaan iklim dan jenis tanih.
  • Mempengaruhi jenis keluaran pertanian sesebuah negara. Ini bermakna sesebuah negara perlu mengimport hasil pertanian dari negara lain untuk memenuhi keperluan rakyatnya.
  • Contohnya ; Malaysia dianugerahkan Tuhan dengan iklim khatulistiwa dan jenis tanah yang sesuai untuk penanaman kelapa sawit.

Tingkat kecekapan teknologi

  • Pengkhususan dan proses pengeluran yang lebih cekap membolehkan sesebuah negara mengeluarkan sesuatu barangan dengan kos pengeluaran yang lebih rendah.
  • Kecekapan pengeluaran hasil daripada kos pengeluaran yang murah mendorong kos faktor pengeluran secara besar-besaran dan seterusnya mengeksportkannya ke negara lain.
  • Faedah berbanding ialah faedah yang dinikmati oleh sesebuah negara yang sanggup mengeluarkan sesuatu barang dengan harga relatif atau kos lepas yang rendah
  • Contohnya,Thailand berkeupayaan mengeksportkan beras ke Malaysia dan Singapura pada harga yang murah kerana tingkat kecekapannya yang tinggi dalam penghasilan beras.

Budaya masyarakat

  • Budaya masyarakat yang berbeza akan mempengaruhi kecenderungan masyrakat dalam pengeluaran sesuatu barangan.
  • Perbezaan budaya masyarakat biasanya melibatkan kemahiran dan minat pekerja. Contohnya, Perancis terkenal sebagai pusat fesyen pakaian dunia.

Harga faktor

  • Upah buruh, sewa tanah dan faedah modal akan mempengaruhi pemilihan teknik pengeluaran bagi sesuatu barang danperkhidmatan.
  • Bilangan buruh yang banyak dan kadar upah yang lebih murah membbolehkan pengkhususan dalam pengeluaran tekstil yang berintensifkan buruh
  • Barang modal yang lebih murah dan cekap akan mengkhusus kepada pengeluaran barang seperti kapal terbang yang berintensifkan modal
  • Contohnya, minyak kelapa sawit dari Malaysia mampu bersaing dengan minyak kacang soya dari Amerika Syarikat.

Citarasa pengguna

  • Citarasa masyarakat daripada pelbagai kaum adalah berbeza dan sukar dipenuhi.
  • Para peniaga mengimport pelbagai jenis barang dari luar negara untuk memenuhi citarasa pengguna
  • Kehendak terhadap kereta mewah atau pakaian berjenama menyebabkan barang tersebut diimport.

Kepentingan Perdagangan Antarabangsa

Perdagangan Antarabangsa membawa banyak manfaat kepada individu, masyarakat, atau negara.

Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan di dalam negara

  • Akibat daripada perbezaan iklim, jenis tanih, dan anugerah sumber semulajadi
  • Barang yang tidak dikeluarkan di dalam negara dapat diperoleh dari negara lain
  • India dan China akan import minyak kelapa sawit dari negara kita
  • Rakyat Malaysia dapat nikmati buah sitrus melalui perdagangan antarabangsa dengan Amerika Syarikat dan China

Meluaskan pasaran

  • Mempunyai pasaran yang lebih luas
  • Kuantiti jualan meningkat
  • Keuntungan firma tempatan meningkat

Menambah pendapatan negara

  • Kerajaan dapat mengutip duti import dan eksport
  • Disebabkan peningkatan keuntungan firma tempatan
  • Cukai keuntungan syarikat yang dikutip oleh kerajaan meningkat
  • kerajaan menambah peruntukan untuk projek pembangunan negara

Menggalakkan pemindahan dan penggunaan teknologi

  • Membuka peluang bagi kemasukan kemahiran, pengalaman dan pengetahuan teknologi terkini dari luar negara
  • Untuk meningkat kan daya pengeluaran dan memajukan industri tempatan
  • Import mesin, jentera dan peralatan moden yang lebih canggih

Menikmati barang dengan harga yang lebih murah

  • Peningkatan dalam daya pengeluaran dan kemahiran sumber manusia
  • Amerika Syarikat berjaya keluarkan kapal terbang pada harga yang lebih rendah
  • Melakukan aktiviti import dan eksport untuk memperoleh manfaat masing-masing
  • Malaysia dapat keluarkan minyak kelapa sawit pada harga yang lebih murah
  • Pengeluaran barang dilakukan secara besar- besaran
  • Kos yang lebih murah dan mutu yang lebih baik

Meningkatkan kecekapan pengeluaran

  • Persaingan dalam pasaran dunia menggalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D)
  • Kaedah paling cekap menghalang firma monopoli daripada kenakan harga yang tinggi
  • Mewujudkan persaingan antara pengeluar dan barang yang dikeluarkan
  • Persaingan yang timbul mendorong pengeluar untuk keluarkan barang yang lebih bermutu

