Nota Ekonomi T5 Bab2 – Malaysia dan Ekonomi Globalisasi

Globalisasi ialah proses interaksi dan integrasi antara manusia, firma dan kerajaan pelbagai negara. Globalisasi menyebabkan sempadan antara negara seolah-olah tidak wujud dan dunia dianggap sebagai satu unit.

Ciri ciri Globalisasi

Pasaran baharu

  • Perkembagan pasaran global dalam perkhidmatan perbankan, insurans, pengangkutan dan lain-lain.
  • Pasaran pengguna global dengan jenama global
  • Kelonggran undang-undang

Peserta baharu

  • Syarikat multinasioanal yang mengintegrasikan pengeluaran dan pemasaran mereka, mendominasi pengeluaran dunia
  • Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) – organisasi pelbagai hala pertama yang mempunyai kuasa untuk memaksa kerajaan sesebuah negara mematuhi peraturan perdagangan bebas
  • Kewujudan blok perdagangan seperti Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), dan lain-lain
  • Peningkatan dalam organisasi yang menyelaraskan dasar seperti G-7, G-8, OECD, IMF dan Bank Dunia.

Kaedah Komunikasi Baharu

  • Lebih cepat dan murah
  • Internet dan komunikasi elektronik yang menghubungkan orang ramai secara serentak
  • Telefon bimbit
  • Mesin faks
  • Pengangkutan yang lebih cepat dan murah
  • Reka bentuk bantuan komputer pembuatan

Peraturan dan Norma Baharu

  • Peluasan dasar ekonomi kapitalis yang merebak ke seluruh dunia seperti penswastaan dan liberalisasi perdagangan
  • Demokrasi sebagai pilihan politik
  • Peningkatan kesedaran dalam hak asasi manusia
  • Konvensyen dan perjanjian terhadap alam sekitar global – biodiversity, lapisan ozon, pelupusan sisa berbahaya, serta perubahan iklim
  • Perjanjian perdagangan pelbagai hala
  • Perjanjian pelbagai hala untuk perkhidmatan, harta intelek, komunikasi
  • Perjanjian pelbagai hala mengenai pelaburan

Syarikat Multinasioanal

Syarikat Multinasioanal
Syarikat Multinasioanal – Sime Darby Berhad
  • Syarikat multinasional ialah firma yang beroperasi di beberapa negara secara serentak.
  • Antara syarikat multinasional yang terdapat di Malaysia ialah Sime Darby Berhad, Axiata Group Berhad, CIMB Group dan Maybank.
  • Sesebuah syarikat dianggap sebagai syarikat multinasional sekiranya mempunyai tiga ciri berikut :
Ciri-ciri syarikat multinasional
Pemindahan teknologi yang canggih antara cawangan di negara yang berbeza.
Firma besar yang mempunyai cawangan di beberapa buah negara.
Semua cawangan firma dikawal oleh firma induk di negara asal.

Dorongan Syarikat dalam Operasi Antarabangsa

Pasaran antarabangsa menawarkan peluang perniagaan yang besar kepada firma yang ingin menjual atau mendapatkan faktor pengeluaran. Sesebuah firma memasuki operasi antarabangsa disebabkan oleh faktor-faktor yang berikut :

Meluaskan pasaran

  • Sesebuah firma yang ingin meluaskan pasarannya akan memasarkan barang dan perkhidmatannya ke luar negara untuk mendapat lebih ramai pelanggan.
  • Dapat memaksimumkan keuntungan

Perlindungan perdagangan

  • Aktiviti eksport barangan ke negara tertentu disekat oleh pelbagai sekatan perdagangan seperti cukai
  • masalah ini boleh diatasi dengan membuka operasi pengeluaran di syarikat berkenaan
  • Contohnya Syarikat KIA dari Korea bekerjasama dengan Syarikat NAZA Malaysia untuk mengeluar dan mengedarkan kereta jenama KIA di Malaysia.
  • Oleh kerana pengeluaran dilakukan di Malaysia, maka kadar cukai yang dikenakan adalah lebih rendah berbanding kereta KIA yang diimport dari Korea

Kos pengangkutan yang tinggi

  • Jarak yang jauh antara pasaran dengan tapak operasi akan pengeluaran akan meningkatkan kos pengeluaran
  • Oleh itu, syarikat multinasional akan membuka tapak pengeluaran baharu di rantau-rantau berhampiran dengan pasaran baharu yang disasarkan.
  • Tindakan ini dapat menjimatkan kos dan memastikan pengedaran produk dijalankan dengan selamat dan menepati masa

Bahan mentah atau hasil bumi yang unik

  • Pemindahan operasi pengeluaran ke negara yang kaya dengan bahan mentah dapat mengatasi masalah kekurangan, kerosakan, kehilangan dan bekalan bahan mentah tidak menepati jadual penghantaran
  • Misalnya Malaysia kekurangan sumber kayu untuk membuat perabot, maka industri perabot Malaysia memindahkan operasi pengeluaran ke negara seperti Tahiland, Vietnam dan Indonesia untuk mengatasi masalah ini.

