Contoh Karangan Cara memupuk minat membaca

Amalan membaca amat penting kepada remaja dan harus dipupuk sejak kecil lagi. Huraikan cara-cara yang berkesan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.

Cara memupuk minat membaca dalam kalangan kanak

Tanpa diketahui puncanya minat membaca memang satu tabiat yang sukar untuk ditanam dalam jiwa masyarakat kita terutama dalam kanak-kanak. Usaha ini hanya akan berjaya jika pemupukan itu dibuat sejak kecil lagi oleh ibu bapa tanpa banyak alasan lagi. Jadi, ada pelbagai cara yang boleh dibuat untuk menanam minat membaca ini dalam jiwa kanak-kanak kita.

Bahan bacaan berbentuk hiburan

Langkah awal ialah kanak-kanak ini perlu didedahkan dengan bahan bacaan berbentuk hiburan terutama yang berkaitan dengan minat mereka. Kanak-kanak begitu mudah tertarik ilustrasi kartun terutama siri kartun yang terkenal kerana inilah jiwa mereka yang sebenarnya. Bahan-bahan bacaan ini hendaklah dipenuhi dengan gambar dan lawak jenaka yang boleh menarik perhatian mereka. Kanak-kanak suka membaca bahan yang menarik, comel dan memberikan mereka pengetahuan umum.

Membawa anak ke kawasan kedai buku

Selain itu, ibu bapa juga boleh membantu dalam menyelesaikan masalah ini dengan membawa anak mereka ke kawasan kedai buku. Akitviti ini boleh dijalankan secara berkala seperti setiap hujung minggu atau bulan melawat kedai buku yang berhampiran rumah mereka. Di kedai buku itu, anak-anak diberi peluang untuk memilih bahan bacaan yang mereka minati pula dan menghabiskan masa berjam-jam di sana pula. Anak-anak sudah pasti akan ternanti-nanti untuk melakukan aktiviti yang serupa pada minggu hadapan pula.

Sikap berkongsi pembacaan

Malah, sikap berkongsi pembacaan juga boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menarik minat anak mereka untuk membaca. Sebaik sahaja ibu bapa selesai membaca akhbar, majalah dan buku, mereka boleh berkongsi maklumat itu dengan anak mereka pula. Penjelasan daripada ibu bapa tentang sesuatu perkara boleh mencetuskan minat anak untuk membaca tentang perkara itu dengan lebih mendalam. Anak juga boleh dilatih dengan meminta mereka mereka membaca tajuk utama akhbar harridan, iklan, dan sebagainya pula.

Perpustakaan mini di rumah

Kewujudan perpustakaan mini di rumah turut membantu mencetuskan sikap suka membaca dalam jiwa kanak-kanak. Golongan muda ini mudah meniru perkara yang mereka nampak terutama apabila melihat ibu bapa sendiri mempamerkan minat membaca di rumah. Kanak-kanak akan melihat-lihat kulit buku, membelek gambar dan akhirnya akan berminat untuk mengetahui isi kandungan buku tersebut pula.

Penutup Karangan memupuk minat membaca

Konklusinya, minat membaca dalam kanak-kanak ini boleh dipupuk dengan mudah jika tahu kaedah yang betul. Kanak-kanak perlu diberi pendedahan jenis buku yang bersesuaian dengan tahap umur dan minat mereka. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya’ yang membuktikan betapa pentingnya amalan membaca ini diterapkan sejak awal.


Contoh Karangan: Kepentingan Amalan Menabung

Leave a Reply

You cannot copy content of this page