Menawarkan pilihan pengguna yang pelbagai

  • Pelbagai jenis barang berjaya diimport untuk penuhi keperluan dan kehendak pengguna tempatan
  • Masyarakat mempunyai pelbagai pilihan mengikut citarasa dan kemampuan mereka
  • Pilihan luas meningkatkan kepuasan dan taraf hidup pengguna

Menambah peluang pekerjaan

  • Permintaan semakin meningkat terhadap barang eksport
  • Wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan kurangkan masalah pengangguran
  • Mendorong pengeluar tempatan dan pelabur asing besarkan skala keluarannya
  • Untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum

Menggalakkan mobiliti tenaga buruh

  • Indonesia dan Bangladesh mempunyai ramai tenaga buruh berhijrah ke Malaysia untuk bekerja
  • Tenaga buruh dapat bergerak ke negara lain
  • Malaysia kurang tenaga buruh mahir telah import tenaga buruh dari negara maju

Menggalakkan pelaburan

  • Kebenaran berkongsi diberi oleh Malaysia dalam sektor penerbangan, perhubungan dan kewangan menggalakkan kemasukan pelabur asing
  • Perkongsian pintar yang diadakan dengan pelabur asing bantu percepatkan pertumbuhan ekonomi
  • Dasar ekonomi diamalkan oleh sesebuah negara
  • Menggalakkan kemasukan pelaburan langsung asing

Mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang

  • Mewujudkan semangat saling membantu antara satu negara dengan negara yang lain
  • Untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik
  • Berjaya wujudkan kerjasama antara negara rakan dagang

Keburukan Perdagangan Antarabangsa

  • Merugikan negara membangun
  • Terlalu bergantung kepada industri import dan eksport
  • Mengamalkan pengkhususan berlebihan
  • Kurang mobiliti sumber
  • Mengamalkan dasar perlindungan
  • Menimbulkan masalah lambakan
  • Menyebarkan budaya tidak sihat

Sekatan Perdagangan Antarabangsa

Dasar perdagangan luar oleh kerajaan sesebuah negara untuk mengawal eksport dan import negara.

Sekatan Perdagangan Antarabangsa
Sekatan Perdagangan Antarabangsa

Tarif

Cukai yang dikenakan atas barang yang diimport dari luar negara. Pengenaan tarif akan menyebabkan harga barang import meningkat dan secara relatifnya lebih mahal berbanding dengan barang keluaran tempatan.

Tariff terbahagi kepada dua jenis iaitu :

SpesifikAd valorem
Cukai tetap yang dikenakan atas unit / kuantiti setiap barang yang diimport.Cukai import yang dihitung berdasarkan harga barang import.
Jika tarif ialah RM30 setiap 100 kilogram beras import, cukai import beras tersebut adalah tetap, tidak kira harga beras import naik atau turun.Jika tarif ialah 50%, maka barang import yang bernilai RM20,000 dikenakan jumlah cukai sebanyak RM10,000, manakala barang import yang bernilai RM40,000 dikenakan jumlah cukai sebanyak RM20,000.
JenisTarif

Kebaikan tarif:

  • menaikkan harga import barangan
  • mengurangan permintaan tempatan terhadap barangan import
  • menambahkan permintaan tempatan terhadap barangan pengganti import
  • memperbaiki imbangan perdagangan dan imbangan pembayaran negara
  • menambahkan pendapatan negara

Subsidi

Bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan untuk membolehkannya bersaing dengan pengeluar negara asing.

  • Mengurangkan kos pengeluaran dan harga barang keluaran tempatan lebih murah
  • Diberi kepada pengeluar barang eksport utama negara agar harga barang ekport menjadi lebih murah dan lebih berdaya saing di pasaran antarabangsa
  • Permintaan terhadap barang keluaran tempatan akan meningkat

Kuota

  • Sekatan perdagangan terhadap jumlah barang yang boleh diimport dalam suatu jangka masa tertentu
  • Had maksimum bagi sesuatu barang yang boleh diimport. Contohnya, bilangan unit kereta yang boleh diimport dalam tempoh masa setahun
  • Menyebabkan penawaran terhadap barang import berkurang
  • Permintaan pengguna terhadap barang tempatan akan meningkat

Kawalan pertukaran asing

  • Mengehadkan pembelian pertukaran asing oleh pengimport tempatan agar kemasukan barang import dapat dikawal
  • Dapat menggalakkan perkembangan industri penggantian import negara
  • Jumlah pertukaran asing yang terhad, hasrat pengimport untuk mengimport lebih banyak barang import akan terhalang

Embargo

  • Perintah larangan atau pemulauan perdagangan terhadap negara tertentu
  • Jarang dilakukan kecuali atas alasan keselamatan atau kepentingan negara
  • Menjejaskan hubungan baik antara sebuah negara dengan negara lain
  • Contohnya kerajaan Malaysia tidak membenarkan import barangan pertanian seperti buah-buahan dan peralatan pertanian dari negara Israel atas dasar strategik negara untuk menentang tindakan Israel menindas rakyat Palestin