Tenaga buruh dengan kemahiran khusus

  • Syarikat multinasional memulakan operasi di luar negara untuk menjimatkan kos buruh dalam proses pengeluaran supaya memaksimumkan keuntungan
  • Negara seperti Thailand, Vietnam, China dan Indonesia mampu menyediakan tenaga buruh yang berkemahiran dengan kos yang rendah
  • Kos upah yang lebih rendah membolehkan produk dapat dikeluarkan dengan kos yang lebi rendah dan seterusnya dapat dijual dengan harga yang lebih rendah kepada pengguna.
  • Daya saingan firma dari segi harga barang juga dapat ditingkatkan.

Risiko bagi Syarikat Multinasional

Walaupun beroperasi di peringkat antarabangsa mendatangkan kebaikan kepada syarikat multinasional, tindakan membuka operasi baharu di negara lain sebenarnya mempunyai banyak risiko. Antaranya adalah seperti yang berikut :

  • Risiko kehilangan aset akibat peperangan dalaman atau luaran kerana perbezaan ideologi atau pandangan politik.
  • Risiko perubahan parti politik di pasaran baharu kerana kerajaan baharu mungkin melaksanakan polisi baharu yang akan merugikan syarikat multinasional
  • Kekurangan kemudahan asas di sesetengah negara kurang membangun menyukarkan proses komunikasi antara negara dan melambatkan keputusan
  • Tenaga buruh yang tidak berkemahiran atau tidak bermotivasi dalam pengeluaran
  • Kemungkinan menerima bantahan masyarakat tempatan di pasaran baharu kerana bayaran gaji yang rendah dianggap sebagai megeksploitasi hak mereka
  • Risiko kesukaran mendapat balik keuntungan kerana sesetengah negara mengehadkan syarikat multinasional hanya boleh mengalirkan sebahagian keuntungan keluar daripada firma induk dan bakinya dikehendaki dilaburkan semula dalam pasaran tempatan

Faktor Penggalak Globalisasi

Proses globalisasi membawa kebaikan kepada ekonomi Malaysia.

  • Malaysia dilihat sebagai suatu negara yang sedang membangun yang berpotensi bagi perkembangan perniagaan syarikat multinasional lain.
  • Pelaburan syarikat multinasional dalam Malaysia telah menyumbang kepada pendapatan negara dan juga pertumbuhan ekonomi tempatan

Kerajaan Malaysia telah melakukan pelbagai inisiatif kerana menyedari kepentingan sumbangan pelaburan modal asing dalam ekonomi. Antara inisiatif tersebut ialah :

Inisiatif Kerajaan kepada pelaburan modal asing
Inisiatif Kerajaan

Peranan Kerajaan

  • Kerajaan telah mengamalkan sikap terbuka terhadap kemasukan syarikat multinasional
  • Kerajaan melonggarkan kawalan terhadap aktiviti ekonomi melalui dasar kerajaan, undang-undang, insentif yang akan mempengaruhi perkembangan globalisasi.
  • Pelaksanaan liberalisasi perdagangan dan blok perdagangan seperti Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) – untuk menggalakkan kerjasama antara negara dalam ekonomi.
  • Polisi mesra perniagaan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan pelbagai insentif seperti pelepasan cukai dan taraf perintis telah diperkenalkan untuk menarik syarikat multinasional negara lain.
  • Polisi kerajaan seperti pengecualian visa untuk rakyat tertentu dan pemberian visa semasa ketibaan bagi mengalu-alukan kepakaran dari negara lain untuk menyumbang dalam ekonomi Malaysia.

Infrastruktur ICT Yang Maju

  • ICT merujuk kepada suatu sistem komunikasi dan perolehan maklumat melalui penggunaan alatan teknologi secara interaktif.
  • Perkembangan ICT didorong oleh perkembangan internet.
  • Kawalan perniagaan menjadi mudah walaupun mempunyai cawangan di negara lain melalui kemudahan ICT seperti e-mail, sidang video yan g dapat memudahkan komunikasi.
  • Masalah dapat diselesaikan dengan mudah, proses pemindahan maklumat juga dapat dibuat dengan mudah, pantas dan murah.
  • Penggunaan Internet menyebabkan aliran maklumat dan idea bergerak dengan pantas dan ini menggalakkan inovasi, produktiviti, dan juga pertumbuhan ekonomi
  • Pengguna boleh membeli pelbagai barang dari negara lain melalui internet dan kemajuan kemudahan ini telah menggalakkan perkembangan globalisasi.

