Rangka Karangan – Peranan Membentuk Keluarga Bahagia

Masalah sosial di Malaysia semakin serius. Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan keluarga bahagia. Bincangkan.

Peranan Ibu Bapa dalam Membentuk Keluarga Bahagia

  • Pelbagai masalah sosial – saban hari media massa melaporkan berita – jenayah, salah laku, keruntuhan moral
  • Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kebejatan sosial yang menjadi duri dalam daging dalam masyarakat – salah satu faktor ialah latar belakang keluarga
  • Keluarga ialah institusi/unit masyarakat yang yang terdiri daripada ibu, bapa dan anak
  • Keluarga bahagia amat penting diwujudkan agar anak-anak terhindar daripada masalah-masalah sosial
  • Ibu bapa memainkan peranan untuk mewujudkan keluarga bahagia

memberikan didikan agama yang cukup

  • Anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya
  • Dengan didikan agama yang cukup, anak-anak akan memiliki benteng keimanan yang ampuh dalam mendepani dunia yang penuh dengan cabaran
  • Didikan agama yang cukup menjadikan anak-anak seorang memiliki akhlak terpuji dan menjaga tingkah lakunya kerana Hamka pernah berkata, “Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya”
  • Anak-anak yang diberikan diberikan didikan agama yang cukup akan menjadi insan yang sentiasa menghormati ibu bapa dan ahli-ahli keluarga

mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang

  • menggunakan kata-kata nasihat yang lembut
  • Hamka pernah berkata, “Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras daripada batu. Sebaliknya, kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera”
  • Ibu bapa harus meluangkan masa dengan mereka dan sentiasa memahami dan berkongsi masalah
  • Mereka akan menjadi insan yang cemerlang apabila lahir daripada keluarga yang dilimpahi kasih sayang
  • Dengan itu keluarga bahagia dapat diwujudkan

menyediakan suasana yang kondusif di rumah

  • Dari fizikal: ruang tamu, bilik tidur, ruang belajar yang selesa – anak-anak berasa selesa
  • Sebaliknya keadaan fizikal yang tidak kondusif seperti rumah yang berselerak dan sempit akan memaksa anak-anak untuk keluar dari rumah untuk memperoleh ketenangan
  • Dari segi emosi: suasana yang tenang – elakkan suasana tegang di rumah
  • Kajian mendapati faktor latar belakang keluarga seperti keadaan rumah tangga mempengaruhi tingkah laku anak-anak

melakukan aktiviti bersama-sama

  • berkelah, melancong, menonton televisyen, makan malam, membersihkan rumah
  • dapat bertukar-tukar fikiran dan menyelami hati budi anak-anak
  • dapat bergurau senda – menimbulkan suasana ceria
  • kasih sayang antara ahli keluarga semakin kukuh bagai isi dengan kuku

menjadi suri teladan kepada anak-anak

  • sentiasa menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak
  • ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi/bapa borek, anak rintik/bagaimana acuan, begitulah kuihnya
  • ibu bapa menunjukkan hubungan yang baik di hadapan anak-anak
  • anak- anak melihat ikatan kasih sayang ibu bapa mereka
  • akan menjadi darah daging/sebati dalam hidup mereka kerana alah bisa tegal biasa
  • anak-anak mencontohi ibu bapa mereka

Penutup Karangan

  • Banyak peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa
  • Peranan ibu bapa sebagai tonggak/nadi/tulang belakang dalam sesebuah keluarga amat ditagih/diharapkan
  • Negara amat memerlukan modal insan yang benar-benar berkualiti dalam mengharungi kehidupan dalam dunia yang kian mencabar
  • Anak-anak yang dilahirkan daripada keluarga yang bahagia sudah pasti melahirkan modal insan yang memiliki kualiti yang diharap-harapkan
  • Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page