Sekatan bukan ekonomi

  • Sekatan dalam bentuk undang- undang, peraturan atau syarat- syarat tertentu terhadap sesebuah negara
  • Bertujuan menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat negara
  • Contoh: barang import seperti daging, susu tepung, minuman berkhasiat akan diperiksa dan dikenal pasti ciri keselamatan serta kendungan kesihatannya

Contoh sekatan bukan ekonomi terhadap produk seperti yang berikut:

Produk yang memudaratkan kesihatan

Sayur-sayuran, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang diimport harus bebas daripada sberaang penyakit dan bahan kimia yang akan membahayakan kesihatan dan keselamatan rakyat

Produk yang tidak menepati piawaian dan mutu

barang elektrik dan elektronik yang diimport harus menepati paiawaian dan mutu yang telah ditetapkan oleh SIRIM agar selamat digunakan

Produk yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang kesihatan

Ubat-ubatan dan barang kesihatan lain yang diimport haruslah mematuhi peraturan dan undang-undang kesihatan yang telah digariskan oleh kerajaan


Tujuan Sekatan Perdagangan Antarabangsa

Melindungi Industri Muda Tempatan

  • Pengenaan tarif menaikkan harga barang import dan mengurangkan persaingan dengan barang keluaran tempatan
  • Industri ini dapat berkembang maju, menjadi lebih kukuh dan lebih berdaya saing
  • Dapat berkembang dengan kukuh dan melakukan pengeluaran secara besar-besaran untuk menikmati kos pengeluaran seunit yang lebih rendah

Menghadapi Persaingan

  • Berpeluang meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk keluarkan barang lebih berkualiti
  • Mengurangkan pergantungan negara terhadap pengimportan barang perkilangan dan penggunaan dari luar negara
  • Peningkatan daya saing menggalakkan eksport barang keluaran tempatan keluar negara

Sebagai Sumber Hasil Kerajaan

  • Kutipan tarif merupakan sumber pendapatan bagi kerajaan
  • Hasil daripada tarif boleh biayai perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan

Mewujudkan Peluang Pekerjaan

  • Perkembangan industri tempatan akibat daripada tarif, kuota dan subsidi akan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan
  • Membantu mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan pendapatan negara

Memperbaiki Imbangan Dagangan

  • Permintaan terhadap barang import akan berkurang akibat daripada tarif dan kuota yang dikenakan
  • Kejatuhan dalam nilai import mengurangkan pembayaran wang keluar negara
  • Memperbaiki kedudukan imbangan dagangan dan imbangan pembayaran negara

Keselamatan

  • Untuk melindungi industri penting dan strategik agar tidak terlalu bergantung pada bekalan import
  • Untuk menghalang kemasukan barang-barang yang haram atau barang makanan yang dicemari oleh penyakit atau bahan kimia yang bahaya

Mengatasi Lambakan

  • Aktiviti menjual sesuatu barang di negara asing dengan harga yang lebih rendah daripada kos pengeluaran atau harga keluaran di pasaran dalam negara tersebut
  • Bertujuan untuk menghabiskan lebihan penawaran dalam negara atau mengusir pesaing dan wujudkan kuasa monopoli di pasaran dunia
  • Lambakan akan menjejaskan industri untuk industri muda tempatan kerana tidak dapat bersaing dengan pengeluar asing
  • Pengenaan tarif dapat elakkan pasaran tempatan daripada masalah ini
  • Anti lambakan – tindakan menyekat barang import untuk menghalang penjualan lebihan barang di pasaran tempatan

Kesan Tarif, Subsidi dan Kuota

Kesan Pelaksanaan Tarif

  1. Sebelum perdagangan antarabangsa dijalankan, keseimbangan pasaran dicapai pada titik E0 apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0. Tingkat harga dan kuantiti keseimbangan dicapai pada P0 dan Q0.
  2. Selepas perdagangan antarabangsa dijalankan, keluk penawaran S1S1 bersilang dengan keluk permintaan D0D0 pada titik keseimbangan E1. Tingkat harga dicapai pada P1, dan jumlah kuantiti permintaan adalah 0Q4.
  3. Pada tingkat harga P1, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak 0Q1 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q1Q4.
  4. Apabila tarif sebanyak P1P2 dikenakan, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan keluk permintaan D0D0 pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti permintaan adalah 0Q3
  5. Pada tingkat harga P2, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak 0Q2 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q2Q3.
  6. Jumlah hasil cukai import yang diperoleh oleh kerajaan adalah sebanyak AE2GH.

