Karangan Faktor Kedatangan Pendatang Asing ke Malaysia

Kebanjiran pendatang asing semakin meningkat menjadi satu masalah kepada Malaysia. Pekerja asing kebanyakannya datang dari negara yang mempunyai masalah dalaman seperti Indonesia, Filipina, Bangladesh, dan Myanmar. Apakah punca yang menggalakkan kedatangan pendatang asing ke negara kita?

Faktor Kedatangan Pendatang Asing Tanpa Izin

Dalam era dunia tanpa sempadan ini, kemasukan pendatang asing sudah menjadi lumrah sama ada dengan cara yang sah atau haram. Kedatangan pendatang asing ini ibarat ada gula ada semut. Malangnya, kebanjiran pendatang asing telah memberi pelbagai implikasi dan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat. Oleh itu, kita perlu mengenal pasti punca kedatangan pendatang asing ke Malaysia agar dapat membendung aktiviti ini seperti peribahasa yang menyebut cegah sebelum parah. Persoalannya apakah punca yang menggalakkan kedatangan pendatang asing ke negara kita?

Kedudukan negara yang di kelilingi pantai

Salah satu faktor yang menjadi punca kebanjiran pendatang asing ialah kedudukan negara yang di kelilingi kawasan pesisiran pantai. Sebagai contoh, pendatang asing dari negara Indonesia hanya belayar menggunakan bot kecil untuk menyeberangi sempadan perairan negara dalam tempoh dua jam sahaja. Keadaan ini menyebabkan mereka mudah memasuki perairan negara tanpa disedari oleh penguatkuasa. Apatah lagi. Keadaan di pesisiran yang dipenuhi kayu bakau memudahkan mereka menyelusup masuk ke kawasan sempadan negara. Oleh itu, kerajaan perlu memastikan keefisienan pasukan keselamatan negara menghadapi musuh di sempadan negara. Tegasnya, pencerobohan perairan negara merupakan satu kesalahan besar yang boleh mengeruhkan hubungan dua hala.

Permintaan buruh asing yang tinggi

Selain faktor tersebut, permintaan buruh asing dalam pasaran pekerjaan amat tinggi. Berdasarkan kajian daripada Kementerian Sumber Manusia, permintaan tinggi datang dari dua sektor iaitu sektor perladangan dan sektor pembinaan. Keadaan ini disebabkan kurang permintaan daripada pekerja tempatan memandangkan kadar upah yang rendah diberikan oleh pihak majikan. Dalam isu ini, pihak majikan mengambil kesempatan ini sambil kerana mereka berpeluang mengambil pekerja asing dengan kadar upah yang rendah. Secara tidak langsung mereka dapat menjimatkan kos operasi mereka. Akibatnya kerajaan dalam dilema bagai diluah mati emak ditelan mati bapa.

Kestabilan politik dan ekonomi Malaysia

Tidak dinafikan bahawa faktor kestabilan politik dan ekonomi negara telah menggalakkan kemasukan pendatang asing ke Malaysia. Kestabilan ekonomi telah merancakkan aktiviti perusahan dan pembinaan lalu permintaan buruh asing begitu tinggi dalam pasaran buruh. Keadaan ini menyebabkan kemasukan buruh secara besar-besaran dilakukan secara sah antara kerajaan dengan kerajaan. Walaupun mendapat kecaman daripada rakyat tempatan, namun aktiviti ekonomi perlu dilakukan segera agar ekonomi dapat dijana seterusnya menggalakkan kemasukan pelabur asing. Malah jumlah tenaga buruh dapat ditampung dengan adanya pekerja asing tanpa izin yang memberi sokongan dalam sektor pekerjaan.

Kadar pertukaran matawang asing yang menguntung

Faktor lain yang menggalakkan kemasukan buruh asing adalah disebabkan kadar pertukaran matawang asing yang menguntungkan mereka. sebagai contoh, pekerja Indonesia yang bekerja di Malaysia memperoleh pendapatan harian tiga ratus ringgit dan dalam nilai mata wang Indonesia, pekerja tersebut memperoleh pendapatan harian hampir satu juta rupiah. Sebahagian daripada pendapatan mereka akan dihantar ke kampung halaman dengan menggunakan khidmat bank dalam talian. Secara tidak langsung, apabila mereka berjaya memperoleh pendapatan lumayan, mereka mula mempengaruhi saudara mara mereka untuk mencari pekerjaan di Malaysia.

Penutup Karangan Faktor Kedatangan Pendatang Asing

Secara kesimpulannya, kerajaan haruslah mengambil pendekatan undang-undang agar mereka patuh akan peraturan di Malaysia kerana di mana bumi dipijak, disitu langit di junjung. Mereka tidak seharusnya bersikap seperti kaduk naik ke junjung atau seperti cacing naik ke mata sehingga bersikap sombong dengan penduduk tempatan. Sesungguhnya, kerajaan perlulah mengkaji semula kontrak pekerja asing demi menyelamatkan rakyat tempatan yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik Coronavirus-2019 (COVID-19) yang menyerang negara agar mereka terus dapat menikmati kemakmuran bersama menjelang 2030.


Contoh Karangan: Kesan Pendatang Asing Tanpa Izin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page