Karangan Memanfaatkan Internet dan Telefon Pintar

Internet dan Telefon Pintar mendatangkan kesan dalam kalangan remaja.Apakah Peranan Ibu Bapa dalam Mendidik anak Memanfaatkan Internet dan Telefon Pintar?

Peranan Ibu Bapa dalam Mendidik anak Memanfaatkan Internet dan Telefon Pintar

  • teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) berkembang begitu pesat
  • syarikat-syarikat komputer dan telefon pintar berlumba-lumba menghasilkan pelbagai alat komunikasi yang dan peranti elektronik yang canggih
  • Internet dapat diakses begitu mudah dengan adanya rangkaian jalur lebar – di mana-mana sahaja
  • Internet ialah rangkaian yang dapat menghubungkan komputer atau telefon pintar di seluruh dunia – memberikan manfaat kepada pengguna dalam pelbagai urusan
  • sekiranya tidak dikawal, mendatangkan kesan buruk kepada pengguna – terutama generasi muda yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara
  • ibu bapa perlu berperanan dalam mendidik anak-anak memanfaatkan Internet

Ibu bapa hendak memiliki pengetahuan teknologi maklumat

  • ibu bapa sendiri hendaklah memiliki pengetahuan dan ilmu yang mencukupi tentang teknologi maklumat
  • untuk mengimbangi pengetahuan anak-anak yang begitu pantas sejajar dengan perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi 
  • berkongsi pengetahuan dengan anak-anak dan menentukan aspek yang positif sahaja dimuat turun

Peraturan penggunaan Internet

  • melaksanakan peraturan dan tatacara yang tegas tentang penggunaan Internet kepada anak-anak
  • ibu bapa tidak boleh menyerahkan bulat-bulat kepada anak-anak untuk mengakses apa-apa sahaja
  • memastikan anak-anak patuh dan faham tentang maksud penggunaan Internet untuk tujuan positif sahaja

Antara peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam mengawal penggunaan telefon pintar anak-anak mereka adalah dengan mengehadkan waktu penggunaan telefon pintar. Hal ini dikatakan demikian kerana, dengan mengehadkan penggunaan telefon pintar, sudah pasti anak-anak akan mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang lebih berfaedah. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh mengehadkan waktu anak-anak menggunakan telefon pintar tiga jam sehari. Anak-anak akan lebih menghargai penggunaan telefon pintar dengan hanya menggunakannya untuk mencari rujukan dalam internet tentang pelajaran di sekolah.

Pendedahan Pameran Komputer

  • membawa anak-anak ke tempat-tempat pameran komputer dan ekspo pendidikan ICT
  • anak-anak memperoleh pendedahan yang lebih luas tentang teknologi komputer dan Internet
  • dapat memilih perisian-perisian yang berguna untuk kegunaan anak-anak

Peruntukan masa

  • mengehadkan dan memperuntukkan masa yang sewajarnya
  • ada peruntukan masa yang anjal antara masa belajar, beriadah, berinteraksi, dan mengakses Internet
  • mengelak anak-anak terus menjadi terlalu obsess terhadap komputer dan Internet

Penutup Karangan

  • ibu bapa bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak memanfaatkan Internet
  • ibu bapa tidak boleh memandang enteng terhadap perkara ini
  • komputer dan Internet merupakan cara hidup atau budaya pada zaman dunia tanpa sempadan/era globalisasi ini
  • perhatian dan didikan tentang penggunaan Internet yang betul harus menjadi agenda penting dalam melahirkan anak- anak/modal insan yang cemerlang
  • diharapkan anak-anak dapat memanfaatkan Internet ke arah kebaikan
  • dapat menyumbang kepada kemajuan negara dalam merealisasikan Transformasi Nasional 2050

Cogan kata Internet dan Telefon Pintar

  • Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan memberi kesan yang negatif kepada remaja.
  • muafakat membawa berkat
  • Jika tujuan anda jelas,anda boleh mencapai dengan mudah
  • Ibu bapa tidak boleh bersikap seperi enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing untuk mendidik anak-anak

Contoh Karangan: Kebaikan Kemajuan Teknologi maklumat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page