Kesan Positif Tarif

  •  Harga kereta diimport akan meningkat kerana pengimport memindahkan beban tarif kepada pengguna dengan menaikkan harga jualan
  • Permintaan kereta diimport akan menurun manakala permintaan terhadap kereta keluaran tempatan akan meningkat disebabkan harga yang secara relatifnya lebih rendah
  • Penawaran kereta oleh pengeluar tempatan akan meningkat
  • Jumlah kereta diimport akan berkurang, perbelanjaan negara atas kereta import juga menurun
  • Kerajaan tempatan memperoleh hasil daripada kutipan tarif
  • Peningkatan guna tenaga dalam negara dan kadar pengangguran menurun

Kesan Negatif Tarif

  •  Herotan(distortion) dalam peruntukan sumber berlaku apabila sumber yang mungkin boleh digunakan dengan lebih cekap dalam industri lain dialihkan ke industri penggantian import
  • Penggunaterpaksamenanggung perbelanjaan yang lebih besar
  • Menggunakanbaranganyangkurang bermutu
  • Mengurangkan daya saing industri penggantian import untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran
  • Menghadapi tindak balas yang sama daripada negara yang dikenakan tarif

Kesan Pelaksanaan Subsidi

  1. Sebelum perdagangan antarabangsa dijalankan, keseimbangan pasaran dicapai pada titik E0 apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0. Tingkat harga dan kuantiti keseimbangan dicapai pada P0 dan Q0.
  2. Selepas perdagangan antarabangsa dijalankan, keluk penawaran S1S1 bersilang dengan keluk permintaan D0D0 pada titik keseimbangan E1. Tingkat harga dicapai pada P1 dan jumlah kuantiti permintaan adalah 0Q3.
  3. Pada tingkat harga P1 , jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak 0Q1 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q1 Q3
  4. Selepas kerajaan memberikan subsidi, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan keluk permintaan D0D0 pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti permintaan adalah 0Q4
  5. Pada tingkat harga P2, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak 0Q2 + Q0O4 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q2Q0.
  6. Jumlah kuantiti yang diimport selepas pemberian subsidi Q2Q0 adalah lebih kecil jika dibanding dengan sebelum pemberian subsidi iaitu sebanyak Q1 Q3.

Kesan pemberian subsidi

  • Harga barang keluaran tempatan akan menurun.
  • Permintaan terhadap barang keluaran tempatan akan meningkat kerana harganya secara relatif lebih rendah daripada barang import.
  • Penawaran barang oleh pengeluar tempatan akan meningkat kerana permintaan terhadap barang keluaran tempatan telah meningkat.
  • Jumlah barang diimport akan berkurang. Oleh itu, perbelanjaan negara atas barang import akan menurun.
  • Guna tenaga dalam negara akan meningkat kerana aktiviti pengeluaran tempatan yang meningkat memerlukan lebih banyak tenaga buruh.
  • Oleh itu, kadar pengangguran dalam negara dapat diturunkan.

Kesan Pelaksanaan Kuota

  1. Sebelum perdagangan antarabangsa dijalankan, keseimbangan pasaran dicapai pada titik E0 apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0. Tingkat harga dan kuantiti keseimbangan dicapai pada P0 dan Q0.
  2. Selepas perdagangan antarabangsa dijalankan, keluk penawaran S1S1 bersilang dengan keluk permintaan D0D0 pada titik keseimbangan E1. Tingkat harga dicapai pada P1 dan jumlah kuantiti permintaan adalah 0Q4.
  3. Pada tingkat harga P1 , jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak 0Q1 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q1 Q4
  4. Selepas kuota import dikenakan, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan keluk permintaan D0D0 pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti permintaan adalah 0Q3
  5. Pada tingkat harga P2, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak 0Q2 dan jumlah barang diimport adalah sebanyak Q2Q3.

Kesan kuota import

  • Harga barang diimport akan meningkat kerana penawaran barang import dalam pasaran tempatan telah berkurang.
  • Permintaan barang diimport akan menurun manakala permintaan terhadap barang keluaran tempatan akan meningkat kerana harga yang secara relatifnya lebih rendah.
  • Penawaran barang oleh pengeluar tempatan akan meningkat kerana permintaan terhadap barang keluaran tempatan telah meningkat.
  • Jumlah barang diimport akan berkurang. Perbelanjaan negara atas barang import juga menurun.
  • Guna tenaga dalam negara akan meningkat kerana aktiviti pengeluaran tempatan yang meningkat memerlukan lebih banyak tenaga buruh. Kadar pengangguran dalam negara dapat diturunkan.

Sekatan Perdagangan Antarabangsa

Kebaikan Sekatan Perdagangan Antarabangsa

1. Mengurangkan penawaran barang import

  • Sekatan perdagangan antarabangsa akan menyebabkan jumlah penawaran barang import dalarn pasaran tempatan berkurang.
  • Harga barang import menjadi lebih mahal berbanding dengan barang keluaran tempatan dan seterusnya mengurangkan permintaan terhadap barang import.

2. Meningkatkan permintaan terhadap barang tempatan

Pengurangan permintaan rakyat tempatan terhadap barang import yang lebih mahal harganya akan membawa kepada peningkatan dalam permintaan terhadap barangan buatan tempatan yang lebih murah harganya.