Infrastruktur Pengangkutan Yang Baik

  • Sistem pengangkutan meliputi pengangkutran darat, udara dan air.
  • Sistem pengangkutan yang cekap merupakan faktor penggalak yang besar dalam proses globalisasi.
  • Misalnya, penggunaan kapal laut yang besar dapat mengurangkan kos pengangkutan barang antara negara dan ini membolehkan pengeluar menyediakan barang pada harga yang lebih murah.
  • Malaysia mempunyai sistem pengangkutan darat yang sangat efektif kerana hampir semua bandar utama dihubungi oleh jalan raya. Keadaan ini memudahkan aktiviti pemindahan barang dan penumpang.
  • Kewujudan syarikat pengangkutan udara seperti MAS telah memudahkan pergerakan manusia dari satu negara ke negara lain.
  • Aktiviti perniagaan dapat dilakukan dengan cepat dan mudah dengan adanya kemudahan penerbangan kos rendah.
  • Penentu dalam pemilihan cara pengangkutan global ialah :
    1. Faktor geografi
    2. Jarak pengangkutan
    3. Sifat barang (tahan lama/tidak)
    4. Tarikh penghantaran yang telah dijanjikan
    5. Kos pengangkutan yang dikenakan

Pelancongan

  • Disebabkan sektor pelancongan memberikan sumbangan besar kepada ekonomi negara, pelbagai galakan dan insentif diberikan oleh kerajaan untuk membangunkan sektor pelancongan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menggalakkan proses globalisasi.
  • Pembukaan lapangan terbang KLIA 2 khusus untuk syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa kos rendah juga memudahkan pergerakan manusia di antara negara.
  • Perkhidmatan seperti tempahan tiket penerbangan, penginapan, pakej pelancongan atas talian telah mengurangkan kos operasi dan memudahkan aktiviti pelancongan.

Pelaburan Langsung Asing

  • Pelaburan langsung asing bermaksud pelaburan yang dibuat oleh firma atau individu dari luar negara untuk memulakan operasi perniagaan atau membeli aset perniagaan di Malaysia.
  • Pelaburan asing secara langsung ialah berbeza dengan portfolio pelaburan yang mana satu pelaburan pasif di sekuriti negara yang lain seperti saham dan bon.
  • Peningkatan persaingan dan kos di negara maju menyebabkan sebahagian besar syarikat multinasional memindahkan operasi ke negara membangun dengan tujuan memperoleh faktor pengeluaran pada harga yang lebih murah.
Dasar mesra pelaburan
Pengecualian cukai (pendapatan perniagaan dikecualikan daripada cukai pendapatan)
Pelepasan cukai
Kredit pelaburan
Pelaburan Langsung Asing
Pelaburan Langsung Asing – Firma Intel

Cara Pelaburan Langsung Asing

Pelaburan langsung asing boleh dilakukan melalui beberapa cara seperti yang berikut :

Membina Kemudahan Pengeluaran Di Negara Lain

  • Firma membeli atau memajak tanah, membina kemudahan baru, menyewa atau memindahkan pekerja dalaman seperti pengurus dan pekerja kemudian memulakan operasi baru.
  • Kilang pembuat filem, Fuji Film bertempat di South Carolina mewakili pelaburan Greenfield, sama seperti Mercedes-Benz kilang pemasangan automobil di Alabama dan kilang Nissan di Sunderland, England.

Pengambilalihan Syarikat Asing

  • Merupakan strategi pengambilalihan syarikat sedia ada dan menjalankan perniagaandi negara tuan rumah.
  • Dengan memperolehi perniagaan yang masih beroperasi, pembeli dengan cepat mendapat kawalan ke atas kilang yang diperolehi, teknologi, kakitangan, jenama- jenama dan rangkaian pengagihan

Usaha Sama Dengan Syarikat Tempatan

Satu perjanjian perniagaan antara dua atau lebih syarikat untuk bekerja bersama- sama bagi mencapai matlamat khusus dan untuk menggalakkan kepentingan bersama.

Membuka Subsidiari

  • Dalam hal perniagaan, anak syarikat atau subsidiari ialah syarikat yang sebahagian besar saham dan kepentingannya yang lain dimiliki atau dikuasai oleh syarikat lain.
  • Syarikat yang dikawal ini dikenali dengan istilah syarikat, perbadanan, atau syarikat berhad, ataupun perusahaan milik negara atau kerajaan. Syarikat penguasanya dikenali sebagai syarikat induk.

