Definisi permintaan ialah keinginan dan kemampuan seseorang individu untuk membeli sesuatu barang dan perkhidmatan dalam jangka masa tertentu pada suatu tingkat harga.
Kandungan
Hukum permintaan
Hukum permintaan menyatakan hubungan antara harga barangan (P) dengan kuantiti diminta (Qd) adalah negatif atau songsang.
Ringkasan | Hubungan |
---|---|
P↑Qd↓ | apabila harga barang meningkat, kuantiti barang yang diminta akan berkurangan. |
P↓Qd↑ | apabila harga barang menurun, kuantiti barang yang diminta akan bertambah |
Keluk Permintaan Individu
Permintaan individu ialah kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh seseorang individu dalam jangka masa tertentu pada suatu tingkat harga. Hubungan negatif antara harga barang dengan kuantiti diminta dapat digambarkan melalui jadual permintaan dan keluk permintaan individu.
Harga | Kuantiti Diminta |
---|---|
RM 2 | 40 unit |
RM 4 | 30 unit |
RM 6 | 20 unit |
Pada harga RM4 seunit, kuantiti yang diminta ialah 30 unit. Apabila harga turun kepada RM2 seunit, kuantiti yang diminta meningkat kepada 40 unit. Apabila harga naik kepada RM6 seunit, kuantiti yang diminta menurun kepada 20 unit. Jadual ini menunjukkan hubungan songsang antara harga dan kuantiti diminta.

Pada harga RM4 seunit, kuantiti yang diminta ialah 30 unit. Apabila harga turun kepada RM2 seunit, kuantiti yang diminta meningkat kepada 40 unit. Apabila harga naik kepada RM6 seunit, kuantiti yang diminta menurun kepada 20 unit. Keluk DD mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Keluk DD menunjukkan hubungan songsang antara harga dan kuantiti diminta.
Keluk Permintaan Pasaran
Permintaan pasaran menunjukkan kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh semua individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti diminta oleh setiap individu dalam pasaran.
Hubungan ini juga dapat ditunjukkan melalui keluk permintaan pasaran.
Harga | Kuantiti Diminta (ALIF) | Kuantiti Diminta (BADRI) | Pasaran |
---|---|---|---|
RM 2 | 3 unit | 6 unit | 9 unit |
RM 4 | 2 unit | 4 unit | 6 unit |

Pada harga RM 2, permintaan pasaran adalah sebanyak 9 unit iaitu Alif (3 unit) dan Badri (6 unit) – (titik Q). Pada harga RM 4, permintaan pasaran adalah sebanyak 6 unit iaitu Alif(2 unit) dan Badri (4 unit) – (titik P).
Keluk permintaan pasaran terbentuk dengan menyambungkan titik P dan Q. Kuantiti diminta oleh Alif dan Badri dijumlahkan secara mendatar pada setiap tingkat harga.
Keluk permintaan pasaran mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Keluk pasaran lebih landai dan menunjukkan hubungan songsang antara harga dengan kuantiti diminta.
Penentu Permintaan
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi permintaan, iaitu harga barang itu dan faktor bukan harga barang itu.
Harga barang itu sendiri
Peningkatan harga sesuatu barang akan mengurangkan kuantiti diminta barang tersebut.

Harga barang lain
Perubahan harga barang pengganti.
Barang pengganti merupakan suatu barang yang boleh diganti dengan mudah oleh barang lain / mempunyai fungsi yang sama.

Mempunyai hubungan positif antara harga barang x dan kuantiti barang y.
Cth : Apabila harga daging menurun, maka permintaan ikan akan menurun (P daging↓ Qd ikan↓)
Perubahan harga barang penggenap
Barang yang perlu digunakan bersama-sama dengan barang lain.

Mempunyai hubungan negatif antara harga barang x dan kuantiti barang y.
Cth : Apabila harga pencetak meningkat, permintaan dakwat katrij akan berkurangan kerana tidak ramai orang yang membeli pencetak.
Pendapatan Pengguna
Apabila pendapatan ↑ maka permintaan terhadap sesuatu barang juga ↑.
Citarasa pengguna
Iklan, fesyen, dan kesedaran kesihatan boleh mengubah cita rasa pengguna.
Contoh: iklan yang berjaya akan meningkatkan permintaan barang / pengguna suka terhadap barang itu maka DD akan ↑.
Jangkaan harga pada masa akan datang
Harga dijangka akan ↑ pada masa hadapan, maka permintaan juga akan ↑ pada masa kini.
Musim
Apabila tiba musim perayaan / awal persekolahan maka permintaan akan ↑.
Perubahan cuaca juga akan meningkatkan DD, cthnya apabila cuaca panas, DD ais krim akan ↑.
Dasar kerajaan
Apabila kerajaan meningkatkan ↑ kadar cukai pendapatan individu, maka pendapatan boleh guna individu ↓, maka DD barang akan turut ↓.
Sekiranya kerajaan memberikan bantuan seperti bantuan kewangan kepada rakyat, pendapatan pengguna akan ↑ dan DD akan ↑.
Perubahan Permintaan
Perubahan kuantiti diminta dan perubahan permintaan adalah berbeza di antara satu dengan lain. Perubahan kuantiti diminta berlaku disebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri, manakala perubahan permintaan berlaku disebabkan oleh faktor lain selain daripada faktor harga barang itu sendiri.
Perubahan Dalam Kuantiti Diminta

- merujuk kepada pergerakan di sepanjang keluk permintaan sama ada ke kiri atau ke kanan yang disebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri. Ini ditunjukan dengan pergerakan sepanjang keluk permintaan yang sama.
- Apabila harga naik dr P ke P2, menyebabkan kuantiti diminta turun dr Q kpd Q2.
- Pergerakan pada keluk DD dr titik b ke a dikenali sebagai penguncupan permintaan.
- Sebaliknya, apabila harga turun dr P ke P1 menyebabkan kuantiti diminta naik dr Q ke Q1.
- pergerakan pada keluk DD dr titik b ke c dikenali sbg pengembangan permintaan.
Perubahan Permintaan

- merujuk kepada peralihan keluk permintaan sama ada ke kiri atau ke kanan yang disebabkan faktor selain drp harga barang itu sendiri misalnya perubahan pendapatan.
- Peningkatan pendapatan pengguna menyebabkan permintaan meningkat dari Q kpd Q1.
- Oleh itu keluk permintaan beralih ke kanan dr DD ke D1D1. Ia dikenali sbg pertambahan permintaan
- Sebaliknya, Pengurangan pendapatan pengguna menyebabkan permintaan turun dari Q1 kpd Q.
- Oleh itu keluk permintaan beralih ke kiri dr D1D1 ke DD. Ia dikenali sbg pengurangan permintaan.
Faktor keluk beralih ke kanan
- Citarasa meningkat – iklan menarik
- Harga barang lain : i) harga barang pengganti naik ii) harga barang penggenap turun
- Pendapatan – naik
- Dasar kerajaan- kadar cukai pendapatan individu jatuh/ kerajaan beri bantuan kewangan
- Jangkaan harga masa depan – naik
Faktor keluk beralih ke kiri
- Citarasa tidak menggalakkan – promosi kurang berjaya
- Harga barang lain :
i) harga barang pengganti turun ii) harga barang penggenap naik - Pendapatan – turun
- Dasar kerajaan- kadar cukai pendapatan individu naik/ kerajaan tidak beri bantuan kewangan
- Jangkaan harga masa depan – turun