3. Mengurangkan pengangguran

  • Sekatan perdagangan antarabangsa akan membawa kepada perkembangan industri tempatan dan meningkatkan permintaan terhadap keluaran tempatan.
  • Pihak pengeluar tempatan meningkatkan pengeluaran barangan untuk memenuhi permintaan dan seterusnya menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
  • Ini dapat mengurangkan kadar pengangguran negara dan meningkatkan guna tenaga negara. Pendapatan dan taraf hidup rakyat tempatan akan meningkat.

4. Meningkatkan pendapatan negara

  • Sekatan perdagangan antarabangsa dalam bentuk tarif akan menyumbang kepada sumber hasil cukai kerajaan dan meningkatkan pendapatan negara.
  • Pemberian subsidi oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan akan menjadikan harga barang eksport lebih murah di pasaran antarabangsa.
  • Permintaan yang semakin bertambah terhadap barang eksport negara akan meningkatkan jumlah keuntungan pengeluar tempatan.
  • Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan hasil kutipan cukai kerajaan dan pendapatan negara.

5. Memperbaiki imbangan pembayaran

  • Sekatan perdagangan dalam bentuk tarif, kuota, dan kawalan pertukaran asing akan mengurangkan permintaan terhadap barang import, manakala subsidi yang diberikan kepada pengeksport akan meningkatkan permintaan terhadap eksport negara.
  • Pengurangan dalam jumlah nilai import negsra dan peningkatan yang besar dalam jumlah nilai eksport negara akan menjadikan imbangan pembayaran negara semakin bertambah baik.

6. Melindungi industri tempatan

  • Kerajaan memberi perlindungan kepada industri muda tempatan yang belum kukuh melalui sekatan perdagangan antarabangsa seperti tarif dan kuota supaya dapat bersaing dengan firma asing yang lebih besar dan cekap.
  • Contohnya, duti import yang dikenakan atas kereta import membolehkan industri kereta tempatan menguasai pasaran dan memperoleh keuntungan yang lebih tinggi.
  • Malah, industri muda tempatan yang berkembang maju dapat meningkatkan daya saing dan produktivitinya untuk bersaing di peringkat global.

Keburukan Sekatan Perdagangan Antarabangsa

1. Salah pengagihan sumber

  • Dasar perlindungan yang berlebihan menyebabkan banyak sumber ekonomi diagihkan kepada sektor atau industri yang dilindungi oleh tarif dan bukannya industri lain yang lebih cekap dan berpotensi.
  • Ini akan merugikan negara dalam jangka masa panjang kerana agihan sumber negara tidak lagi berdasarkan kriteria kecekapan pengeluaran.

2. Merugikan pengguna

  • Kenaikan harga barang import hasil daripada sekatan tarif menyebabkan pengguna terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk menikmati barang import.
  • Merugikan para pengguna dan mengurangkan pilihan serta tingkat kepuasan .

3. Pengagihan pendapatan yang tidak adil

  • Tindak balas negara rakan dagang mengurangkan import dari Malaysia akan menjejaskan pertumbuhan dan tingkat keuntungan industri eksport negara.
  • Pengeluar akan mengurangkan pengeluaran dan penggunaan tenaga buruh akibat daripada penurunan permintaan terhadap barang eksport negara.
  • Hal ini akan menjejaskan peluang pekerjaan dan pendapatan tenaga buruh yang terlibat dalam industri yang berorientasikan eksport.
  • Jurang pendapatan antara pekerja yang bekerja dalam sektor eksport dengan pekerja dalam sektor ekonomi yang lain menjadi semakin besar.

4. Mengurangkan eksport

  • Rakan dagang Malaysia yang dikenakan sekatan perdagangan antarabangsa dalam bentuk tarif cenderung untuk mengambil tindak balas dengan mengurangkan import dari Malaysia.
  • Tindakan yang sedemikian akan mengurangkan jumlah nilai eksport Malaysia dan seterusnya menjejaskan imbangan pembayaran negara.

5. Mewujudkan monopoli

  • Industri tempatan yang dilindungi melalui sekatan perdagangan akan cenderung untuk menjadi pengeluar monopoli dalam pasaran tempatan.
  • Kewujudan kuasa monopoli dalam pasaran akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap ekonomi seperti kenaikan harga barang dan ketidakcekapan dalam agihan sumber ekonomi negara.

6. Ketidakcekapan dalam industri tempatan

  • Industri tempatan yang dilindungi melalui dasar sekatan perdagangan antarabangsa cenderung untuk bergantung kepada kerajaan dan kurang berusaha untuk meningkatkan tahap kecekapan pengeluaran dan daya saing di peringkat antarabangsa.
  • Kebergantungan yang berpanjangan ini akan mewujudkan ketidakcekapan dalam operasi pengeluaran dan agihan sumber negara.

Liberalisasi Perdagangan

Liberalisasi perdagangan bermaksud tiada syarat pegangan atau sekatan dalam hubungan perdagangan antara sesebuah negara dengan negara yang lain.

