Contoh Karangan SPM: Cara untuk menerap nilai integriti

Isu integriti menjadi perkara yang penting dalam masyarakat Malaysia. Apakah cara yang dapat menerap nilai integriti dalam kalangan remaja dan pelajar?

Cara-cara untuk menerapkan nilai integriti dalam diri

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia tentang isu integriti. Integriti bermaksud bahawa seseorang individu itu bertingkah laku berdasarkan prinsip moral dan nilai etika. Pada hari ini nilai sebuah kejujuran sudah semakin jarang ditemukan. Oleh hal yang demikian, cara-cara untuk nilai integriti dalam kehidupan akan menjadi fokus perbincangan. Persoalannya kini, apakah cara-cara untuk menerapkan integriti?

Didikan agama yang teguh

Tidak dapat dinafikan bahawa mengetahui bahawa didikan agama yang teguh amat penting untuk menerapkan nilai integriti. Hal ini dikatakan demikian kerana hanya dengan didikan agama yang teguh, seseorang itu dapat membezakan antara kaca dan permata dan antara yang hak dan yang batil. Sebagai contoh ketika mereka menjawab peperiksaan, mereka akan bersikap jujur, dan tidak akan meniru walau dengan apa-apa cara sekalipun kerana sedar bahawa perbuatan itu sesuatu yang salah dari segi agama. Sememangnya tidak dinafikan lagi didikan agama merupakan perisai paling ampuh untuk menjamin intergriti seseorang. Jelaslah bahawa dengan didikan agama yang teguh dapat menerapkan integriti dalam sanubari seseorang insan.

Mematuhi peraturan sekolah

Pada masa yang sama, sebagai pelajar kita perlulah sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan menjaga tingkah laku dengan berdisiplin. Hal ini dikatakan demikian kerana, sebagai pelajar kita tidak boleh melanggar peraturan sekolah sesuka hati seperti ponteng sekolah, lewat ke sekolah dan meniru dalam peperiksaan. Hal ini dikatakan demikian kerana sebagai pelajar kita perlu bertanggungjawab kerana ibu bapa yang menghantar kita ke sekolah untuk menuntut ilmu. Hal ini juga merupakan satu amanah yang perlu digalas oleh seseorang anak yang bertanggungjawab.Tegasnya, sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan berdisiplin ialah cara dan asas untuk menerapkan integriti seseorang.

Sentiasa mempelajari dan menghayati nilai murni

Seterusnya, perbincangan kita beralih pula pada tugas sebagai pelajar iaitu sentiasa mempelajari, menghayati nilai-nilai murni yang diterapkan dalam pembelajaran terutamanya dalam subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bertitik tolak daripada itu, sebagai pelajar kita perlu fokus semasa sesi pembelajaran. Oleh itu, sekiranya subjek-subjek ini diberikan fokus, sudah pasti kita dapat mempraktikkan integriti dalam kehidupan kita. Izharlah, cara untuk menerapkan integriti adalah dengan mempelajari subjek-subjek tersebut dengan lebih mendalam ketika di dalam kelas.

Sentiasa berketerampilan positif

Perbincangan kita telah sampai ke puncak, cara terakhir adalah dengan sentiasa berketerampilan positif. Oleh itu, remaja perlu mempunyai keterampilan diri sebagai pemimpin yang baik dan perkara ini perlu dipraktikkan dari awal. Sebagai contoh jika dilantik menjadi pengawas sekolah, remaja perlu amanah,jujur dan telus ketika bertugas. Hal ini dikatakan demikian kerana jika mereka berintegriti, pasti semua itu akan dilakukan dengan penuh keikhlasan.Sudah terang lagi bersuluh bahawa cara untuk menerapkan integriti dalam kehidupan adalah dengan berketerampilan positif.

Penutup Karangan Nilai integriti

Kesimpulannya, intergriti perlulah diterapkan dalam diri setiap individu kerana nilai ini akan semakin berkubur jika tidak dipraktikkan secara berterusan, Usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak. Jika semua pihak berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, sudah pasti nilai integriti akan dapat diterapkan. Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum visi dan misi menjadi kabur, sewajarnya kita melakukan anjakan paradigma untuk menerapkan nilai integriti dalam diri masing-masing.


Contoh Karangan: Langkah Memupuk Perpaduan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page