Kesan Positif Pelaburan Langsung Asing

  • Pelaburan langsung asing dalam ekonomi sesebuah negara bermakna lebih banyak pelaburan modal oleh syarikat multinasional dalam negara tersebut,
  • Keadaan ini boleh mempengaruhi aktiviti ekonomi dalam negara dan mendatangkan manfaat seperti yang berikut :
Kesan positif pelaburan langsung asing
Pertumbuhan ekonomi
Pindahan teknologi
Meningkatkan kemahiran modal insan
Meningkatkan modal pelaburan

Pertumbuhan ekonomi

  • Merujuk kepada peningkatan keupayaan pengeluaran barang dan perkhidmatan sesebuah negara
  • Produktiviti pekerja meningkat disebabkan peningkatan kemahiran serta penggunaan kaedah pengeluaran yang baharu
  • Penggunaan teknologi dalam aktiviti pengeluaran meningkatkan keupayaan pengeluaran dengan menggunakan sumber yang sedia ada
  • Membantu pertumbuhan ekonomi melalui penggunaan teknologi yang canggih

Pindahan teknologi

  • Pelaburan langsung asing membawa masuk teknologi yang canggih kesesebuah negara
  • Pengeluar tempatan berusaha untuk meningkatkanmutu bahan mentah dan komponen supaya dapat meningkatkan daya saing dan imej barang
  • Pengeluar tempatan yang membekalkan bahan mentah dan komponen kepada syarikat multinasional diberi bimbingan dan latihan
  • Kemudahan mesin dan jentera,kaedah pengeluaran, kemahiran dan tatacara baharu meningkatkan pengeluaran dan produktiviti pekerja

Meningkatkan kemahiran modal insan

  • Firma asing yang melabur di Malaysia membantu meningkatkan kemahiran pekerja tempatan dgn menyediakan pelbagai program latihan
  • Dengan peningkatan kemahiran pekerja, produktiviti dan keupayaan pekerja meningkat

Meningkatkan modal pelaburan

  • Lebih banyak modal dpt dibawa masuk ke negara Malaysia dan menggalakkan pertumbuhan aktiviti pengeluaran dan seterusnya pendapatan negara
  • Pemilikan ekuiti asing dalam firma Malaysia dapat membantu firma tempatan yang menghadapi masalah pembiayaan modal
  • Daya saingan firma tempatan dapat ditingkatkan dengan pningkatan kemahiran pekerja

Kesan Negatif Pelaburan Langsung Asing

Kesan negatif pelaburan langsung asing
Ketidakseimbangan pendapatan
Kemusnahan alam sekitar
Aliran untung ke luar negara

Ketidakseimbangan pendapatan

  • Firma asing menawarkan upah dan insentif yang lebih baik.
  • Oleh itu, pekerja di firma asing menerima pendapatan yang lebih tinggi dgn kemudahan dan insentif yang lebih baik berbanding pekerja di firma tempatan.
  • Maka, wujudnya ketidak seimbangan pendapatan dalam sesebuah negara.
  • Syarikat multinasional seperti pasar raya besar memberi kesan buruk kepada peniaga kecil dalam perniagaan peruncitan.
  • Sektor-sektor yang membawa keuntungan yang tinggi dikuasai oleh syarikat-syarikat gergasi.
  • Persaingan sengit menyebabkan kesukaran firma tempatan dan menjejaskan pendapatan peniaga tempatan.

Kemusnahan alam sekitar

  • Negara Malaysia kaya dengan sumber asli seperti bahan galian, hasil hutan, dan hasil kehidupan laut.
  • Firma asing yang melabur di Malaysia ingin mengeksploitasi sumber alam yang ada di negara ini.
  • Penerokaan dan pengeluaran sumber alam yang tidak dikawal akan membawa kepada kemusnahan alam sekitar.
  • Contohnya, hakisan tanah,banjir kilat dan isu pencemaran yang lain.
  • Antaranya, kegiatan perlombongan bauksit memberi kesan yang buruk terhadap alam sekitar.

Aliran untung ke luar negara

  • Firma yang melabur berhak untuk membawa pulang keuntungan yang diperoleh ke negara asal.
  • Negara yang menerima pelaburan langsung asing sukar mengawal aliran keluar dividen dan keuntungan pelaburan.
  • Aliran keluar negara yang berlebihan dan berterusan akan memberi kesan kepada kadar pertukaran asing sesebuah negara.
  • Tindakan firma asing membawa keluar keuntungan pelaburan akan memberi kesan negatif kepada imbangan pembayarandi sesebuah negara.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page