Liberalisasi melibatkan kelonggaran dalam pegangan ekuiti asing, pengurangan tarif dan sekatan bukan tarif serta kemasukan tenaga buruh dan pelaburan langsung asing (FDI) dari luar ke dalam sesebuah negara.

Kebaikan liberalisasi perdagangan

  1. Interaksi dan transaksi antara negara- negara yang terlibat akanmenjadi lebih intensif tanpa dibatasi oleg sebarang peraturan dan undang-undang.
  2. Memudahkan aliran barang, perkhidmatan, dan sumber antara negara.
  3. Mengurangkan kos pengeluaran, meningkatkan skala pengeluaran, dan daya saing negara
  4. Membolehkan penempatan sumber negara kepada dalam industri yang berpotensi untuk memperoleh keuntungan yang maksimum
  5. Meningkatkan jumlah keuntungan firma dan kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan untuk tenaga kerja yang pakar dalam jangka panjang.
  6. Kemasukan pelaburan asing membantu merancakkan kadar pertumbuhan ekonomi negara terutamanya industri yang berorientasikan eksport negara.
  7. Mewujudkan persaingan yang sihat, menggalakkan usaha inovasi, dan pemindahan teknologi untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran negara
  8. Menjana lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

Keburukan liberalisasi perdagangan

  1. Ketidakupayaan industri tempatan untuk bersaing dengan pelabur asing yang memasuki pasaran tempatan tanpa sekatan.
  2. Sekatan pelaburan yang diwujudkan oleh negara maju dalam industri berteknologi tinggi seperti industri automotif dan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
  3. Kewujudan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang bersifat tidak adil dan biasanya merugikan negara sedang membangun.
  4. Hasrat perkongsian kepakaran dan pemindahan teknologi yang moden dari negara maju tidak berlaku dengan sepenuhnya.
  5. Pergantungan ekonomi negara terhadap pelaburan dan industri asing dari luar negara akan mengetepikan kepentingan dan kebajikan rakyat tempatan.
  6. Kemunculan kuasa monopoli akan menentukan pelbagai syarat dan peraturan yang menguntungkan pemodal asing, tetapi boleh merugikan negara dan rakyat setempat.

Blok Ekonomi dan Perjanjian Perdagangan

  1. Pakatan dalam ekonomi = Blok ekonomi
  2. Definisi: Blok ekonomi merupakan satu kumpulan negara yang terdiri daripada beberapa negara yang berada dalam rantau yang berhampiran untuk menjaga kepentingan ekonomi bersama-sama.
  3. Tujuan: Melindungi negara ahli daripada barang import dari negara bukanahli dan mengalakkan urus niaga barangan antara negara ahli.
  4. Blok ekonomi yeng terbesar di dunia merupakan Kesatuan Eropah (EU).

Kesatuan Eropah (European Union, EU)

  1. Kesatuan Eropah (EU) merupakan satu kesatuan antarabangsa yang dianggotai oleh kebanyakan negara di Eropah.
  2. Bertujuan mengimbangi kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan Jepun yang sukar digugat oleh mana-mana negara pada masa itu.
  3. Objektif penubuhan Kesatuan Eropah ialah:
Objektif penubuhan Kesatuan Eropah
Menghapuskan duti kastam dalam kalangan negara anggota
Menggalakkan urusan perdagangan dijalankan secara bebas
Mewujudkan kebebasan aliran modal dalam kalangan negara anggota
Menyelaraskan dasar kewangan dan fiskal dalam kalangan negara anggota
Menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi antara negara anggota

Perjanjian Perdagangan

  1. Perjanjian perdagangan merupakan perjanjian yang ditandatangani oleh dua atau lebih negara atas persetujuan bagi syarat sekatan perdagangan antarabangsa semasa menjalankan urus niaga antara negara.
  2. Antara perjanjian perdagangan yang disertai oleh Malaysia :
    • Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (Asean Free Trade Area, AFTA)
    • Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan (General Agreement on Tariffs dan Trade, GATT)

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (Asean Free Trade Area, AFTA)

  • Perjanjian yang dibuat untuk pengeluaran tempatan semua negara-negara yang terlibat.
  • Pada tahun 2017, AFTA terdiri daripada sepuluh buah negara ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Laos, Myanmar, dan Kemboja.
  • Objektif utama perjanjian AFTA ialah:
Objektif utama perjanjian AFTA
Meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran antarabangsa melalui penghapusan halangan tarif dan bukan tarif dalam kalangan ASEAN
Menarik kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) dan teknologi baharu ke dalam ASEAN
Mengembangkan jumlah perdagangan intra-ASEAN dan meluaskan pasaran ke luar negara.
Persaingan menguasai pasaran yang terbuka dalam kalangan negara ASEAN akan meningkatkan mutu keluaran dan kecekapan pengeluaran
Skala pengeluaran yang besar akan memaksimumkan penggunaan input pengeluaran dan meningkatkan kecekapan pengeluaran.

Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan (General Agreement on Tariffs dan Trade, GATT)

  • Malaysia adalah antara ahli WTO yang terawal kerana telah menjadi ahli dalam GATT sejak tahun 1957.
  • Tujuan pembentukan GATT adalah untuk mencipta suatu suasana perdagangan antarabangsa yang harmoni dan sihat serta mempunyai liberalisasi perdagangan yang berlanjutan.
  • Objektif utama GATT ialah mengurangkan halangan dalam hubungan perdagangan bebas dan menghapuskan diskriminasi dalam perdagangan antarabangsa.
  • Hal ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup umat manusia, peluang pekerjaan, dan pemanfaatan bersama kekayaan alam dunia.
  • GATT telah diwujudkan dengan penyertaan 23 buah negara pada tahun 1947 dan berpusat di Geneva.
  • Pengurangan halangan perdagangan dalam pasaran eksport dan peningkatan peluang pasaran telah meningkatkan eksport negara.
  • Salah satu daripada faedah utama yang dinikmati oleh Malaysia adalah layanan sama rata atas barangan di dalam pasaran negara ahli-ahli WTO yang lain.

Blok Ekonomi dan Perjanjian Perdagangan

Kesan Positif

Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran

  1. Menerusi perjanjian perdagangan, teknologi moden dan kepakaran dari negara maju dapat disalurkan untuk pembangunan ekonomi dan tingkat teknologi di negara sedang membangun.
  2. Penduduk tempatan dapat mempelajari dan menguasai kaedah pengendalian teknologi yang baharu melalui latihan kemahiran dan pelbagai kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Peluasan pasaran

  1. Penghapusan Dasar Perlindungan dan Sekatan Tarif (GATT), penghapusan stok penimbal, serta provokasi pasaran akan memberikan peluang kepada keluaran dari negara sedang membangun untuk menembusi pasaran negara maju dengan hak yang sama rata.
  2. Ini memberikan kuasa mutlak kepada kuasa pasaran dalam urus niaga barang dan perkhidmatan.
  3. Contohnya, pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) membolehkan barang dan perkhidmalan dari kalangan negara anggota ASEAN memasuki pasaran negara anggota yang lain dengan lebih mudah dan menikmati faedah pasaran secara bersama.

Mobiliti modal dan tenaga kerja

  1. Kerjasama blok ekonomi dan persefahaman perjanjian perdagangan telah menggalakkan pengaliran modal dan tenaga buruh mahir dan separa mahir secara bebas.
  2. Pertambahan sumber modal dan tenaga buruh yang mahir akan meningkatkan daya saing dan daya pengeluaran yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara.
  3. iii. Contohnya, syarikat multinasional Malaysia seperti Top Glove, Public Bank Berhad, dan Petronas Berhad telah berpeluang meningkatkan pelaburan mereka ke pasaran seluruh dunia.

Peningkatan pelaburan langsung asing (FDI)

  1. Kerjasama dan permuafakatan dengan negara yang maju akan membawa masuk pelaburan langsung asing dan teknologi baharu kepada negara sedang membangun yang kekurangan kepakaran dalam industri berteknologi tinggi (HITEC).
  2. Penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengendalian kursus kemahiran yang moden telah membuka lebih banyak peluang kepada tenaga pekerja tempatan untuk mempelajari dan menguasai teknologi yang terkini dan canggih.
  3. Corak perniagaan yang moden seperti persidangan video, e-dagang dan e-perbankan membolehkan peniaga dan pengguna menjalankan urns niaga lebih cepat lancar.
  4. Kadar pertumbuhan ekonomi negara yang pesat dan mampan akan menyumbang kepada peningkatan dalam pendapatan negara.

Pertambahan peluang pekerjaan

  1. Kemasukan pelabur asing dan pengaliran masuk modal yang banyak telah mernbawa pembangunan yang pesat kepada industri di negara membangun dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
  2. Kadar pengangguran yang semakin berkurang telah membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dan memutuskan lingkaran kemiskinan yang berlanjutan di negara sedang membangun.
  3. Negara sedang membangun di Asia Pasifik seperti Malaysia, Thailand, Vietnam, dan China yang banyak menghasilkan keluaran industri telah memperoleh keuntungan melalui pengeluaran berskala besar, pengukuhan rangkaian pasaran, dan persaingan yang lebih sihat.

Peningkatan daya saing negara dan kualiti barangan

  1. Pembukaan pasaran perdagangan antarabangsa yang lebih luas dalam kalangan negara anggota membolehkan produk industri negara dipasarkan dengan meluas dan menguntungkan.
  2. Peningkatan kecekapan pengeluaran akan meminimumkan kos pengeluaran, menawarkan barang pada harga yang lebih murah, dan pilihan barang yang lebih pelbagai.

Perkongsian sumber tenaga dan bahan mentah

  1. Negara yang tidak mempunyai bekalan tenaga yang mencukupi untuk menggerakkan sektor perindustrian dalam negara.
  2. Negara yang maju dalam sektor perindustrian boleh membeli bahan mentah yang mencukupi dari negara sedang membangun yang terlibat dengan sektor pertanian dan perladangan.
  3. Contohnya, Jepun dan negara di Eropah terpaksa bergantung kepada negara-negara Teluk dan negara-negara Asia yang lain untuk mendapatkan bekalan petroleum dan bahan mentah untuk pembangunan sektor perindustrian negara.

Penjagaan alam sekitar

  1. Negara-negara anggota blok ekonomi seperti ASEAN, APEC, dan EU telah mencapai persefahaman dalam urusan penjagaan alam sekitar secara kolektif, khususnya dalam menangani masalah alam sekitar seperti pencemaran laut dan udara, jerebu, kesan runiah hijau, dan permasalahan marin.
  2. Negara-negara anggota bermuafakat menjalankan usaha sama dalam membuat pengesanan, rondaan, kawal selia, pengawasan, dan pemuliharaan apabila berlaku masalah pengurusan dan penjagaan alam sekitar.

Kesan Negatif

Kegawatan ekonomi

  1. Kebebasan aliran masuk keluar modal antarabangsa boleh menggugat kestabilan sistem kewangan negara anggota tanpa pengawalan yang sistematik.
  2. Tindakan menarik keluar modal asing secara mendadak akan menyebabkan ekonomi sesebuah negara mengalami kegawatan dan operasi pengeluaran industri boleh tergugat.
  3. Hal ini akan menyebabkan kadar pengangguran negara meningkat dan fenomena ketidakstabilan dalam pasaran ekuiti serta pertukaran asing.

Tekanan ekonomi dan bebanan hidup golongan miskin

  1. Dengan perjanijian perdagangan yang ditandatangani, ini akan membawa kepada penghapusan hak-hak keistimewaan dan subsidi kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik.
  2. Tindakan ini akan menyebabkan peningkatan dalam harga barangan dan kos sara hidup rakyat tempatan yang semakin membebankan.
  3. Isi rumah terpaksa berhadapan dengan masalah inflasi berikutan kejatuhan kadar upah, kejatuhan dalam kutipan hasil cukai kerajaan dan akhirnya akan menggugat kedudukan kewangan kerajaan.

Corak penjajahan baharu ekonomi

  1. Dasar ekonomi negara yang terbuka mudah membawa kepada kemunculan kuasa monopoli ekonomi dalam sesebuah negara.
  2. Contohnya, kuasa monopoli syarikat gergasi dalam sektor kewangan tempatan dan kawalan operasi ekonomi oleh pelabur asing yang menjaga kepentingan diri.
  3. Sumber kekayaan ekonomi terutamanya di negara sedang membangun akan dikuasai oleh dana asing yang mengutamakan keuntungan maksimum semata-semata tanpa mengambil kira kebajikan golongan yang kurang kemampuan.
  4. Syarikat multinasional asing cenderung mengeksploitasi tenaga pekerja tempatan dengan kadar upah yang lebih rendah dengan beban kerja yang banyak.
  5. Wujud kuasa monopoli banj perdagangan tempatan oleh syarikat gergasi dan kawalan ekonomi oleh pelabur asing bagi menjaga kepentingan masing-masing.

Masalah lambakan barang

  1. Lambakan merupakan aktiviti menjual sesuatu barang di negara asing dengan harga yang lebih rendah, bertujuan untuk menghabiskan lebihan penawaran dalam negeri atau mengusir pesaing dan mewujudkan kuasa monopoli di pasaran dunia.
  2. Wujudnya lambakan barang import yang dijual dengan harga rendah dan kurang berkualiti.
  3. Tindakan lambakan akan menjejaskan industri muda tempatan, peluang pekerjaan penduduk, pendapatan isi rumah dan juga pendapatan negara.
  4. Contohnya, produk keluaran China, Indonesia, dan Thailand yang lebih murah harganya sering menjadi pilihan penduduk Malaysia berbanding dengan barangan buatan tempatan.

Ancaman kepada industri muda tempatan

  1. Penghapusan dasar perlindungan terhadap keluaran tempatan akan menyebabkan pengeluar tempatan terpaksa bersaing dengan barangan dari luar negara.
  2. Tindakan penggabungan dan pengambilalihan oleh syarikat multinasional akan menyebabkan syarikat atau industri tempatan yang kecil dan sederhana (IKS) menghadapi ancaman kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat besar dari luar negara.
  3. Contohnya, dalam industri automotif, teknologi maklumat dan pengeluaran ubat-ubatan yang dikuasai oleh negara maju melalui tingkat teknologi dan ekonomi bidangan/berskala besar.

Pencemaran terhadap budaya tempatan

  1. Budaya luar yang tidak sesuai dengan budaya setempat dapat disebarkan melalui internet dan televisyen satelit.
  2. Generasi muda senang terikut-ikut sehingga menyebabkan nilai dan budaya tempatan yang murni terhakis dan seterusnya membawa kepada keruntuhan akhlak dalam kalangan anak tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page